#37

156 6 0
                                    

"BONDAA!"  Jerit anak perempuanku kayla dibalik pintu.

Aku dan rayden cepat-cepat bangun membetul posisi. Baru aje nak bersweet manja dengan suami, kayla datang pula.

Rayden membuka pintu bilik, sosok kayla terlihat di hadapan pintu sambil tersenyum manis. Kayla berlari masuk lantas naik ke atas katil dan memelukku.

"Why, kayla?" Soalku sambil memeluk tubuh badan kecil anakku itu.

"Bonda, kayla bosanlah. Jom lah main dengan kayla." Pujuk kayla. Bibir di poutkan.

Geram dengan tingkah lakunya yang comel, aku mencubit kecil pipi kayla yang gebu. "Sayang nak main apa?"

"Jom kita main sorok-sorok nak!" Ajaknya.

"Main sorok-sorok tak best. Apa kata kita pergi waterpark?" Rayden membalas.

Dengar je ajakkan ayahanda dia, terus si kayla ni melompat gembira. Suka la tu, dapat main kolam.

"Yeay! Mandi kolam. Yeay,yeay!"

Aku turun dari katil. Lalu mengendong kayla untuk bersiap-siap. Setelah selesai mepacking barang, kami bertolak selepas selesai mendirikan solat zuhur berjemaah bersama-sama.

Disebabkan kami berumah di Cyberjaya, taman tema air yang paling dekat di sini, menjadi pilihan kami. Iaitu, Bangi Wonderland!

Sepanjang perjalanan menuju ke taman tema air, kayla tidak berhenti-henti teruja. Dari keluar rumah, sampai lah sekarang asyik tanya ayahanda dia bila nak sampai.

Suka betul, dia.

Rayden mula memarkingkan kereta. Kami berjalan menuju ke kaunter tiket. Sementara menunggu rayden membuat pembayaran, aku dan kayla berswafoto bersama.

Klik,klik!

Bunyi camera ponaroid milikku. Rayden yang baru sahaja selesai membuat pembayaran , datang masuk bersama kami berswafoto.

Berbagai gaya dan gerakan yang kami lakukan. Seronok nya tengok keluarga aku bahagia.

_

Aku masih terlantar di atas katil milik hak hospital ini. Kenapa aku dekat sini? Sebab aku kurang sihat beberapa minggu ini. Demam tak kebah-kebah dari minggu lepas. Sebabtu yang kena tahan wad.

Nasib la, ada anak aku dan suami yang selalu berada di sisiku sepanjang aku disini. Suda dua hari aku berada di wad ini. Sudah lah bosan. Macam biasalah, suami aku kan sugardaddy, jadi dia bagi aku duduk wad vip la.

Aku yang merana. Sebab bosan.

Kayla bukannya akan selalu dengan ku. Anakku harus pergi ke sekolah. Rayden pulak, kerja. Jadi aku kene tunggu 10 jam setiap hari.

Ugh, bosannya!

Sementara nak tunggu jam 5 petang, aku layan k-drama dulu. Cerita strong girl Bong Soon jadi pilihan. Memang kelakar betul drama korea ni. Sakit perut aku. Ni, kalau doktor masuk, mesti pelik dengan aku. Sakit ke tak aku ni.

Ralik dengan drama, ada orang mengetuk pintu bilik ku. Dengan cepat aku capai tudung sarung hitamku.

Pintu dibuka. Figura lelaki yang berada di balik pintu membuatkan aku tergamam.

Luqman?

Luqman?! Ya, memang sah dia! Sebab aku kenal sangat senyum mengusik dia tu. Tak sangka, dapat jumpa dengan luqman lagi. Kalau diikutkan, sudah 3 tahun tak jumpa dia.

"Luqman?" Jeritku sedikit terkejut dengan kehadirannya.

Luqman senyum senget lalu mendekatiku. "Yes, its me. Keysha adelia."

Btw, kami sudah pun berbaik. Haa, itu pun sebab rayden yang paksa kami bila dapat tahu apa yang terjadi di dalam pesawat haritu. Dan sampai sekarang, kami mula rapat.

"Ya Allah, bila awak datang Malaysia? Tak sangka dapat jumpa lagi!" Ucapku teruja. Rakan bergaduh ku sudah kembali!

"Ala, tahu la rindu aku. Tak payah lah nak tunjuk sangat." Balasnya. Wah, yakinnya kamu.

Beli mana confident?

"Eleh, takdenya. Macam mana boleh tahu aku dekat sini?" Pelik jugak. Aku bukan nya ada nombor dia pun. Status dengan story pun aku tak up pun.

Dia gelak. "Seriously? Your husband didn't tell you? Rayden yang suruh aku datang temankan kau. Katanya, isteri dia ni tengah sakit. Aku yang baik hati ni, tolong la jagakan isteri kesayangan mr rayden."

Aku masam muka. Ni kalau aku larat, memang kaki aku dah sampai ke muka dia. Aku ni, bekas ahli taekwando tau. Bukan calang-calang orang.

"Tak suruh pun kau temankan." Jawabku. Jeling.

"Oh, kalau macamtu aku balik la." Luqman ingin menapak pergi.

Terus aku tarik hujung baju kemeja hitamnya. Mata dengan penuh bersinar, mengharapkan dia akan menemaniku.

"Eleh, tahu pun." Ucapnya berlagak.

Aku sengih. Aku pandang pada tangannya. Ada sekompok bunga lavender,  iaitu bunga kegemaranku.

"Luqman,  bunga lavender tu untuk aku ke?" Soalku. Baik betul kalau memang dia belikan untuk aku.

Luqman pandang pada bunga yang dipengangnya. "Bunga ni, bukan dari aku. Tapi suami kau yang suruh bagi. Kenapa? Mengharapkan aku belikan bunga untuk kau ke?"

Terus aku jeling. Ada je nak sakitkan hati aku. "Haah, memang mengharapkan kau belikan untuk aku pun." Balasku.

Luqman gelak besar. Lalu memberikan bunga lavender itu kepadaku. Aku mendekatkan muka ke bunga lavender yang dibelikan oleh rayden. Bau harum wangi bunga lavender, membuatkan aku berasa senang hati.

Aish, sweet betul suami aku ni.

"Tahu lah, gembira. Tak payah lah melebih-lebih." Ujar luqman seraya duduk di sofa yang tidak begitu jauh dari katilku.

Terus aku pandang tajam kearahnya. Biarlah. Sibuk aje.

"Asalkan aku dapat bunga dari orang yang aku cinta. Kau tu, kesian takde siapa nak kasi bunga." Sindirku. Rasakan!

Kali ini, luqman pula memandang tajam kearahku. Marah lah tu. Benda fakta kot.

"Haih, kenapa lah aku setuju nak tolong temankan kau dekat sini. Buat sakit kepala aje. Baik aku pergi cari makan daripada kenyang tengok kau."

Luqman berdiri dari duduknya. Kemudian ingin melangkah keluar dari bilik. Namun, aku terus memanggilnya hingga luqman berhenti menoleh kearahku.

"Hehehe, tolong belikan aku tealive? Nak yang ada boba sekali tau!" Sengihku. Tiada segan malu, aku meminta.

"Orang sakit tak boleh minum minuman manis." Balasnya.

"Alaaa tolong lah! Aku dari bulan lepas teringin nak merasa boba masuk dalam perut ni!" Pujukku. Harap-harap dia termakan lah, walaupun baru minggu lepas aku minum tealive.

Luqman berdiri disebelahku. Tangannya dihulurkan kepadaku.

Aku mengerutkan kening. Dah kenapa pulak mamat ni? Aku suruh dia pergi belikan boba, bukannya datang dekat aku. Takkan la nak suruh aku berpengangan tangan pulak?

Luqman yang melihat aku tidak faham akan tindakanya, mula berbicara.

"Duit la. Ingat free ke?"

"Kau belanja laaa."

"Suami kau kan kaya, takkan nak suruh orang belanja jugak?"

"Belanja orang , dapat pahala tau. Kau taknak pahala ke? Ish-ish." Aku geleng kepala.

"Macam-macam lah kau ni. Ye la, aku belanjakan untuk adik ipar aku ni." Luqman tayang muka menyampah.

Setelah itu berlalu keluar dari bilik. Sempat aku jerit mengucapkan terima kasih kepadanya.

Lain kali, nak suruh rayden ajak luqman temankan aku lagi lah lepasni!

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now