𝗰𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 𝘁𝘄𝗼

327 64 64
                                    


KELUHAN dilepaskan perlahan. Lehernya diregang sambil tangan sibuk memunggah keluar segala buku dan kertas. Suasana kelas agak sunyi memandangkan masih awal untuk mereka datang ke sekolah. Cuma dia sahaja yang beria nak datang awal.

Awalnya niat nak siapkan kerja kursus tapi memandangkan suasana kelas yang sunyi buatkan dia hilang mood nak buat kerja. Mungkin dia lebih gemar buat kerja dengan bunyi bising di sekelilingnya.

Pandangan dia lemparkan ke luar jendela. Suasana pagi yang masih gelap dengan kabus yang masih tebal menyapa anak mata. Tingkap ditolak perlahan ke sisi, menyuruh angin pagi menderu masuk ke dalam kelas.

Tenang sikit jiwanya bila setiap inci kulit disapa dengan deruan angin yang mendinginkan. Mata dia pejam, menikmati kedinginan angin pagi yang menenangkan.

KLIK!

Bunyi suis lampu dihidupkan memaksa dia mengalih kepala perlahan ke arah pintu kelas. Kelibat seorang lelaki yang agak tinggi bersandar pada sisi pintu dia pandang sekilas sebelum kepalanya dialih semula ke arah tingkap.

"Good morning, Thea."

Sapanya seraya punggung dilabuh di sisi Thea. Hanya jawapan 'mhmm' sahaja yang diberikan. Terlalu malas nak menjawab sebab dia masih ingin menikmati kesejukan angin yang menyapa wajahnya.

"Awal kau harini."

Lewis keluarkan laptop sambil tangan sebelah meletakkan sebungkus nasi lemak di atas meja Thea. Jari sibuk menaip sesekali granola bar digigit dan dikunyah perlahan.

Thea pandang nasi lemak di atas meja. Sedikit rasa bersalah sebab Lewis susahkan diri untuk beri dia makanan tiap hari.

"Lewis, kau tak-"

"Kau belum makan sejak semalam Thea. Makan tu, you need some energy."

Balasnya tanpa memandang wajah Thea. Tin air Nescafe berperisa mocha dia hulur kepada Thea.

Melihat wajah Thea yang kelihatan serba salah, dia capai tangan Thea sebelum diletaknya kemas dalam genggaman tangan Thea.

"Drink it, Thea."

"Lewis, kau tahu kan kau tak payah susahkan diri untuk bagi aku makanan. I'm fine, Lewis. Aku tak nak susahkan-"

Lewis lepaskan keluhan. Jari berhenti menaip seraya kepala dialih memandang ke arah Thea. Riak wajah gadis itu serba salah. Lewis ukir senyuman kecil sambil tangannya memegang tangan Thea.

"Kau tak pernah susahkan aku, darling. Kau kawan baik aku. Takda erti menyusahkan bila you're my best friend. Itulah gunanya kawan, Thea. So now, makan dan minum je yang aku bagi. I need to make sure that you have some energy for today."

Tuturnya lembut. Bungkusan nasi lemak dia buka dan paket sambal dia koyakkan. Dicampurnya elok pada nasi sampai sebati. Tin air dibuka dan diletak di hadapan wajah Thea.

"Jadi, makan je. I'm more than happy if you choose to eat it, Thea."

Thea ukir senyuman kecil walaupun dalam hatinya masih ada tersisa rasa bersalah. Tangan mencapai sudu plastik sebelum nasi lemak diisi masuk ke dalam mulut.

𝐓𝐇𝐄𝐀 : 𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐈𝐆𝐘Where stories live. Discover now