2. Nadin Amizah- Taruh

41 1 0
                                    

                                 Twin Flame

               playlist<3 Nadin Amizah, taruh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               playlist<3 Nadin Amizah, taruh

Seorang lelaki tinggi lampai, berkulit sawo matang yang mengenakan t-shirt dan seluar longgar berwarna putih berlari-lari anak ke arahnya sambil membawa sesuatu di belakang.

"kamu siapa?" soal gadis itu dengan keningnya yang bertaut.

"penghuni di sini" jawab jejaka itu.

Penghuni di sini? Apa ada semacam kampung atau desa yang wujud di sini. Gadis itu meneliti sekelilingnya untuk mencari jawapannya tetapi di tidak menemukan sebarang titik perumahan yang ada di situ.

"kamu baik-baik saja bukan? Ada cedera atau luka di mana-mana bahagian?" soal jejaka itu dengan penuh kebimbangan

"tadi kepala berdenyut-denyut, tapi sekarang sudah mula membaik, jangan risau" ceritakan gadis itu

"syukur, tadi sewaktu saya memanjat pohon untuk memetik buah epal saya lihat kamu jatuh dari langit, saya memberhentikan urusan saya dan terus berlari untuk mendapatkan kamu, nasib baik kamu masih selamat"

gadis itu terpaku, bukan tentang kebimbangan yang dipaparkan oleh jejaka itu, atau sesuatu yang dituturkan dari mulut jejaka itu tetapi semua hal sempurna yang terbentuk pada wajahnya, bermula dengan kelopak matanya yang teduh, jatuh kepada hidungnya yang mancung dan akhir pada garis rahangnya yang tajam sehingga terbitnya rasa kedamaian yang menggebu-gebu dalam hati. Mata cemani ini kemudiannya dilirik kepada kedua belah tangannya yang disembunyikan di belakang. Perasaan curiga mula timbul.

"apa yang kamu sembunyikan di belakang?" soal gadis itu dengan nada yang perlahan.

"owh ini, tiada apa-apa yang penting" jejaka itu menapak ke belakang beserta bola matanya yang meliar-liar.

"apa itu pisau? Kamu mahu mengancamku!" tuduh gadis itu

" bukan, I-ini!" suara jejaka itu ditekankan

"jangan, jangan dekat!" kakinya menapak perlahan-lahan ke belakang

"ini, kekurangan yang aku miliki" terang jejaka itu tanpa berdalih lagi.

Gadis itu diam seribu bahasa sambil cuba memproseskan apa yang diajukan oleh jejaka itu. Dia berhenti berganjak dan membatalkan hasrat untuk melarikan diri.

"kekurangan?"

"ya, makanya jangan pergi"

Tangan yang disembunyikan di belakang itu perlahan-lahan melepaskan sesuatu di belakangnya. Sesuatu yang menjadi tanda tanya bagi seorang gadis yang berambut ikal mayang itu mula memunculkan dirinya.

Gadis itu terpana.

Rupa-rupanya sesuatu yang musykil itu adalah hal yang paling menakjubkan. Siapa sangka jejaka ini juga dikurniakan kelebihan dari semesta sama sepertinya. Jika dia punya langkah kaki itu akan menumbuhkan bunga-bunga kecil di atas permaidani maka jejaka ini juga miliki

Sayap berwarna hitam.

Benar

Jejaka itu miliki sayap berwarna hitam legam seperti warna cemani yang hidup di kedua bola mata gadis itu.

Tetapi.

"Sayap ini bukanlah seperti apa yang kamu fikirkan, mereka tidak sempurna"

Sayap yang asing. Itulah perihal pertama yang dapat dia gambarkan ketika melihat mereka. Mereka? Gelaran Mereka? 'Mengapa'? Aneh bukan.

"Kenapa kamu menggelarkan sayap itu sebagai mereka, bukan dia sudah tidak berpasangan lagi?"

"owh, kamu tidak sedar lagi?"

"Apa?" gadis itu curiga

"kamulah sayap yang melengkapi itu" terang jejaka itu

"aku tidak memahami maksud kamu?" soal gadis itu bersama kerutan di dahinya.

"Sebelah sayap yang berpaut di belakang badan kamu, apa dia masih hidup?"

Gadis itu berasa seperti dipermainkan. Sungguh begitu, perasaan ragu-ragu itu mula hilang sendiri apabila dia merasakan bahawa ada sesuatu yang bergerak-gerak di belakang badanya, tanggan kananya dibawa ke belakang untuk merasakan sendiri tekstur bulu pelepah yang lembut seperti kain sutera. Dia cuba mengibas-ngibas sayapnya yang berwarna putih itu. Dia tidak tahu sejak bila sayap itu tumbuh.

"mahu cuba?" soal jejaka itu sambil mengangkat sebalah keningnya yang lebat itu

Gadis itu mengangguk kecil sambil mempamerkan senyuman canggungnya yang manis itu. Semangat keterujaan menghiasi wajah berbentuk berliannya itu.

"mahu!" tutur dia

Gerhana (oneshot)Where stories live. Discover now