USAI menunaikan solat Isyak dan makan malam, Qaisarah terus bermain dengan telefonnya di ruang tamu.
Ibu dan papanya baru sahaja keluar. Katanya pergi melawat kawan mereka yang sedang sakit.
Zayyan melihat sahaja tingkah adiknya. Kadang tersenyum, Kadang tersengih.
Lengan Qaisarah dicuit.
"Adik mesej siapa?"
Qaisarah memandang Zayyan sambil muncungkan mulutnya.
"Betul nak tahu ni?"
"Nak lah. Adik mesej siapa?" Soal Zayyan sambil kerutkan dahi.
Qaisarah tersengih. Mungkin dah tiba masanya untuk beritahu Zayyan.
"Boyfriend." Bisiknya.
"Boyfriend?" Zayyan jongketkan kening.
Sejak bila adiknya ini ada boyfriend?
"Kitaorang baru lagi bercinta. Baru 2 bulan."
" Adik kenal dia dekat mana?" Soal Zayyan. Tak boleh jadi ni. Dia kena soal siasat habis-habisan.
" Internet."
Membulat mata Zayyan.
"Dia tinggal mana? Adik percaya ke dia ni? Adik sekarang orang kat Internet bahaya tau. Entah-entah dia scammer."
" Adik pernah video call dengan dia lah abang. Dia okay je." Ujar Qaisarah sambil masih ralit bermesej bersama teman lelakinya.
"Nama dia siapa?"
"Zaid Aiman Shah. Dia tinggal dekat Terengganu. Jadi kitaorang LDR. sebab tu adik tak pernah jumpa dia lagi. " balasnya ringkas.
Tersengih dia melihat ayat manis dari Aiman.
"Tak pernah jumpa tapi Qaisarah percaya dia?"
" Kan adik kata, dah. pernah. video. call. dia." Qaisarah menyebut satu persatu perkataannya untuk Zayyan fahami.
Tumpuannya kini sepenuhnya pada Zayyan yang berwajah tegas?
"Qaisarah tak pernah jumpa dia tapi dah bercinta? Kalau dia scammer macam mana? Kalau dia mainkan hati adik macam mana? Qaisarah dunia sekarang ni tak semua orang tau baik." Bebel Zayyan.
"Abang ni.. Aiman baik lah. Qaisarah dah video call dengan dia banyak kali dah. Lagipun zaman sekarang ni, ada je orang bercinta tak pernah jumpa." Ujarnya dan terus berdiri.
Dia terus berjalan naik ke biliknya.
Zayyan hanya mengeluh melihat reaksi Qaisarah.
Dia cuma tak mahu Qaisarah sakit di kemudian hari sahaja. Alahai, adik bongsu betul. Ditegur sikit pun tak boleh.
Zayyan terus berjalan ke arah bilik Qaisarah.
Dia ketuk perlahan pintu bilik adiknya, namun tiada sahutan.
"Abang masuk tau." kata Zayyan seraya masuk ke bilik Qaisarah.
Dapat dia lihat Qaisarah berbaring di atas katil sambil bermain telephone.
"Abang minta maaf okay? Abang cuma taknak nanti adik sakit hati ke apa." Ujar Zayyan dengan nada lembut.
Kepala adiknya diusap perlahan.
"Adik minta maaf. Adik tahu abang taknak apa-apa jadi dekat adik nanti." Balas Qaisarah sambil menunduk.
"Nanti Qaisarah cerita pasal dia dekat abang, okay?" Pinta Zayyan.
Entah lah. Dia rasa macam budak lelaki itu tak sesuai dengan adiknya.
Tapi melihat Qaisarah betul-betul percayakan lelaki itu, dia memilih untuk berdiam sahaja.
Nanti ada yang merajuk lagi.
"Tidur tau, esok kita pergi kerja sama-sama." Ujar Zayyan sambil tersenyum.
Dia terus tutup pintu bilik Qaisarah.
Qaisarah hanya mengeluh dan duduk di atas katil.
Zayyan cuma melindungi dia tapi dia yang terlebih reaction.
Sekarang dah berbelah-bagi, dia percayakan aiman. Takkan lah lelaki itu nak khianat kepercayaan dia.
Lagipun selama mereka bercinta ini, Aiman okay sahaja dengan dia.
Apa yang penting dalam hubungan, kepercayaan kan?
Qaisarah terus berbaring dan tidur.
YOU ARE READING
Limerence
Short StoryThe whole world could be in front of me yet my eyes would only search for yours.