"IBU call abang tadi. Dia suruh kita balik dengan segera." Berkerut dahi Nyla mendengar apa yang dikatakan oleh Ian. Kenapa ibu tidak menghubunginya sendiri? Kenapa perlu menghubungi Ian.
"Kenapa ibu tak call saya terus? Soal Nyla sambil mengangkat keningnya. Ian tediam buat seketika tapi merenung wajah Nyla yang berkerut itu.
"Ini tentang ayah..."
"Kenapa dengan ayah?" soal Nyla pantas.
"Ayah dimasukkan ke hospital lagi. Dia rebah selepas solat subuh tadi," kata Ian perlahan.
Nyla terdiam. Tangannya menggigil mendengar khabar tentang ayahnya itu. "Ayah macam mana sekarang?" soal Nyla penuh kerisauan. Tahun ini sahaja sudah dua kali ayahnya rebah. Anak mana yang tidak risau?
"Ayah masih tak sedarkan diri. Jadi ibu suruh kita berdua ke hospital sekarang," jelas Ian. Nyla anggukkan kepalanya setuju.
"Macam mana dengan kerja awak?" soal Nyla. Hari ini merupakan hari bekerja bagi lelaki itu risau jika masalah keluarganya mengganggu urusan kerja suaminya itu.
"Keluarga kita lagi penting daripada urusan kerja. Cepat bersiap kita kena pergi hospital sekarang," arah Ian.
Nyla memandang lelaki itu buat seketika lalu dia anggukkan kepalanya. Dia segera melangkah ke bilik persalinan mereka untuk menukar pakaian yang lebih sopan. Baju lebih juga dibawa untuk bersiap sedia jika dia perlu berjaga di hospital untuk malam ini.
"AYAH dah sedar," Nazir berkata sambil mempamirkan wajah leganya. Sudah seharian ayah mereka tidak sedarkan diri dan ditahan di unit rawatan rapi hospital itu. Nyla, Ibu dan Ian juga melafazkan kesyukuran.
"Boleh dah kalau kakak, ibu dan abang Ian bergilir-gilir untuk jenguk ayah," saran Nazir sambil memandang setiap wajah di hadapannya itu.
"Ibu dan Ian masuklah jenguk ayah. Nyla tunggu dekat luar," kata Nyla sambil tersenyum hambar. Kehadirannya mungkin tidak menyenangkan ayah. Jadi ada baiknya dia hanya tunggu di luar sahaja.
"Kamu jenguk ayah selepas kami ya," pesan Datin Nora. Ian hanya memerhati perbualan dua beranak itu.
Nyla pantas menggelengkan kepalanya. "Ayah mesti tak suka kalau Nyla jenguk dia jadi ada baiknya kalau Nyla hanya tunggu di luar sahaja. Apa-apa khabar tentang ayah, Ibu dan Ian bagitahu Nyla." Nyla berkata perlahan. Anak mana yang tidak mahu menjenguk ayah yang sakit?" Dia mahu tapi dia risau kehadirannya akan memburukkan lagi kondisi ayahnya.
Ian terdiam. Tidak tahu apa yang mahu diperkatakan. Sejujurnya dia kasihan akan nasib isterinya. Mahu sahaja mulutnya membuka cerita yang bukan Nyla yang memerangkapnya dahulu namun dia sedar keadaan sekarang tidak sesuai untuk itu. Risau ayah mertuanya itu terkena serangan jantung pula.
"Tak apalah ibu. Biar kita masuk dahulu." Ian akhirnya bersuara apabila Datin Nora masih menunggu Nyla. Akhirnya Datin Nora bersetuju dan mengikut Ian masuk ke dalam ruangan unit rawatan rapi itu.
Nazir mengambil tempat duduk di sisi kakaknya yang sedang duduk di sofa ruangan menunggu itu kemudian tangan kakaknya digapai lalu diusap lembut.
"Nazir tahu akak sedih dengan apa yang menimpa ayah. Nazir pun tahu yang akak nak sangat jumpa ayah sekarang. Tapi akak bersabar ya dengan perangai ayah. Ayah memang begitu tapi Nazir tahu ayah masih sayangkan akak," pujuk Nazir lembut.
Berair mata Nyla mendengar pujukan Nazir itu.
"Jika akak tak ada tempat lagi dimana-mana untuk bergantung. Akak datanglah pada Nazir... Nazir dah dewasa sekarang. Apa yang Nazir boleh bantu Nazir akan bantu," ucap Nazir lembut. Dahulu dia masih tidak matang sewaktu kakaknya mengalami zaman kemerosotan sekarang dia sudah matang dan ada pendapatan sendiri. Dia sudah mampu untuk melindungi orang-orang yang dia sayang sekarang.
"Terima kasih adik." Nyla memeluk erat tubuh adiknya dan menangis terasak-esak di dada bidang itu.
Nazir yang seakan faham kesedihan yang dialami oleh kakaknya itu mengusap lembut belakang Nyla untuk menenangkan wanita itu.
"SAYANG..." Sebaik sahaja keluar bersama ibu mertuanya dari unit rawatan rapi. Ian segera menerpa ke arah wanita itu lantas dia mencapai tangan Nyla dan mengusapnya lembut. Nyla mendongak dan memandang Ian sambil mengangkat keningnya.
"Ayah kata dia nak jumpa sayang dekat dalam," kata Ian yang tidak lekang dengan senyuman itu.Setelah sekian lama Nyla diabaikan oleh ayah mertuanya akhirnya ayah mertuanya itu ingin bertemu dengan Nyla.
Nyla memandang ibunya tidak percaya.
"Betul ke ibu?" soal Nyla.
Datin Nora anggukan kepalanya. Dia menahan sebak. Akhirnya suaminya kembali ingin menerima anak manja mereka itu. Sudah hampir tiga tahun suaminya itu membuang Nyla dari hidup.
"Jom kita masuk sekarang! Biar abang temankan." Ian menarik lembut tangan isterinya untuk bangun dari sofa dan mengikut langkahnya untuk masuk ke dalam unit rawatan rapi itu. Langkah Nyla terhenti sebaik sahaja sampai di pintu utama unit rawatan rapi itu begitu juga dengan Ian.
"Kenapa sayang?" soal Ian lembut.
Nyla menundukkan kepalanya sambil melepaskan keluhan kecil pada bibirnya kemudian dia mendongak memandang Ian.
"Betul ke ayah nak jumpa saya?" soal Nyla.
Ian tersenyum. "Ya sayang... ayah nak jumpa sayang dekat dalam. Ayah asyik duk sebut nama sayang saja tadi. Nyla dekat mana? Kenapa dia tak masuk? Dia tak nak jumpa ayah ke? Ayah rindu dia...." Ian mula mengajuk apa yang dikatakan oleh ayah mertuanya ketika dia masuk bersama Datin Nora tadi.
"Berair mata ayah setiap kali dia sebut nama sayang. Mungkin ayah dah menyesal dan maafkan sayang. Kita jumpa ayah dekat dalam ya?" pujuk Ian lembut.
Setelah yakin dengan apa yang diperkatakan oleh suaminya, Nyla anggukkan kepalanya setuju. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam ruangan itu. Sebak Nyla melihat keadaan ayahnya. Wayar berselirat di sekitar tubuh lelaki itu ditambah pula dengan topeng oksigen lagi bertambah sayu Nyla melihatnya.
Dato Yazir yang kebiasaannya kelihatan sihat dan masih gagah itu sedang terbaring lemah di atas katil kedua belah mata lelaki separuh abad itu juga terpejam rapat. Perlahan-lahan Nyla mendekati katil ayahnya lalu dengan berhati-hati dia menyentuh kekura tangan ayahnya yang dicucuk jarum.
Jatuh airmata Nyla melihat keadaan ayahnya. Ian disisi tidak lepas memegang dan mengusap bahu isterinya.
"Ayah... Nyla datang ni." Nyla bersuara perlahan sambil merenung wajah tua itu.
Perlahan-lahan Dato Yazir membuka matanya dan tersenyum hambar. Topeng oksigennya ditarik ke bawah kerana mahu berbicara dengan anak gadisnya yang kini sudah menjadi wanita dewasa.
"A...a... ayah rin... rindu anak ayah," ucap Dato Yazir dengan linangan airmata.
Semakin laju airmata turun ke pipi Nyla. "Nyla pun rindu ayah.... Ayah cepat sembuh ya..." ucap Nyla lalu dihadiahkan kucupan pada dahi ayahnya.
"A.... ayah min... mintak ma...maaf," pinta Dato Yazir sambil menggenggam lembut tangan anaknya itu.
Nyla pantas menggelengkan kepalanya. "Ayah tak salah. Ayah tak pernah ada salah dengan Nyla," kata Nyla.
"Ay... ayah banyak sa... salah," kata Dato Yazir.
Melihat ayahnya yang sukar bernafas itu, Nyla pantas menyarungkan kembali topeng oksigen itu pada wajah ayahnya.
"Ayah jangan risau... Nyla maafkan segalanya. Nyla pun minta maaf jika Nyla ada salah dan silap pada ayah selama usia Nyla hidup," ucap Nyla dengan mata yang berkaca.
Ian sejak tadi menjadi pemerhati tidak lepas memegang dan mengusap bahu isterinya menyalurkan semangat dan kekuatan kepada Nyla.
Semoga floradaniella menjadi seorang penulis yang berjaya dan rajin. Aminnn ❤️ 💜 💜
YOU ARE READING
Perempuan Tanpa Jiwa
RomansaIan Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana...