𝗰𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 𝗳𝗶𝘃𝗲

46 2 0
                                    

KAKI setia berdiri sambil mata masih ralit memerhati kawasan sekeliling akademi. Dataran akademi Nexus yang dihiasi dengan air pancut yang bertemakan salah satu daripada Greek God iaitu Apollo. Ukiran patung Apollo yang berada di tengah-tengah air pancut itu memang menarik perhatian Roman. Belum lagi seni bina bangunan akademi yang agak unik baginya.

Seni bina bangunan yang seolah-olah seperti istana Windsor yang terletak di Berkshire, England. Tekstur cat pada bangunan yang kelihatan sedikit pudar makin menonjolkan unsur-unsur istana diraja pada zaman dahulu.

Makin menarik apabila laluan buat pelajar adalah di atas konkrit yang berteksturkan batu kerikil. Nampak berbeza dari laluan pelajar di sekolah lamanya. Membulat matanya apabila terpandang satu papan tanda besar yang memaparkan peta laluan akademi.

"Gempak jugak akademi ni eh."

Bisiknya perlahan, cukup untuk dia seorang sahaja yang dengar. Setelah berpuas hati memerhati kawasan sekeliling, kaki mula mengatur langkah menuju ke pejabat pentadbiran sambil menggalas beg sandang. Luggage beroda miliknya nampaknya terpaksa diangkat dan tidak boleh disorong memandangkan laluan pelajar tidak mengizinkannya.

Ada jugak kekurangan sekolah ni ye.

"Kalau nak pergi pejabat, aku kena pergi arah barat and then masuk Daisy Hall, terus ke tingkat dua "

Mati sahaja langkah di hadapan sebuah pintu kayu utama yang sedikit besar, Roman tarik nafas dalam-dalam. Tiba-tiba berdebar pulak dia rasa.

"Sokay. Take a deep breathe, Roman. Semuanya akan okay."

Pintu ditolak perlahan. Suasana kawasan sekeliling Dewan Daisy sedikit lenggang. Yang kelihatan hanya beberapa orang pelajar yang sedang sibuk berdiri di hadapan pintu infirmary serta figura beberapa orang lelaki yang sedikit berusia, mungkin pensyarah atau pelatih di akademi ini. Walaupun nampak berusia, Roman dapat lihat dengan jelas tubuh mereka masih tegap dan kebanyakan mereka agak tinggi.

Tanpa lengahkan masa, kaki automatik melangkah ke arah tangga.

"New kid?"

Satu sapaan suara garau memaksa dia mematikan niat untuk naik ke atas. Tubuhnya dipaling memandang ke arah sekumpulan lelaki yang berusia tadi. Wajah seorang lelaki yang mempunyai parut di kening kanan serta pada bahagian pipi kiri menarik perhatiannya.

"Sorry?"

"You're the new kid, right?"

Soalan lelaki berparut itu hanya mendapat anggukan daripada Roman. Tipulah dia cakap kalau dia tak rasa sedikit takut, mana taknya pandangan daripada dua orang rakannya di sisi cukup buatkan bulu roma dia naik.

Pandang orang macam nak makan je.

"Name?"

Soalan itu tidak dibalas. Roman teragak-agak nak jawab soalan itu. Zaman sekarang ni mana boleh nak jujur sangat.

"Lack of trust, I see."

Lelaki di sisi kanan lelaki berparut itu bersuara. Tajam matanya memerhati tindak-tanduk Roman.

"You should be more careful, kid."

Entah kenapa pesanan seorang lagi lelaki di sisi kiri lelaki berparut itu menjentik rasa kurang senang dan rasa ingin tahu dalam hati Roman. Apa yang dimaksudkannya dengan 'be more careful'? Tangan mula mengenggam pemegang tangga dengan erat, cuba tenangkan diri.

"Come on, guys. Don't scares him. Dah berdebar dah budak tu."

Jejaka berparut itu menegur mereka berdua apabila dia dapat rasakan Roman sudah mula rasa tidak selesa. Walaupun riak wajahnya kelihatan biasa sahaja, melihat pegangan Roman pada pemegang tangga cukup menunjukkan apa yang Roman rasa. Jarinya yang bergetar cuba dikawal, membuatkan lelaki itu hanya tersenyum sinis.

𝐓𝐇𝐄𝐀 : 𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐈𝐆𝐘Where stories live. Discover now