Sudah hampir selesai majlis acara resepsi Dol dan Liya, jemputan pun habis menjamu jamuan yang dihidangkan, kenalan Dol & Liya sibuk mengambil kesempatan untuk mengambil gambar bersama dengan mempelai dua sejoli. Jemputan juga ada yang sudah berjalan keluar dari dewan.
Aku yang datang dari meja buffet membawa dua piring makanan mencari Luqman yang sudah duduk bersama Ebra. Dari tadi aku belum makan begitu juga Ebra.
Sambil aku menyuapkan makanan ke mulut Ebra, Luqman pun berkata," Nora I perlu pergi sebentar lagi, you okay ke tak ni dengan Ebra?".
"Eh okay je, pergi lah later I mintak mama hantarkan I dan Ebra balik. No worries", balas ku. Luqman pun berlalu pergi.
Sambil aku dan Ebra menjamu makanan, entah semana-mana Razak menghampiri meja yang kami berdua duduk sambil berkata, " Awak, dua orang je ke? Cepat suami pulang? Boleh I duduk? I nak cakap something, awak tak perlu cakap pun, dengar je apa yang I nak cakap".
Sebenarnya kalau ikutkan memang aku nak tampar muka lelaki tua ni, tapi aku melihat sekeliling ku, keluarga ku dan keluarga Razak memang tajam melihat kami berdua. Aku tak mahu membuat hal jadi aku memilih untuk diam.
" Okay. Abang nak minta maaf sangat-sangat kat Nora dengan apa yang abang dah buat kat Nora. Abang tahu, Nora memang tak maafkan abang, tapi abang just nak minta maaf, tiada maksud tersembunyi dibalik kata maaf abang ni abang memang menyesal, merasa sangat berdosa dan bersalah terhadap Nora", aku yang mendengar kata-kata maaf dari Razak sambil lewa dan endah tak endah je kerana masih memberikan Ebra makan dan aku malas nak peduli
Razak sambung lagi, " tapi abang saja nak tahu, Ebra ni anak abang atau tak? Kalau Ebra anak abang, tolong lah Nora bagi abang peluang untuk jadi ayah dan bertanggungjawab kepada Ebra. Walaupun Nora tak kembali kat abang, kita boleh buat hal kita sendiri, we just co parent".
Aku yang terus berdiri menggendong Ebra yang tidak mahu lagi makan sambil berkata kepada Ebra, " come on Ebra, we go there kat nek girl and atok boy. Nak ambik gambar dengan auntie Liya!".
Razak yang tetap juga bercakap, "Nora tolong lah Nora, kita boleh bincang".
Aku dan Ebra pun bejalan meninggalkan Razak sebabnya aku rasa sesaat lagi aku dengar apa yang orang tua keparat tu cakap memang aku hilang sabar dan penampar seratus peratus sampai ke mukanya.
Tetapi disebabkan aku masih hormat kepada keluarga aku, aku tahan saja marah ku.
*****************************
POV Razak
Aku terkilan apabila Nora meninggalkan aku di meja makan dan aku memang sedar yang pintu hati Nora memang dah tertutup untuk aku. Tambahan Nora memang tidak mahu ada apa-apa dengan aku. Sedih tu memang tidak dapat ku nafikan tapi ini salah ku dan aku tidak dapat mengubah perasaan benci Nora terhadap ku.
Berberapa ketika kemudian aku dan keluarga ku di panggil untuk bergambar bersama dengan keluarga belah Liya termasuk Nora dan Ebra.
Nora dan Ebra yang besedia berdiri di sebelah kiri pentas dan aku jauh berdiri di sebelah kanan pentas. Namun disebabkan aku tidak masuk frame, jurugambar menyuruh aku untuk berpindah ke sebelah keluarga pengantin perempuan dan kebetulan terdapat ruang dibelakang Nora dan jurugambar menyuruh ku bediri hampir dengan Nora.
Terdapat awkward air menyelubungi semua keluarga dan saudara kami yang sudah bersedia tersusun diatas pentas.
Jurugambar pun membuat kiraan sambil berkata
"Okay semua sedia 1...2...3!", teriak jurugambar.
Aku pun meletakkan tangan ku diatas bahu Nora. Aku sepertinya telah dirasuk kerana aku tidak tahu kenapa aku bertindak begitu. Memang aku tidak boleh tahan, berdiri dibelakang Nora, bukan saja nafsu ku membuak-buak, tapi perasaan kesal aku telah melepaskan perempuan yang baik dan we could've been a happy small family kalau aku tak buat masalah.
Tergetus dalam hati ku....
Mungkin kalau aku pegang bahunya, dia okay kut.
Nora dengan serta merta menoleh, melihat terus kepada ku dengan muka yang benci dan berkata dalam nada yang lebih rendah tetapi tetap boleh didengar oleh keluarga ku dan keluarga Nora, "baik engkau lepas tangan kau".
Kak Ngah yang berdiri sedikit jauh berkata melalu senyumannya, "Jak! Kau jangan nak buat hal. Jangan kau kacau Nora!".
"Okay semua selesai!", kata jurugambar.
Nora yang terus berjalan meninggalkan aku dengan segera dan ketika aku hendak mengejarnya, Haikal dan Nazri terus menghalang ku sambil mereka berdua berkata, " Pak Su, sudah laaa".
YOU ARE READING
Jiran Ku Terlajak Bujang 2
RomanceSudah berberapa tahun Nora membawa diri ke Amerika selepas diceraikan Razak. Namun Nora terpaksa pulang ke tanah air untuk menghadiri acara perkahwinan sepupunya Liya dan anak buah bekas suaminya Dol. Pada acara nikah Liya dan Dol, Nora tidak memba...