BAB 23

2.2K 106 6
                                    

IMBAS KEMBALI...

Nyla merenung Ian yang sedang menarik bagasi mendekati pintu rumah mereka. Airmata menjadi peneman setia kepada dirinya sejak akhir-akhir ini. "Abang..." panggil Nyla. Langkah lelaki itu terhenti. Nyla mendongak memandang lelaki itu manakala Ian menundukkan kepalanya merenung Nyla.

"Abang betul-betul nak pergi?" soal Nyla.

Ian diam lalu anggukkan kepalanya. Nyla segera menarik tangan suaminya lalu menyalami lelaki itu. Kekura tangan suaminya dia kucup lembut.

"Abang jaga diri dekat sana ya? Semoga abang jumpa bahagia abang," ucap Nyla perlahan sambil melepaskan tangan suaminya.

Ian masih diam lalu membuka pintu kondominium mereka. Dia berhenti seketika lalu menoleh ke arah isterinya. "Jaga diri baik-baik," ucap Ian sebelum dia menutup rapat pintu rumahnya. Perlahan-lahan dia berjalan meninggalkan rumahnya.

Nyla merenung pintu itu sambil menangis teresak-esak. Sempat dia mengusap perutnya lembut. Dia hanya mampu membiarkan lelaki yang dia cintai itu pergi begitu sahaja.

Namun langkahnya menuju ke arah pintu. Dia perlu selamatkan hubungan mereka. Dia perlu beritahu suaminya tentang kewujudan zuriat mereka. Dia segera keluar dari rumah lalu segera mengikut jejak suaminya.

"Ian!" Panggil Nyla kuat apabila melihat suaminya sedang masuk ke dalam perut kereta sewa. Tidak sempat dia menghalang kereta itu meluncur laju pergi.

PEDAL minyak ditekan sepenuh hati sehingga beetle yang dinaiki meluncur laju melintasi kereta lain di jalan raya. Dia hanya mahu sampai dengan cepat ke lapangan terbang untuk berjumpa Ian.

Tangannya lincah menghubungi lelaki itu mengguna teknologi keretanya namun setiap panggilannya tidak berangkat oleh Ian. Lelaki itu sudah mematikan telefonnya sendiri.

DUM!

Kereta yang dipandu Nyla melayang merempuh pembahagi jalan. Pandangan Nyla mula kabur. Tubuhnya usah cakap, sakit secara keseluruhan. Sempat dia menyentuh perutnya yang berisi. Sakit. Airmatanya mengalir. Darah mula mengalir dari dahi turun ke pipinya.

"Ian..." panggil Nyla dalam tangisannya.

"Maafkan saya Ian..."

Nyla mengusap perutnya. "Adik tolong kuat ya... Tolong kuat," tangis Nyla sendiri sebelum matanya terpejam sepenuhnya. Dia langsung tidak sedarkan diri lagi.

MASA KINI...

"Nyla... jom balik," ajak Ian sambil menarik lengan isterinya. Nyla masih tidak berganjak dan duduk sofa untuk menunggu ayahnya sedar. Ian menundukkan wajahnya memandang Nyla lama.

"Balik, rehat dulu." Ian berkata sambil memandang wajah letih Nyla. Dari tengahari sampai larut malam mereka di sini sebab itu Ian mengajak Nyla pulang memandangkan adik ipar dan ibu mertuanya sudah pulang selepas Isyak tadi.

Nyla menggelengkan kepalanya. "Saya tak nak balik. Saya nak tunggu ayah sedar," balas Nyla perlahan.

Ian pantas melutut di hadapan isterinya lalu tangan Nyla dia usap lembut. "Kau nak tunggu ayah sedar, kan?" soal Ian. Nyla anggukkan kepalanya.

"Kita tak tahu bila ayah akan sedar jadi rehatlah dulu ya. Kalau ayah sedar pihak hospital akan hubungi kita buat masa sekarang kita balik dulu ya," pujuk Ian lembut.

Nyla menundukkan kepalanya. "Selalunya kalau apa-apa jadi doktor akan khabarkan pada waris. Saya takut terjadi apa-apa dekat ayah jadi saya nak tunggu ayah sampai ayah sedar," kata Nyla perlahan.

Ian mengeluh berat. "Kau larat nak tunggu ayah sendirian?" soal Ian sambil mengangkat keningnya.

Nyla pantas anggukkan kepalanya. "Ayah perlukan peneman jadi saya nak teman ayah," balas Nyla sambil merenung wajah suaminya.

Ian anggukkan kepalanya mengerti.

"Aku nak balik kejap untuk mandi dan ambil barang kau. Kejap lagi aku datang lagi," putus Ian.

Nyla menggelengkan kepalanya tidak bersetuju. "Awak balik dan rehat. Esok lepas Subuh baru awak datang," putus Nyla.

"Tak akanlah aku nak tinggalkan kau sendiri di sini?" soal Ian kurang senang dengan cadangan isterinya.

"Selama ini boleh, kenapa sekarang tak boleh?" soal Nyla perlahan namun menusuk ke dada Ian.

"Okeylah kalau macam itu. Jaga diri baik-baik," pesan Ian. Dia mengusap lembut kepala isterinya. "Kalau ada apa-apa hubungi aku," sambungnya lagi. Nyla anggukkan kepalanya mengerti.

NYLA berdiri di hujung katil hospital. Pagi tadi ayah sedar, Nylalah orang pertama yang berjumpa ayahnya namun ayahnya tidak memberi sebarang reaksi semasa melihatnya. Sekarang ayah boleh tersenyum mendengar celoteh Nazir, adik Nyla.

"Ayah jaga kesihatan ya. Ayah dah tak boleh buat kerja berat-berat lagi," sempat Ian berpesan kepada ayah mertuanya.

Nyla cuba untuk tersenyum pada ayahnya namun wajahnya langsung tidak dipandang. Dia hanya tahan diri dan airmata.

"Terima kasih Ian sudi datang dan temankan ayah," ucap Dato Yazir sambil mengusap lengan menantunya.

"Nylalah yang nak teman ayah dia takut apa-apa jadi. Ian temankan dia je takut apa-apa jadi," balas Ian sambil tersenyum memandang isterinya.

Dato Yazir hanya anggukkan kepala apabila mendengar nama Nyla.

Nyla mendekati ayahnya. Dato Yazir segera memalingkan wajah ke arah lain. Nyla tersenyum hambar. Tangannya ayahnya dia capai lalu dia kucup lembut.

"Ayah... Nyla tahu ayah masih tak boleh maafkan Nyla. Tapi Nyla minta maaf ya atas semua yang terjadi. Nyla harap ayah cepat sembuh," ucap Nyla perlahan namun Dato Yazir segera menarik tangannya dari pegangn Nyla.

"Nazir ambilkan ayah air," pinta Dato Yazir.

Nyla kembali menjauhkan diri namun bahunya segera dipeluk oleh Ian dari belakang.

"Nyla..." panggil Datin Nora lembut. Nyla segera memandang ibunya.

"Nyla balik dulu ya. Dari semalam Nyla berjaga dekat sini. Rehat dulu nanti dah hilang penat boleh datang balik jenguk ayah ya," kata Datin Nora lembut.

Nyla anggukkan kepalanya. "Baik ibu," sahut Nyla perlahan.

"Ayah... Nyla balik dulu ya," pamit Nyla. Tiada balasan dari Dato Yazir. Nyla anggukkan kepalanya sendiri mengerti dengan situasi.

"Ayah kami balik dulu ya," pamit Ian pula.

"Okey. Drive elok-elok," pesan Dato Yazir.

Nyla melangkah keluar dari wad peribadi yang menempatkan Dato Yazir. Akhirnya, airmata yang ditahan oleh Nyla jatuh jua. Tangannya Ian tidak lepas memegang bahu isterinya supaya tidak jatuh.

"Saya patut mati je," kata Nyla perlahan.

"Nyla..." tegur Ian perlahan.

"Saya anak yang tak guna! Saya hanya malukan ayah. Sa... saya tak layak lahir ke dunia ini. Saya patut mati je Ian," tangis Nyla teresak-esak.

"Nyla... jangan cakap macam itu." Ian cuba memujuk. Tubuh kecil isterinya dibawa ke dalam pelukannya.

"Ayah sayang kau cuma dia masih perlukan masa. Sabar ya. Semuanya akan baik-baik je," pujuk Ian lembut.

"Dah tiga tahun macam ini Ian. Saya akan mati sebagai anak derhaka ke?" soal Nyla lagi.

Ian pantas menggelengkan kepalanya. "Sebagai seorang anak kau dah buat yang terbaik Nyla! Kita tunggu je ayah terbuka hati nak maafkan kau," pujuk Ian lagi. Kepala isterinya yang dilitupi selendang itu dia usap lembut.

Nyla menangis teresak-esak di dada Ian. Beginilah hidupnya selama tiga tahun ini. Perlu ke dia bertahan atau tinggalkan segalanya demi kebahagian sendiri?

Hello korang! Selamat hari raya.

Maaf sebab lama tak update. Kesihatan saya dan masa tak mengizinkan. Doakan yang baik-baik je.

Semoga FloraDaniella menjadi seorang penulis yang berjaya dan rajin. Aminnn❤️

Instagram/tiktok: floradaniella_

Perempuan Tanpa JiwaWhere stories live. Discover now