Kisah mereka bagaikan fantasi. Penuh unik dan kejutan. Tidak pernah bertemu dan berhubung tetapi dijodohkan atas permintaan keluarga. Mungkin kedengaran kolot tetapi itulah yang telah tertulis di dalam takdir mereka. Bertunang dalam tempoh sebulan dan menikah pada hari raya ketiga memang diluar jangkaannya. "Setiap kali malam menjelma, aku menutup mata dan lihat wajah itu. Tapi aku tidak tahu siapa. Hati aku rasa sakit sangat sehingga rasa ingin melupakannya tapi tak boleh. Jika ini mimpi tolong kejutkan aku. Tetapi jika benar dia adalah takdirku tolong berikan petunjuk kepadaku." - Aidid Alfian "Sering bermain di dalam fikiran suara merdunya, siapakah dia? Apakah benar dia adalah jodohku?" - Naurah Rayyani Pertemuan pertama mungkin dianggap sebagai kebetulan tetapi rasanya tidak untuk kali yang kedua dan ketiga. Bertembung kerana berlakunya kemalangan kecil membuatkan mereka terjeda seketika lalu bergerak memohon maaf. Kemudian berlalu pergi dan menganggapnya ia hanyalah satu pertemuan bersama dengan orang asing. Tetapi entah kenapa sepanjang pertemuan itu, degupan jantung sang jejaka sering kali berdetak laju. Dia dapat merasakan sesuatu pada gadis tersebut tapi tidak tahu apa. *** Menikah pada hari raya ketiga memang satu kejutan buat dirinya. Masih tidak percaya dengan statusnya yang sudah berubah dalam jangka masa satu bulan sahaja. "Abang akan tunjukkan bercinta selepas kahwin itu adalah indah kerana perasaan yang kita rasai ini adalah cinta yang suci dan abang serahkannya kesemuanya kepada Ilahi" Aidid tersenyum gemas sembari mengusap lembut pipi kemerahan Naurah. Orang ramai yang menyaksikan kemanisan itu tersenyum hangat. Publish: 14/3/2024 WARNING: GRAMMAR/TATABAHASA ERRORS & TERSANGATLAH CRINGE & CLICHE
6 parts