Laungan azan yang bergema disekitar tempatnya menyapa di halwa pendengarannya. Ianya membuatkan dirinya tertanya-tanya siapakah gerangan tersebut.
"Sedapnya suara. Gayanya macam azan dekat Arab Saudi"
"Kakak nak ikut ibu abah pergi terawih tak?" Lamunannya terhapus apabila mendengar pertanyaan dari sang ibu
"Nak. Tapi nanti kakak pergi sendiri. Ibu dan abah pergilah dulu." Ujarnya dengan senyuman yang tak lekang dibibir.
"Baik. Jangan lambat tau" Naurah memejamkan matanya apabila merasakan dahinya dikucup lembut.
***
"Sedapkan suara imam tadi? Budak tahfiz itu, anak Yus kawan abang. Dia baru sahaja selesai tamat pengajian dekat tahfiz dua tahun lepas dan sekarang tengah berjinak-jinak dalam buka kedai makan" Sang ayah memulakan perbicaraan di ruang tamu sebaik sahaja mereka tiba di rumah.
"Ouh anak Yus kah? Imam mudalah kiranya untuk terawih kita kali ini. Patutlah sedap suaranya. Tadi dia jugakah yang azan?" Sambut Puan Nayla Inara dengan penuh semangat.
Naurah yang baru sahaja tiba dengan secawan aiskrim wall's ditangan menjungkitkan kening. Nampak meriah sungguh kedua orang tuanya berborak. Tanpa banyak bicara dia mengambil tempat dihadapan televisyen dengan bersila.
"Umur budak itu lebih kurang sama dengan kakak" Ujar Noh Mikail merangkap ayah kepada Naurah Rayyani.
"Bujang lagikah?" Encik Noh Mikail menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepada sang isteri.
"Nampaknya boleh lah kita teruskan" Puan Nayla membalas pandangan Encik Noh bersama senyuman misteri. Pandangan tersebut hanya mereka sahaja yang faham.
***
Kisah mereka bagaikan fantasi. Penuh unik dan kejutan. Tidak pernah bertemu dan berhubung tetapi dijodohkan atas permintaan keluarga. Mungkin kedengaran kolot tetapi itulah yang telah tertulis di dalam takdir mereka. Bertunang dalam tempoh sebulan dan menikah pada hari raya ketiga memang diluar jangkaannya.
"Setiap kali malam menjelma, aku menutup mata dan lihat wajah itu. Tapi aku tidak tahu siapa. Hati aku rasa sakit sangat sehingga rasa ingin melupakannya tapi tak boleh. Jika ini mimpi tolong kejutkan aku. Tetapi jika benar dia adalah takdirku tolong berikan petunjuk kepadaku." - Aidid Alfian
"Sering bermain di dalam fikiran suara merdunya, siapakah dia? Apakah benar dia adalah jodohku?" - Naurah Rayyani
***
Pertemuan pertama mungkin dianggap sebagai kebetulan tetapi rasanya tidak untuk kali yang kedua dan ketiga. Bertembung kerana berlakunya kemalangan kecil membuatkan mereka terjeda seketika lalu bergerak memohon maaf. Kemudian berlalu pergi dan menganggapnya ia hanyalah satu pertemuan bersama dengan orang asing.
Tetapi entah kenapa sepanjang pertemuan itu, degupan jantung sang jejaka sering kali berdetak laju. Dia dapat merasakan sesuatu pada gadis tersebut tapi tidak tahu apa.
***
Menikah pada hari raya ketiga memang satu kejutan buat dirinya. Masih tidak percaya dengan statusnya yang sudah berubah dalam jangka masa satu bulan sahaja.
"Habib akan tunjukkan bercinta selepas kahwin itu adalah indah kerana perasaan yang kita rasai ini adalah cinta yang suci dan habib serahkannya kesemuanya kepada Ilahi" Aidid tersenyum gemas sembari mengusap lembut pipi kemerahan Naurah. Orang ramai yang menyaksikan kemanisan itu tersenyum hangat.
***
"Cinta diantara kamu berdua adalah cinta yang suci, jadi terimalah ia dengan seikhlas hati" - Yusuf Maalik
"Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti kita akan bertemu tetapi jika kita dicipta untuk tidak bersatu, pasti kita tidak akan bersatu walau sedekat manapun hubungan kita" - Aidid Alfian
"Nafsu yang ada dalam kehidupan kita hanya akan memberikan kebahagiaan sesaat untuk kita tetapi cinta yang tulus dan sejati akan memberi kebahagiaan selamanya buat diri kita" - Naurah Rayyani
"Aku tidak sebaik yang kau ucapkan, tapi aku juga tidak seburuk apa yang terlintas dalam hatimu" - Ali bin Abi Thalib
Assalamualaikum Hai kawan-kawan. Apa Khabar? Sihat? Lama tak jumpa noh! Ehem! Btw ini story saya yang lain sikit genre dia. Teringin gak nak try genre yang lain dari lain. Kalau tak aku ni penuh dengan obses dan possessive jakan. Huhuhu. Maafkan saya. Jadi oleh itu, saat ini saya Cuba untuk menulis dalam genre begini pula. Harap korang sukalah. Saya masih newbie. Kalau ada Salah Dan silap maghilah tegur. Jangan segan-segan
Romance: CINTA YANG SUCI
Written by: DeFliq
AUTHOR'S NOTED 📝
- Buku ini hanya imaginasi semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati.
- Jangan plagiat cerita ini. Saya tak benarkan sama sekali.
- Tolong jangan letak harapan tinggi pada buku ini kerana buku ini adalah biasa-biasa sahaja. Bukannya luar biasa.
- Sebarang kesalahan atau kesilapan tolong beritahu saya. Tapi janganlah sampai maki tau, dan saya nak minta maaf sebab saya masih baru dalam bidang ini. Jadi, sila beri tunjuk ajar kawan-kawan
°All rights reserved by DeFliq
YOU ARE READING
CINTA YANG SUCI (EBOOK) ll COMPLETE✅️
RomanceKisah mereka bagaikan fantasi. Penuh unik dan kejutan. Tidak pernah bertemu dan berhubung tetapi dijodohkan atas permintaan keluarga. Mungkin kedengaran kolot tetapi itulah yang telah tertulis di dalam takdir mereka. Bertunang dalam tempoh sebulan...