˗ˏˋ꒰ 04 🍒 ꒱

20 2 59
                                    

Sudah berjam Dixie dan adik-adiknya berjalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah berjam Dixie dan adik-adiknya berjalan. Satu jalan untuk keluar dari hutan langsung mereka tidak temui.

"Sampai bila kita nak berjalan macam ni weh?" kata Erland. Air yang ada dilehernya dilap.

"Sampai kita jumpa jalan keluar." jawab Dixie. Terpaksa juga walau apa cara sekalipun. Nak atau tak mereka tetap perlu melintasi semua halangan pokok-pokok lebat ini.

Satu harimau putih berbelang hitam melintasi mereka semua. Pegun mereka berdiri di tempat mereka memijak tanah. Kaki Sandra kegetaran melihat harimau putih di depannya.

Harimau itu berjalan menuju kepada mereka. Makin gerun, makin takut mereka dibuatnya. Erland, rasa hampir terkucil melihat seekor binatang yang paling dia elak untuk bertemu di hutan.

Siapa sahaja yang ingin bertemu dengan harimau? Pasti takut tujuh keterunan tidak habis.

Sampai sahaja harimau itu kepada mereka, harimau itu mengelilingi mereka bentuk bulatan.

"Tenang Sandra, tenang." bisik Dixie untuk menenangkan Sandra yang tengah dalam ketakutan. Dixie juga yang dalam ketakutan nyaris mengeluarkan air matanya.

"Ni makhluk ke tunggul kayu?" kata harimau putih itu.

Mendengar suara harimau, Dixie dan adik-adiknya menjerit.

"DIA BOLEH BERCAKAP?!" jerit Erland. Erland hampir pengsan namun sempat disambut Sandra.

"Ice!" jerit Darrel. Dia sedang mencari kawannya yang hilang.

"Keluar Ice! Nanti aku kurung kau sampai mati baru merasa!" jerit pula kawan Ice lagi seorang. Blake namanya.

Pak!

"Awak nak kena belasah dengan Pakcik James buat lah. Gila!" kata kawan perempuan Ice, Jessica.

Darrel melihat Ice samar-samar. Jaraknya dengan Ice agak jauh ketika ini. Apabila berjalan lebih dekat dan membuka mata lebih besar, Darrel dapat melihat Ice dengan jelas.

"Tu dia!"

Darrel, Blake dan Jessica berlari ke arah Ice untuk mendapatkannya.

"Pergi mana Ice? Risau kami." kata Jessica sambil menggaru dagu Ice.

"Biawak kodok mana pula ni? Kawan kau ke Ice?" soal Blake ketika melihat Dixie, Sandra dan Erland.

Pak!

"Nak saya panggil Pakcik Alan untuk teleport awak balik?" ugut Jessica. Buat malu dia je. Dengan makhluk yang tak kenal pun nak cari pasal.

"Bisa juga mulut kau." komen Dixie selepas Blake dipukul lagi sekali oleh Jessica. Dia membuka 2 langkah ke depan lalu mengadap ke belakang untuk memandang 3 makhluk yang dia tidak kenali.

"Eh hai! Nama saya Blake. Pengembara yang ingin mengembara hati awak. Awak cantik ni apa nama?" kata Blake kepada Dixie.

Cepat Erland menghalang pandangan Dixie. "Hai! Nama aku Erland. Nak berkenalan? Elok sangat, aku suka! Tadi tu apa? Nak mengembara hati kakak aku? Rasanya tak payah kut. Nampak tua sangat."

GriseldaWhere stories live. Discover now