Entri 1

3 0 0
                                    


Inilah dia. Ahh tak sabarnya!

Hanis menjerit kegirangan dalam hati. Apa agaknya rasa bila akhirnya dapat juga masuk universiti, menamatkan tempoh 'pengangguran' dia selepas habis SPM yang lepas. Berbaring dengan hati yang puas, lebar senyumnya sampai ke telinga. 

Dengan izin Tuhan juga, tajaan juga dapat dia mohon.

Universiti apa yang menjadi pilihan hati Hanis ini? Biarlah rahsia;)

"Akak, buat senarai cepat, apa yang tak cukup. Boleh kita pergi beli kemudian nanti" terdengar suara si ibu menyapa gegendang telinga. 

Hanis memandang ke arah pintu bilik, tersengih. Dalam hatinya dia bersyukur, sekali lagi diberi peluang untuk membanggakan ibu ayahnya. 

"Ok umi dah ada dalam kepala dah apa nak beli" selorohnya. 

Puan Mariam menarik nafas, menahan sabar. "Akak, buat. Nanti lupa." Tegas suara Puan Mariam kepadanya. 

"Ok ok ok ok akak buat akak buat", cuak juga terkadang dengan si ibu. Lalu dia pergi ke arah meja di tepi katil, menyelesaikan apa yang patut, 

Dia melihat telefonnya. Membuka aplikasi Whatsap. Kelihatan berpuluh mesej tidak henti timbul dari 'group chat' sekolah, yang pasti, itu akan jadi masa lalunya. Dia menekan 'group' tersebut. Membelek isi di dalamnya. Rakan-rakannya sibuk menghantar mesej terutama berkaitan persiapan ke universiti, senarai tajaan, senarai barang keperluan dan macam-macam lagi berkaitan melanjutkan pelajaran ke menara gading. 

Dia menghela nafas. Masakan masuk universiti sama seperti hendak bersiap pergi ke kem-kem sekolah, perlukan senarai itu ini. Cukup beli keperluan untuk hidup di sana cukuplah, kan?

Usai melihat mesej di dalam 'group' itu, dengan senang hatinya dia melihat pula mesejnya bersama 'senior' kesayangannya. Awal-awal lagi sudah ditanya orang itu tentang persiapan ke universiti. Tidak hairan jika dia bosan melihat mesej rakan-rakannya. Sudah ada kabel katakan;)

Dia membelek satu senarai panjang yang diberi 'kakak'nya itu. Lebih kurang sama saja dengan apa yang rakannya beri. Baiklah, dia tidak perlu membuat senarai seperti yang disuruh emak, cukup ambil apa yang sudah terbentang saja. 

Senang bila betul-betul memanfaatkan teknologi yang ada.

Dia letak telefonnya di tepi. Maju mendapatkan buku nota yang baru dibeli. Warna coklat, saiz A5, masih baru dan kosong.  Dia membeleknya, menghidu bau buku baru tersebut. Bak kata orang, sedap bau buku baru ni. Mana tahu ada apa-apa perkara menarik yang luar biasa terjadi di 'uni' nanti, itu semestinya perlu dicatat! Dia berhasrat untuk akhirnya mempunyai diari atau jurnal buat masa ini.

Dan dia tersenyum nipis. Agaknya, bagaimana ya pergi ke 'uni'.... yang suasananya memang akan berbeza dengan sekolahnya. SMA. Sekolah menengah agama.

Tempat yang menyaksikan segala-galanya. 

Tempat dia belajar menjadi muslimah yang lebih baik. Tempat dia menjadi pelajar yang, terkadang seperti malaikat, terkadang mahu mengucap guru-guru dibuatnya. Tempat dia.... Ah, terlalu banyak memori dan khilafnya sepanjang berada di sekolah. Namun dia masih boleh dikatakan terpelihara kerana suasana sekolah itu yang islami, dan guru-gurunya yang tidak pernah berhenti memberi nasihat dan peringatan kepada anak murid mereka yang diajar seperti anak sendiri.

Dan rakan-rakan karibnya yang sentiasa menemani, walau banyak rintangan pun. 

Dia membuka halaman pertama buku nota kosong itu, mula menulis. 

'Entri 1, Mei 2022.

Aku sumpah tak sabar. Nak pergi tempat baru, kenal orang baru, belajar benda baru. 

kena  'interact' dengan lelaki? In shaa Allah aku ok je kot, harap2 lah. 

Ya Allah, kau kekalkan hamba Mu ini untuk jadi muslimah yang tetap di jalan Mu yang lurus. Amin'

Dia mengangkat pena. Itu saja. Yang sentiasa disematkan dalam hati. Ingat Tuhan, dimana saja dia berada. Itu yang paling kritis bagi hidupnya. Dan hidup sesiapa saja di muka bumi ini yang mengaku beriman kepada Pemilik sekalian alam. 


-----------------------------------------

Agaknya kenapa dengan Hanis dan sekolah dia?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Culture Shock(?) Apa tu?Where stories live. Discover now