Pena 51

3 0 0
                                    

Takdir..

Usah bualkannya di hadapan aku..
Kerana aku telah menelan
Sepahit-pahit ketentuan
Berkali-kali..
Bukan sekali dua..

Sabar..

Mahu mengingatkan aku tentangnya??
Tak perlu..
Sebelum kamu mengutarakannya
Cuba tanya..
Pernahkah aku mencubanya??
Atau..
Sudah berapa lama aku mendampinginya?

1 tahun? 2 tahun? 4 tahun?
Lebih dari itu..
Jika aku mula mendedahkannya
Pasti..
Tentu sekali..
Kamu takkan mampu membayangkannya
Tak tercapai akal pemikiranmu..

Bertahan..

Jika kamu berada di posisi aku
Masihkah kamu memilih
Untuk kekal menghuni 'neraka' ini??
Bertahun-tahun lamanya??

Melepaskan..

Di bibirmu
Usah sesekali mengucapkannya
Atau....
Menuturkan kalimat tersebut..

Fasa ini..
Detik ini..
Aku cukup mahir.. Cukup handal..
Seawal usia.. Setahun jagung..
Aku sudah melaluinya..

Kerana....
Saat ini..
Aku telah kehilangan
Dan dipaksa melepaskan
Perihal yang cukup istimewa buat aku..

Apa itu??

Diriku....
Dan....
Separuh jiwa aku....

🦋 Quotes By Moroseguy (Bilingual) 🎗️Where stories live. Discover now