Aqil tiada apa-apa di usia hampir genap 30 tahun itu. Dia hanya ada jentera sport bike hitamnya. Tiada rumah, kereta, atau gaji besar. Tapi dia ada wang simpanan yang banyak. Aqil berpanas hujan dengan motor selama ini. Kemahuan diri ditangguh dulu. Sedar tidak sedar setahun berlalu dan dia akhirnya pulang pada penghujung tahun 2023. Covid-19 pula sejak 2022, semakin menyusut sehinggalah Malaysia diisytiharkan tiada lagi My Sejahtera diperlukan berkuatkuasa 1 Mei 2022.
(PUSASDA) Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera, Port Dickson - 4 Disember 2023.
Perbarisan penganugerahan pingat perkhidmatan negara (PNBB) dan pembubaran Malaysia Battalion 850-10 (MALBATT) disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohammad
Aqil menyentuh pingatnya merasa bangga. Misi mereka yang berakhir pada 11 November 2023 itu sedikit sebanyak mengembalikan momen-momen dia di sana. Iklim Lubnan bersuhu 20°c - 24°c manakala Malaysia pula 27°c. Perubahan suhu itu agak mencabar ditambah krisis di sempadan Lubnan-Israel yang turut berlaku.
Kem Ma'rakah, Beirut Luban
Disamping misi pengaman iaitu skop kerja mereka yang memantau, mengawasi gencatan senjata dan membina keamanan mereka juga turut menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti mengadakan kelas mekanikal, kelas komputer dan kerja membaiki.
Aqil mendongak ke langit yang kelihatan cantik nan membiru. Tampak damai saja pada pengamatan namun tidak. Letupan misil dan artileri kurang 25 km sering Kedengaran. Hari itu keadaan sepertinya tidak mengizinkan mereka melakukan tugas, di atas serangan udara berterusan. Mereka mengambil langkah berjaga-jaga.
"Masuk ke dalam bunker!" arah Kolonel Mohd Rizman. Masing-masing akur. Walaupun sudah terbiasa dengan kehidupan di situ tetapi tetap sahaja jantung Aqil berdegup pantas dan diserang kejutan setiap kali letupan berlaku.
Lubnan pernah berkembang pesat dan dikenali sebagai Switzerland timur tengah. Namun perang saudara pada tahun 1975-1990 dan peperangan kumpulan Hezbollah pada tahun 2006 menyebabkan banyak hal yang berubah. Bagaimanakah perasaan mereka yang hidup dalam ketakutan? Menyaksikan pergolakan, pembunuhan dan kehilangan. Syukurlah, kita masih aman di bumi Malaysia. Negara yang sedang membangun ini walau dilonggok golongan warga asing yang pesat. Namun Malaysia tak kurang juga gah dari segi perkembangan ekonomi. Tanah air yang masih berdaulat.
Perkara pertama dilakukan Aqil adalah bertemu ibunya, setelah menyelesaikan tugasnya. Puan Juliana masih kekal sama seperti tahun lalu. Ariz la yang sering melawat dan menjaga Puan Juliana hampir setiap hari. Ariz sudah menganggap Puan Juliana seperti ibu kandungnya.
"Along... Ariz nak keluar kejap lepas ni." Jam tangan yang melilit pergelangan tangan kirinya ditilik.
"Nak pergi mana? Date ke?" tebak Aqil
"Aish, kawan je!" sangkal Ariz seraya menggosok belakang tengkuk segan. Kalau boleh, dia tidak mahu Aqil tahu dia bercinta lagi dengan niat mahu memberi kejutan dengan kad perkahwinannya nanti.
"Terima kasih tengokkan ibu, Riz. Hati-hati kat jalan," pesan Aqil, Ariz mengangguk.
"Along tak ada ke kak ipar nak bawak jumpa Riz?" Ariz menduga sambil kedua-duanya membuka langkah ingin bersiar-siar.
"Hubungannya masih tak pasti... apapun along nak beli rumah dan kereta dulu sebelum berkahwin,"balas Aqil. Pandangannya dibawa menghala ke sekeliling. Kerusi roda ibunya terus ditolak perlahan. Ariz mengikuti di tepi.
"Along jangan lama-lama sangat. Tahun ni Along dah 31." Ariz menitipkan pesan mengundang tawa kecil Aqil.
"Inn shaa Allah... doakan ye," pinta Aqil. Langkah kaki mereka berhenti serentak. Ariz kemudian mempamitkan diri
YOU ARE READING
COBRA: SPECIAL FORCE [OG]
RomanceCover by @-yoonasara [SU] Apabila Kita menafikan cinta yang teragung dan akhirnya hati Kita menanggung sebuah penyiksaan yang menemui kebuntuan. "Kita berbeza. Saya menyelamatkan tapi awak korbankan nyawa" - Syafa "Kadang kerana sayang, Kita harus...