Sudah hampir 6 bulan aku pulang ke Amerika. Aku meneruskan hidup ku seperti biasa sebagai single-mother. Seperti biasanya aku akan menyiapkan Ebra untuk sekolah dan menyediakan sarapan sebelum aku menghantar Ebra dan pergi ke kerja.
Namun pagi tu sedikit lain apabila pintu kondo ku di bell, aku yang berfikiran mungkin Luqman yang datang bertandang ke kondo ku pagi-pagi ni, takkan Luqman pula sambil ku berjalan menuju ke pintu aku bertanya, " Who's at the door?".
Hanya terkejut beruk mendapati bekas suami ku yang berdiri depan pintu kondo ku. Aku yang mengelabah mundar mandir merasakan tidak tentu arah kerana aku tidak tahu apa nak dibuat.
Aku terus belari mencapai phone ku untuk menelefon Luqman. Namun aku terdengar suara Razak yang berkata, " Assalamualaikum Nora, abang tahu Nora ada kat dalam. Buka lah pintu Nora ada abang nak bincang dengan Nora".
Dengan cepat aku berjalan menuju meja makan memberikan signal kepada Ebra untuk jangan membuat bising.
"Okaylah, kalau Nora taknak buka pintu, abang tinggalkan dokumen ini kat luar", Razak berkata lagi.
Dokumen putih yang diselitkan Razak dibawah pintu kondo ku bersaiz A4 terlihat dilantai. Aku yang perlahan-lahan berjalan dan mendekati pintu kondo, takut- takut dia masih ada menunggu dipintu.
Aku memastikan melalui skrin door bell camera bahwa dia sudah pergi barulah aku tunduk mencapai sampul surat A4 yang di selitkannya dibawah pintu.
Berjalan aku balik ke meja makan, ku koyakkan sampul surat A4 menggunakan butter knife, dan mengeluarkan semua dokumen-dokumen ini hanya mendapati aku telah diberikan surat perintah mahkamah yang berbunyi,
Dengan penuh hormat Puan Nora,
Adalah dengan ini Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan Puan sebagai ibu/penjaga kepada anak Puan Ahmad Ebra bin Abdullah untuk membuat ujian tes DNA untuk membuktikan Encik Razak bin Ismail yang telah memfailkan tuntutan menyatakan anak Puan adalah anak kandung Encik Razak bin Ismail.
Sehubungan dengan itu juga, sekiranya terbukti anak Puan adalah anak kandung Encik Razak bin Ismail, maka dengan itu Encik Razak juga memfailkan tuntutan hak asuhan kepada anak Puan.
Dalam masa itu juga Puan dikehendaki datang kemahkamah bagi prosiding makhmah bagi perkara tersebut.
Sekian.
Aku yang terkejut dan merasakan hati ku luluh, takut dan bermacam-macam lagi persaaan aku hadapi ketika membaca surat perintah ini. Nak dikatakn aku hendak berteriak kerana aku merasakan ini adalah tidak adil bagi ku selepas apa yang Razak telah lakukan kepada ku.
Ketika aku duduk aku cuba untuk menenangkan diri, hanya disedarkan oleh Ebra apabila Ebra berkata, " mama, are we going to school?".
Aku pun terus berdiri, "Yes! Yes! We're going off to school Sayang Ebra! Sorry mummy is a bit off this morning, let's go, go get your shoes on love!"
Selama perjalanan dari kondo ku ke perkarangan sekolah Ebra aku mengelamun, tapi aku sedar sepertinya aku diikuti dibelakang.
POV Razak
"Kak! Ajak tak peduli! Ebra tu anak Ajak! Dan Nora tidak ada hak untuk tidak memberitahu Ajak! Sampai bila?", kata ku dengan nada tinggi kepada Kak Ngah.
Kak Ngah yang tentu sekali menangkan Nora membalas, " engkau sedar ke apa yang engkau cakap ni Jak?! Kalau akak jadi Nora memang akak takkan biarkan kau hampir dengan Ebra lepas engkau telah buat kat Nora!"
"Akak dah cakap! Ini semua punca engkau punya pasal! Kau bodoh, buta dan bengap kau buang bekas isteri kau yang setia kat kau disebabkan kau tertipu dengan Julia! Bukan tu je, engkau selingkuh dengan penyondol gila tu! Sekarang apa kau dapat?! Takde! Kosong Jak! Kalau kau rasa dengan tuntutan kau mahkamah nak bagi kau hak penjagaan? Aku lah orang pertama yang bantah! Engkau tak layak nak jadi ayah kepada Ebra, terutama sekali dengan apa yang kau buat kat ibunya!"tambah Kak Ngah ku yang sangat marah dengan kelakuan ku.
Selepas insiden dengan Kak Ngah tu aku mula mengemas pakaian untuk aku membawa sendiri surat dan dokumen tuntutan ku untuk diserahkan kepada Nora di Amerika.
*****************************************************************************************************************************
Sejurus aku sampai, aku check-in kat hotel yang hampir saja 5 blocks away dari condo Nora dan aku berehat dulu menunggu hari esok.
Esok telah tiba, tanpa aku sedari tentant jetlag terus aku bersiap sedia untuk berjalan ke kondo Nora kerana aku tahu jam 8 pagi, besar kemungkinan Nora sedang menyiapkan Ebra untuk pergi ke sekolah. Dalam perjalanan ku menuju ke kondo Nora, aku ada membelikan bunga untuk Nora kot kot dia berubah hati, dan sambil aku membawa maninan untuk dihadiahkan kepada anak lelaki ku, Ebra.
Sampai saja aku di kondo Nora yang terletak di 81th St., aku membuzz lonceng utama dan surprisingly dengan senangnya aku disuruh masuk. Aku dengan riang dan berdebak-debak di hati naik menuju. Ke tingkat dua bangunan itu dan pergi ke pintu yang paling hujung. Sejurus aku berdiri di depan pintu Nora, kondo nombo 14, aku menarik dan menghela nafas ku mempersiapkan diri ku untuk berhadapan dengan Nora dan Ebra.
Aku terdengar, bunyi suara Nora dan langkah Nora yang sedikit laju mendekati pintu, dan sepertinya dia ada melihat aku melalui sistem bell camera pintunya kerana selepas itu aku tidak mendengar sedikit pun suara dari Nora.
Aku yang balik-balik menekan bell, menggetuk dan memanggil Nora dari luar tidak diendahkan olehnya, " Assalamualaikum Nora, abang tahu Nora ada kat dalam. Bukalah pintu abang ada nak bincang dengan Nora".
Memang aku ketahui, Nora tidak mau membukakan pintu untuk ku, " Okaylah kalau Nora tidak mahu membuka pintu ini, abang tinggalkan dokumen ini".
Aku meletakkan bunga, mainan dan sampul surat ber isi dokumen didepan pintu kondo Nora dan perlahan-lahan berjalan dengan merasa kecewa kerana rancangan ku untuk bertemu dengan Nora untuk berbincang dengan nya tidak menjadi.

YOU ARE READING
Jiran Ku Terlajak Bujang 2
RomanceSudah berberapa tahun Nora membawa diri ke Amerika selepas diceraikan Razak. Namun Nora terpaksa pulang ke tanah air untuk menghadiri acara perkahwinan sepupunya Liya dan anak buah bekas suaminya Dol. Pada acara nikah Liya dan Dol, Nora tidak memba...