TERSENYUM jejaka itu saat melihat cincin tunang yang tersarung di jari manis milik Qaisarah .
"Terima kasih" kata Ian perlahan.
"Terima kasih? Untuk apa?" Soal Qaisarah dengan wajah yang keliru.
"Sebab bagi peluang dekat Ian untuk jadi tunang Qaisarah."
"Tapi Qaisarah masih perlukan sedikit masa. Ian.. Yakin boleh tunggu?" perlahan sahaja Qaisarah bertanya.
Ian tersenyum manis dan anggukkan kepalanya.
"Ambillah sebanyak mana masa yang Qaisarah mahukan. Ian dekat sini sentiasa menunggu. Bila Qaisarah dah bersedia, insya-Allah masa tu Ian akan jadikan Qaisarah kekasih yang halal"
Qaisarah tersenyum malu. Alahai, manis sungguh ucapan tunangnya ini. Semoga jejaka ini tidak menjadi seperti lelaki di masa lalunya.
"Mungkin betul apa yang orang cakap. Biar menunggu lama untuk orang yang tepat, daripada bersama dengan orang yang salah. Maybe we'll get hurts at first but happiness will come to us when we wait for the right person." Terang Qaisarah sambil memandang wajah tunangnya.
"The whole world could be in front of me yet my eyes would only search for yours. Peace be upon you, lan's fiance" Bisik Ian sambil matanya memandang tepat ke arah mata Nur Qaisarah Zahra. Gadis pujaannya, gadis yang dia tunggu hampir 9 tahun.
YOU ARE READING
Limerence
Short StoryThe whole world could be in front of me yet my eyes would only search for yours.