3. Amigdala- Di Ambang Karam

46 1 0
                                    

sun eclipse

playlist <3 Amigdala, Di ambang karam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

playlist <3 Amigdala, Di ambang karam

Setelah hampir 20 minit mereka merancang bagaimana kedua-duanya mahu menerbangkan sayap itu, akhirnya mereka menemukan jalan penyelesaian. Jejaka itu akhirnya memanjat pohon berwarna unggu pastel dan berdiri di atas dahan yang kukuh manakala gadis itu pula berdiri di hujung tebing berhadapan dengan pohon itu. Dia menghadap ke arah lautan biru yang luas yang berketinggian lebih kurang 1,010 meter di atas laut.

"Angkat kedua-dua belah tangan kamu" arah jejaka

Gadis itu terus menganggkat tangan sambil rambutnya yang beralun lembut dibiarkan ditiup angin.

"satu, dua, tiga" jejaka itu terus lompat dari dahan dan mula mengibaskan sayap sebelahnya. Dia mencapai kedua-dua belah lengan gadis itu dan mengengamnya dengan erat sekali.

"WAAAAAA!" gadis itu menjerit ketakutan apabila kakinya sudah terapung di awang-awangan.

"tenang, belajar mengibaskan sayap kamu"

"tak boleh! tak boleh!" jerit gadis itu, dirinya dipeluk rasa cemas sambil jejaka itu mula merangkul pinggannya untuk memastikan dia tidak jatuh ke bawah

"buka mata cemani, kamu akan melihat segala ciptaan yang akan meluluhkan segala kegelisahan yang ada pada dirimu, sayap kamu akan belajar untuk terbang dengan sendiri, percayalah" jejaka itu cuba menenangkan gadis itu dalam keadaan mereka berdua sedang bergelut untuk menerbangkan sayap yang asing.

Seperti magnet yang menyalurkan kekuatan, gadis itu mula percaya diri dan membuka kedua kelopak matanya dengan perlahan-lahan.

Matanya yang hitam pekat mula membesar apabila dia melihat manusia-manusia membanjiri segenap Ruang Dunia dibawah itu, mendongak ke arah mereka berdua, manusia-manusia tersebut hanya berdiri statik tanpa bergerak seinci seolah-olah para manusia itu sedang memuja mereka.

"Mereka semua kelihatan aneh"

"Jangan pedulikan mereka, lihat di depan"

Gadis itu memandang ke hadapan sambil lengan kanannya memaut kepulan awan-awan di sekeliling. Mulutnya terlopong dengan luas tanpa ada kata-kata yang sesuai dilafazkan pada musim langit berwarna merah muda ketika itu.

Kali ini hal indah dan sempurna itu bergabung menjadi satu keajaiban yang misterius. Cincin besar berwarna jingga terpampang di skrin layar kaca di hadapan diselubungi langit-langit hitam yang mencorakkannya.

"Apa itu?" soal gadis sambil keningnya terangkat.

"Cincin. Aku akan melamar kamu sekarang"

"Apa? Kamu sudah gila"

"hampir saja, fikiran rasional aku hanya tingal 1 peratus"

"lucu" gadis itu mempamerkan senyuman canggungnya lagi menampakkan sebaris gigi asmaradanta

"Nama kamu apa?" soal jejaka itu

"Arunika Juita. Kamu?" jawapan dibalas pula dengan pertanyaan

"Megat Purnama"

"Purnama? Seperti Bulan Purnama yang muncul pada langit yang hitam?"

"Ya, seperti kedua-kedua bola mata kamu"

Gadis itu tersenyum lagi sambil mukanya mula berona merah manakala jejaka itu pula mengariskan senyuman bersama mata teduhnya itu, kedua-duanya saling bertatapan di muka langit.

"kita harus berpisah" tutur jejaka itu

"aku tahu" gadis itu sentiasa tahu dan sememangnya sudah lama tahu sejak 200 ribu tahun cahaya , cumanya dia tidak mahu menjadi orang pertama lagi yang menyebutkan kalimat itu. Dia tidak mahu air mata darahnya mengalir jatuh ke tanah lagi yang mengakibatkan pelbagai bencana alam di Dunia.

Setelah hampir beberapa minit mereka diam, jejaka itu akhirnya membuka mulut apabila masa mula mencemburui mereka. Dia tiada pilihan lain selain melafazkan kalimat itu.

"Teruntuk Bintang yang gemerlapan, kamu itu adalah cahaya yang menyembuhkan, menenangkan, meluluhkan, makanya jangan sampai redup, aku sayang kamu dari setiap buku cerita yang semesta tuliskan buat kita. Selamat Tinggal."

Jejaka itu menolak belakang Arunika dan memindahkan sayapnya ke atas badannya.Kini, dia tidak punya sayap lagi untuk terbang dan hanya membiarkannya dirinya jatuh ke dalam laut yang sedang bertukar warna menjadi hitam legam. Dia memandang Arunika yang bercahaya itu dari bawah sebelum matanya tertutup rapat.

"kamu tahu, ada apa di bawah langit?" soal gadis itu tanpa menoleh ke belakang. Dia sedang mengejar cahaya Matahari yang memancar di hadapannya. Fikirannya tidak keruan lagi, dia cuba untuk menstabilkan emosi sambil berlawan dengan perasaan sedih yang sedang mengejarnya.

"......" senyap. tiada balasan dari sesiapa

"kamu, Bulan yang sentiasa indah pada gelapnya aku memuja, pada sinarnya aku memeluk, pada matanya aku mencium, pada jaraknya aku memendam rasa dan pada takdir yang hakiki aku belajar untuk menerima. Itulah definisi apa yang ada di bawah langit yang tidak selamanya menjadi milik aku. Maka, Purnama aku yang sentiasa hadir dalam mimpi, tetaplah hidup demi aku dan Semesta"

Tepat pada pukul 8:01 pagi, fenomena gerhana sudah tamat, dua insan yang berdekatan di suatu padang yang luas beserta puluhan manusia yang lain mula membawa haluan masing-masing. Setelah saling menatap antara satu sama lain tanpa sebarang bicara mereka berpisah begitu sahaja. Kejam tetapi itulah intinya kerana tidaklah mungkin bagi matahari mengejar Bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang, masing-masing beredar pada garis edarnya. Pada akhirnya Semesta punya rancangannya lebih tulus lagi dalam menuliskan cerita perihal perasaan cinta. Jika namanya Bulan dan Matahari itu mustahil untuk mendekat apatah lagi menjadi satu.

 Jika namanya Bulan dan Matahari itu mustahil untuk mendekat apatah lagi menjadi satu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

tamat

Gerhana (oneshot)Where stories live. Discover now