Bab 3

482 19 1
                                    

POV Nora

Keesokan harinya kedua ibu bapa ku memanggil aku, Ebra dan Luqman untuk makan di rumah mereka kerana aku akan pulang ke Amerika lusa. Mereka mengadakan sedikit makan-makan dengan menjemput keluarga terdekat kami.

Ketika ku sedang mempersiapkan Ebra untuk pergi ke acara orang tua ku, aku mengelamun panjang. Tergetus dalam hati ku

Sudah lama aku tak kena disentuh sebegitu dan apabila saja bahu ku dipegang Razak memang membuat jantung ku berdegup. Lelaki yang pernah aku cintai, lelaki yang mengambil mahkota keperawanan ku and the guy that was my world menyentuhku selepas berberapa tahun.

Lonceng pintu apartment yang ku sewa pun berbunyi, dan sesi mengelamun ku di"ganggu" oleh bunyi lonceng itu.

Ebra pun berkata," mama, bell bell bell"

Aku mengendong Ebra, berjalan menuju pintu dan berkata pada Ebra, " yes door bell".

Sampai ku ke pintu dan ku lihat dari video door screen, Luqman dah sampai. Sebenarnya Luqman dan aku bukan suami isteri. Aku yang meminta Luqman untuk belakon menjadi suami ku agar Razak tidak mengganggu ku.

Tetapi sejak insiden diatas pentas pelamin itu aku sering saja mengelamun.

Luqman yang menawarkan dirinya untuk memandu ke rumah kedua orang tua ku, sambil dalam perjalan aku yang mengelamun dan ada sedikit delusional tentang kejadian atas pelaminan itu, ditegur oleh Luqman, " oiiii!, kenapa kau dari tadi mengelamun aje ni hah?".

"Eh takde la, letih kut", balas ku kat Luqman.

"Letih ke, atau dah ada feel feel dan angan-angan nak merasa tujahan batang sasa bekas suami kau sebab dia pegang bahu kau! Hahahha", kata Luqman yang suka menyakat aku.

Aku yang berteriak, " AHHHHHHH! Kau ni Luqman! Kalau tak sebab ada Ebra kat sini memang kau dah ku....argghhhhh".

Sampai ku dirumah orang tua ku, aku pun mengambil tempat duduk yang kosong.

Liya yang menghampiri ku, " Kak! Liya duduk kat sini eh", sambil dia mengambil tempat duduk disebelah ku lalu Dol pun duduk sebelah Liya.

Dol berkata kepada ku, " Ma..Kak, Dol nak minta maaf kat akak tentang kelakuan Pak Su kelmarin".

"Ok Dol, have no worries, the past is in the past", balas ku sambil menyuapkan Ebra.

Tapi sebenarnya memang aku tidak boleh melupakan insiden itu.

Selesai makan, ibu ku memanggil ku untuk duduk sebelah nenek ku. Aku meninggalkan Ebra sebentar bemain dengan Liya dan sepupunya.

" Kenapa bu?", aku tanya ibu ku kenapa dia terus memanggil ku.

"Tak nenek ada nak cakap sesuatu pada Nora", ibu ku membalas sambil aku mengambil tempat duduk sebelah nenek ku.

Nenek ku yang mencapai muka ku, meletakkan tangannya ke pipi ku lalu dia pun bercakap, " Nak Nora, nenek ada nak cakap dengan Nora. Umur nenek ni dah nak sampai ke penghujung dan kesihatan nenek pun selalu kurang mengizinkan. Jadinya Nora, nenek harap Nora boleh lah kembali dan menetap disini. Sebabnya nenek takut , nenek tak sempat jumpa Nora untuk kali terakhir".

Sebenarnya aku tersentap jugak dan pilu mendengar nenek aku berkata begitu. Tetapi aku memang tidak mahu balik ke kampung sebabnya kalau aku kembali menetap kat kampung, secara automatik aku tinggal di berdepanan rumah Razak dan walaupun aku tinggal tempat nenek ku kami tetap akan terserempak sebabnya orang kat kampung sikit je.

Pulang ku dari acara, ada nombor yang tidak dikenali timbul di band notifikasi ku. Lalu aku pun membuka notifokasi itu...

Ping Ping Ping

Assalamualaikum Nora, ni Razak. Abang dengar Nora nak pulang ke Amerika. Abang nak jumpa Nora, nak beri sedikit hadiah untuk Ebra. Abang janji, sebentar je dan abang takkan ganggu Nora lagi selepas ini - +601122334455

Text WA itu aku padam, sebabnya aku memang taknak jumpa dia dan tidak mahu ada kena mengena dengan dia.

***********************************
Keesokan harinya sudah sampai dan aku dan Luqman dihantar keluarga ku ke airport. Nenek ku juga turut menghantar ku dan bagi ku ini adalah perpisahan sementara yang sedih, kerana ini mungkin terakhir kali aku melihat nenek ku.

Namun, aku kuatkan hati ku untuk pergi meninggalkan mereka buat sementara waktu sehingga aku merasakan bersedia untuk pulang ke tanah air ku for good.

Sedang aku berjalan menuju gerbang perlepasan, Dol dan Liya sepertinya cuba memberhentikan Razak yang bergelut sambil berteriak, "Nora! Nora! Tunggu sebentar! I ada nak cakap 5 minit je! Nora!"

Aku yang diiringi membawa ku kedalam oleh Luqman dengan niat hendak melindungi ku dari dikacau oleh Razak.

**********************************
POV Razak

Aku yang melihat Nora masuk bersama Ebra mengingatkan aku terdengar perbualan Dol dan Liya yang aku dengar semalam lepas mereka pulang dari acara orang tua Nora.

Luqman tu bukannya suami kak Nora kan? - tanya Dol kepada Liya.

Shhhh, bising lah awak ni! Kak Nora tu terpaksa buat begitu, kalau tak Pak Su memang tak bagi chance kat Kak Nora! Sudah-sudah lah Dol - balas Liya.

Walaupun aku terkejut mendengar perbualan Dol dan Liya tu, tetapi sangkaan ku betul yang Nora dan Luqman tu bukan lah suami isteri. Dan memang sah yang Ebra tu anak lelaki ku.

Aku yang mempunyai semangat membara untuk menuntut kembali cinta Nora dan hak ku terhadap anak ku Ebra.

Keesokan harinya aku bersiap sedia, dengan niat untuk bercakap dengan Nora, walaupun sebentar.

Sampaiku di lapangan terbang, aku mencari bekas keluarga mertua ku, dan aku juga cuba menelefon Dol namun tidak diangkat. Aku hanya mengetahui yang penumpang pesawat SQ 28 apabila dibuat pengumuman bahawa penumpang diminta menuju ke gate 32 untuk menaiki kapal.

Aku belari sekuat mungkin, untuk pergi ke gate 32, namun sejurus aku sampai, Nora dan Ebra sudah hampir masuk ke dalam gate dan aku berteriak, " Nora! Nora! Tunggu sebentar! I ada nak cakap 5 minit je! Nora! Tolong Nora!".

Nora yang membawa Ebra masuk dengan tergesa-gesa sambil memberi ku tatapan yang dingin. Dol yang menahan ku dari berkelakuan lagi gila sambil berbisik di telinga ku, "Pak Su, sudah laa, dia dah move on sepenuhnya dari Pak Su".

Air mata jantan ku memang becucuran jatuh kerana aku tahun. Memang susah aku hendak memenangi hati Nora semula.

Jiran Ku Terlajak Bujang 2Where stories live. Discover now