Pengenalan

4 0 0
                                    


**DISCLAIMER AWAL**

CERITA INI ADALAH HAK CIPTA PENULIS SENDIRI. TIDAK DIPLAGIAT DARI MANA-MANA SUMBER. TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP DAN MATI. CERITA INI JUGA HANYA SEKADAR HIBURAN DAN PENGISIAN MASA LAPANG SEMATA-MATA. JIKA TERDAPAT KESALAHAN, TYPO, ATAU ISU YANG MENYENTUH SENSITIVITI, MOHON DIMAAFKAN DAN MOHON DITEGUR. 

Update akan menyusul tiga kali seminggu jika saya berkelapangann In shaa Allahh^-^

Terima kasih kerana sudi membaca\^¥^/ Semoga cerita ini sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada semua! Do share, likes and vote!<3


Selamat membaca para 'pelayar' sekalian;')

--------------------------------------------------------------

Hanis Aliya. Gadis biasa. Periang, aktif, gemar bercerita. Kadang ada saja buah fikiran atau cerita yang terlepas dari mulutnya tidak kira waktu. Namun, hanya dia dan Tuhan saja yang tahu dia sebenarnya yang bagaimana. Selama bergelar lepasan SPM, dia punya cita-cita dan harapan untuk dicapai. Tapi tidak tahu mana nak mula. Universiti mana? Tajaan, untuk apa? Kediaman? Barang keperluan? 

Nanti sajalah dia fikirkan. 

Dia, manusia biasa. Ya, semua pasti dah lali dengan frasa itu. Tapi, sejauh manakah manusia boleh menerima 'biasa' itu? Hanis tidak sukakan dengan orang yang acap kali saja mengulang frasa itu, tapi sendiri memandang serong jika ada saja sedikit yang tidak kena di mata, yang baginya 'tidak sempurna'. Itu bukan 'biasa' bagi mereka. Kata boleh, tapi lain pula bila di depan mata, itu biasa. 

Sejak di sekolah, orang sering memuji, saling menguji kepandaian dan kecerdasannya bersama mereka. Namun, itulah manusia. Nampak apa yang dihidang depan mata saja. Itu yang selalu diingatkan kepada dirinya, oleh ibunya. 

Yang baik di depan, yang berjaya, kita tidak tahu apa yang dia lalui. Yang elok, yang cantik, kita tidak tahu samada kita boleh terima jika orangnya ada sisi yang tersembunyi.

Tuhan, kuatkan aku, untuk jadi ikhlas, benar-benar ikhlas untuk jalani hidup yang Engkau beri dengan sebenar-benar syariat-Mu.

Culture Shock(?) Apa tu?Where stories live. Discover now