Qaisarah berdiri di sebelah Zayyan sambil tersenyum. Gementar.
"This is Z.Q deputy director , Cik Nur Qaisarah Zahra." Ujar Zayyan.
"Lepasni kalau ada apa-apa urusan yang melibatkan pengarah syarikat tapi saya tiada, Cik Qaisarah akan uruskan." Sambung Zayyan.
Semua lembaga pengarah menganggukkan kepala mereka dan tersenyum.
"Qaisarah nak cakap apa-apa?" Bisik Zayyan terhadap Qaisarah
Qaisarah menganggukkan kepalanya.
"Walaupun saya timbalan pengarah, tapi saya masih baru. Saya harap kamu semua faham dan saya akan cuba jalankan tanggungjawab ini dengan baik." Kata Qaisarah sambil tersenyum.
"Nak tanya." Ujar seorang lelaki sambil mengangkat tangannya.
"Ya?"
"Umur Cik Qaisarah berapa? Cik Qaisarah nampak muda. Saya bukan nak pertikaikan kebolehan anak Datuk Zulkifli, Tapi cik yakin cik boleh galas tanggungjawab ni? Terkadang perempuan kan bertindak mengikut emosi. " Soalnya sambil tersenyum. Lebih kepada senyuman sinis.
Baru sahaja Zayyan mahu membalas, Qaisarah sudah menahannya.
"Encik?" Soal Qaisarah.
"Rahman." Balas lelaki itu.
Qaisarah ketawa kecil.
"Macam ni lah Encik Rahman. Ya, saya tahu saya muda. Umur saya baru 24 tahun. Zayyan pula dua tahun lebih tua daripada saya. Dan Abang saya galas tanggungjawab pengarah ini juga pada umur 24 tahun, ada yang lain pertikaikan?" Soal Qaisarah.
Dapat dia lihat rata-rata semua lembaga pengarah menggelengkan kepala mereka.
"Saya tahu tanggungjawab ini bukannya mudah dan disebabkan itu, Ayah saya, Datuk Zulkifli akan pastikan kami betul-betul bersedia untuk jawatan ini. Perempuan bertindak mengikut emosi? Encik cuba nyatakan diskriminasi jantina ke sekarang? Saya yakin setiap wanita yang berkerjaya mampu bezakan antara emosi dan profesional semasa bekerja." Tegas Qaisarah bersuara.
Ingat dia akan terpinga-pinga dan biarkan ke?
"Saya tak nak syarikat kita ada diskriminasi ya. Tak kisah walau apa pun." Tegur Qaisarah.
Terdiam semua lembaga pengarah yang ada di situ. Pada mulanya, mereka sangka Qaisarah seorang lembut. Rupanya gadis itu tahu bila waktu yang sesuai untuk bertegas.
Sepi bilik mesyuarat itu sebelum akhirnya Zayyan bersuara.
"Jadi dah takde apa-apa lagi kan? Semua boleh kembali bekerja."
Terus mereka berdiri dan senyum pada Qaisarah sebelum keluar dari bilik mesyuarat itu. Encik Rahman pula sudah terpinga-pinga sebelum dia juga turut keluar dari bilik mesyuarat itu.
" I'm proud of you. You know when you should stand up for yourself." Puji Zayyan sambil memandang adiknya.
"Ini Qaisarah lah." Ujarnya sambil tersenyum.
Tok! Tok!
Zayyan melihat siapa yang mengetuk pintu bilik mesyuarat itu dan terus membuat muka. Awal betul dua orang ni sampai.
" Siapa?" Soal Qaisarah apabila tubuh Zayyan menghalang untuk dia melihat siapa yang masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.
Zayyan tersenyum.
"Cuba teka."
Qaisarah melihat dua orang jejaka yang kemas memakai kemeja kerja dan duduk di barisan kiri di bilik mesyuarat itu sebelum dia ketawa kecil. Tak sangka betul.
YOU ARE READING
Limerence
Short StoryThe whole world could be in front of me yet my eyes would only search for yours.