THEA BUFORD : THE LAST PRODIGY
beauty may be dangerous, but intelligence is lethalTHE PROTECTER, THE DEVIL AND THE SAINT
Do change your background to white and use sans serif for a better experience!
ALL RIGHT RESERVED,
2023/2024blurb / teaser
"YOUNG MASTER."
Langkahnya dipercepatkan, cuba menyeragamkan rentak kaki dengan lelaki yang digelarnya sebagai young master itu. Wajahnya kelihatan gusar dan gelisah saat mata disapa dengan riak wajah young master yang kelihatan tegang. Jelas kelihatan urat-urat biru yang timbul pada dahinya.
Tangannya yang cuba memegang lengan sasa milik lelaki itu ditepis kasar memaksa mereka berdua mematikan langkah. Jelas riak wajah lelaki itu terkejut dengan tindakannya sendiri begitu juga dengan dia.
"Young master, I-"
"Shut up, Thea. Leave me alone."
Dingin suaranya menutur kata-kata itu sebelum langkah mula diatur meninggalkan gadis bernama Thea itu. Belum sempat kakinya mula mengorak langkah, secara mengejut tubuhnya ditolak kasar pada dinding sebelum kedua-dua tangan Thea diletak pada kedua sisi lelaki itu, cuba menahannya dari melangkah pergi.
Riak wajah gadis itu kelihatan risau, gusar dan gelisah sambil dirinya termengah-mengah mencari nafas yang tersisa kerana sibuk mengejar langkah lelaki itu tadi.
"Young master, tolong, please listen to me."
Rayunya sambil matanya cuba mencari sepasang anak mata itu tetapi hampa apabila kedua-duanya bertentang mata, hanya kedinginan dan kemarahan sahaja yang memenuhi anak mata itu. Berbeza dengan anak mata Thea yang jelas menunjukkan seribu penyesalan dan kesedihan.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄𝐀 : 𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐈𝐆𝐘
Action"𝗬𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗯𝗼𝗱𝘆𝗴𝘂𝗮𝗿𝗱?" "𝗬𝗲𝘀, 𝘆𝗼𝘂𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿." "Mana dia?" Soalan itu hanya diabaikan oleh Lewis. Raiden dan Roman berpandangan sesama sendiri. Kedua mereka melangkah perlahan menuruti sahaja jejak langkah Lewis yang memba...