Prolog

579 50 27
                                    

Keadaan mereka yang hening buatkan kedua-dua mereka semakin kekok. Baru 10 minit mereka di situ, tapi keadaan terasa sungguh janggal. Syafa akhirnya mengambil alih berbicara. Dia ingin masuk terus ke tujuan tanpa perlu berselindung lagi.

"Saya dah fikir masak-masak. Saya rasa kita tak perlu berjumpa lagi. Awak dan saya tak sama, Aqil. Saya selamatkan nyawa tapi awak korbankan nyawa."

Bicara yang terletus dari dua ulas bibir Syafa bagaikan mencarik-carik setangkai hati Aqil.

Aqil kekal diam. Pandangan matanya tunak pada seraut wajah mulus itu. Cantik! Biarpun kepala Syafa hanya berselempang bawal lilac purple.

Pakaian Syafa juga simple. Tubuh Syafa tersarung blaus putih dipadankan seluar slack.

Melihatkan Aqil tidak memberi sebarang reaksi, Syafa bingkas berdiri. Tas tangan dirapatkan ke sisi.

Sebelum menyusun langkah untuk keluar, dia sempat meninggalkan pesan lagi.

"Hubungan kita takkan berjaya... saya doakan awak maju jaya dalam bidang awak. Jaga diri. Saya tak berani ambil risiko lebih jauh. Demi karier masing-masing."

Aqil mempamerkan sengihan sinis seraya pehanya digosok-gosok. Otak digasak cuba mencari idea untuk membalas tetapi hanya tatapan kosong terpapar di minda.

Syafa tak betah lagi berlama di situ. Berada di situ boleh menjejaskan sikap rasional dalam keputusannya.

"Saya tak tahu apa salah saya... tapi, saya mengharapkan penjelasan supaya tak terkeliru macam ni."

Langkah Syafa terhenti mendengarkan kata Aqil. Tubuhnya ditoleh ke arah lelaki itu kembali. Pandangan mata mereka bertemu agak lama.

Syafa kemudian mengigit bibir sambil tertunduk. Sebak yang menyerbu buatkan dia mendongak ke atas menahan air mata dari merembes keluar.

"Setahun yang lalu awak datang berikan saya sekeping nota dan pek makanan hampir setiap hari."

Sambil ucapkan itu, tubir mata Syafa mulai bergenang. Aqil yang melihatnya mengukir sengihan kecil. Pandangan matanya dibawa sejenak ke lantai sebelum kembali bertaut mata Syafa. Kelihatan mata lelaki itu turut berwarna merah.

Syafa sambung melepaskan kata setelah nafas dihela agak dalam.

"Setahun kemudian, Allah takdirkan kita bertemu kembali. Dua kali pertemuan yang tak disangka-sangka. Dan akhirnya saya sedar, Kita berbeza Aqil. Sangat berbeza."

Syafa diam sebentar menahan sebak yang menyerbu. Dalam kepiluan Syafa menambah,

"Sa.. saya tak mampu Aqil. Awak buat saya tak keruan. Saya selalu terfikir kenapa lelaki tu cedera? Ke mana dia pergi menghilang sampai setahun? Kenapa bukan saya pilihan utama? Juga aturan jodoh oleh keluarga awak yang awak tak beritahu saya. Saya tak boleh terima lelaki yang akan buat saya risau dan bingung. Ditambah lagi Saya tak mahu dikata perampas. Saya ada maruah Encik Aqil."

Aqil turut membawa pandangannya ke bawah. Terkesima dia mendengar semua isi hati yang membebani jiwa wanita itu. Sebodoh manakah Aqil sehingga dia gagal memahami keadaan. Aqil akui dia agak dungu dalam percintaan sehingga tak sedar detail kecil. Fikirnya, Syafa berubah tanpa sebab.

"Saya sedar tugas kita penyebab jurang besar terhasil. Saya juga bersalah sebab tak jelaskan tentang Raihana. Tapi saya serius Syafa. Saya nak perjuangkan hubungan ni. Berikan saya satu lagi peluang."

Syafa hanyut dalam renungan mata penuh bundar itu. Dia dapat merasai keikhlasan yang lahir dari kalam lelaki itu.

Deringan telefon meminta Aqil menjawab. Telefon bimbit dibawa merapat ke telinga

"Tuan!" sambut Aqil di talian.

Pandangan matanya masih kekal pada raut wajah Syafa. Kelihatan wanita itu mengeluh kecil lalu melihat ke arah lain.

Aqil membetulkan beret di kepala lalu bersuara, "saya perlu pergi Syafa. Tolong pertimbangkan semuanya."

Pakaian seragamnya diperkemaskan setelah bangun.

Tiada kata membalas lagi. Hanya pandangan mata masing-masing bertemu sebelum ekor mata Syafa menghantar keluar lelaki itu. Aqil bergegas segera memandangkan dia hanya ada 15 minit untuk kembali.

'Kenapa awak perlu seksa jiwa daya Aqil?' monolog hati Syafa

Dinding kaca jernih dilihat. Hanya kelibat lelaki itu menunggang motorsikal perlahan menjauh pergi menjadi tatapan terakhirnya.

Tbc..

COBRA: SPECIAL FORCE [OG]Where stories live. Discover now