01

13 1 0
                                    

ZAYYAN menyadarkan badannya di pintu bilik adiknya, Qaisarah. Melihat adiknya yang sudah beberapa kali membetulkan tudung itu membuatkan dia ketawa kecil. 

"Adik, jom turun sarapan." Jika tidak diajak bila agaknya adiknya akan turun untuk bersarapan bersama? Qaisarah memandang Zayyan sambil tersenyum.

"Abang rasa pakaian adik harini okay tak? Cantik tak?"

 Zayyan melihat penampilan adiknya. Qaisarah mengenakan baju kemeja berwarna ungu lembut bersama skirt labuh berwarna putih serta tudung shawl yang senada bajunya. Di pergelangan tangan kanan gadis itu terdapat Premiere ribbon watch chanel . 

Ditambah pula Qaisarah mempunyai kulit yang cerah, memang cantik lah adiknya hari ini.

Di dalam otak Zayyan sudah penuh dengan ayat yang mahu menyakat adiknya tetapi mengenangkan hari ini hari pertama adiknya bekerja di syarikat keluarga mereka dia hanya menahan diri. 

Lagipun baru semalam dia menyakat adiknya dengan lipas mainan. Hampir botak kepala dia apabila Qaisarah menarik rambutnya sebagai balas dendam.

"Cukup cantik dah adik hari ni." Puji Zayyan sambil tersenyum. 

Qaisarah mengecilkan matanya. Boleh percaya ke ni?

"Betul ni?"

Zayyan anggukkan kepalanya.

Qaisarah tersenyum dan membetulkan tudungnya sambil melihat cermin buat kali terakhir.

Minyak wangi miliknya disembur.

 Dia mengambil Valentino garavani loco small shoulder bag in calfskin dan paut lengan Zayyan. 

 "Jom turun sarapan." Ujarnya sambil tersengih. 

Duduk sahaja di meja makan ibu dan ayahnya sudah tersenyum melihat dia.

 "Cantiknya anak ibu." Puji Datin Amelia. 

"Dua orang anak kita ni memang ada rupa paras menawan sebab papa diaorang kacak." Ujar Datuk Zulkifli dengan wajah yang bangga. 

Datin Amelia menjeling suaminya, namun memang benar apa yang dikatakan suaminya.

"Yelah papa. Sebab tu ibu ngorat papa dulu." sakat Zayyan. 

Datuk Zulkifli tertawa. Ada Sahaja anak sulungnya ini mahu menyakat orang sekeliling. Dia melihat wajah isterinya yang muncung itu. 

"Sebab ibu cantik dan berani lah, papa pun jatuh cinta dengan ibu." Ucap Datuk Zulkifli sambil tersengih. Ceria sekeluarga itu bersarapan hari ini. 

 " Adik pergi dengan abang ke?" Soal Datuk Zulkifli apabila mereka sudah selesai bersarapan. Qaisarah menganggukkan kepalanya. 

Datuk Zulkifli tersenyum dia melihat Zayyan yang membawa pinggan Qaisarah ke dapur. Kadang-kadang Zayyan memang abang yang suka menyakat Qaisarah, naik pening dia mendengar aduan daripada Qaisarah sewaktu mereka masih kecil. 

 Fikirnya apabila meningkat dewasa, Zayyan akan kurang mengusik Qaisarah. Namun baru semalam Zayyan mengusik adiknya dengan lipas mainan. Riuh seharian rumah ini.

Cuma, dalam Zayyan mengusik dapat juga dia lihat Zayyan menjadi abang yang sentiasa di sisi Qaisarah.

Zayyan lah orang yang paling melindungi Qaisarah dan dia yakin apabila Qaisarah hendak berkahwin nanti bukan restu dia yang bakal suami Qaisarah perlu takutkan tapi restu daripada Zayyan. 

 "Papa?" Panggil Zayyan 

"Mengelamun pula abang ni." Tegur Datin Amelia. Apa Sahajalah suaminya memikir. Datuk Zulkifli berdehem.

Limerence Where stories live. Discover now