NYLA terbaring di atas katil di bilik Ian. Kepalanya sakit sejak petang tadi mungkin terlampau banyak berfikir. "Kau duk baring atas katil tu kenapa?" soal Ian. Nyla segera bangun dari pembaringannya.
"Sakit kepala," balas Nyla.
"Tulah kau. Kerja dari pagi sampai malam aku suruh tukar ke kerja shif tak buat sampai sekarang nak sangat jadi isteri derhaka," sembur Ian. Nyla hanya diam.
"Kau duk baring-baring memang tak rasa bersalah langsungkan dekat keluarga aku dekat bawah yang tunggu nak berborak dengan kita?" soal Ian sambil bercekak pinggang.
"Saya sakit kepalalah Ian. Nak rehat," balas Nyla.
Ian membuat muka. "Alasan kau je padahal sengaja nak duduk bilik tak nak bermesra dengan keluarga aku. Kau tu isteri ikutlah cakap suami!" tegas Ian.
"Ian... saya minta maaf tapi kepala saya sakit sangat ni. Boleh tak saya rehat kejap?" pinta Nyla. Sungguh sekarang dia rasa tidak larat mahu bangun. Rasa nak baring je.
"Suka hati kaulah. Hish," dengus Ian lalu segera melangkah keluar dari bilik itu.
Nyla hanya memandang suaminya dari belakang kemudian dia kembali berbaring di atas katil itu. Matanya segera dipejam.
PINTU bilik itu dibuka dari luar. Ian melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa penadol yang dia ambil di dapur. Nyla sedang nyenyak tidur di katil. Ian mengambil tempat duduk di sisi katil lalu merenung wajah pucat Nyla.
Jag air yang sedia ada di atas meja dicapai lalu dituang air ke dalam ke gelas. Kemudian dia kembali merenung isterinya. Rindu? Ya dia rindu wanita itu. Dua tahun dia menanti Nyla untuk menjemputnya di UK namun isterinya langsung tidak menjejakkan kaki ke situ.
Ian menggoncang tubuh isterinya. Nyla terpisat-pisat bangun. "Bangunlah cepat. Ni mummy suruh kau makan ubat. Penat betullah aku layan perangai kau ni," kata Ian tanpa menghiraukan perasaan Nyla.
Nyla bangun dari pembaringannya bersandar pada kepala katil. Ian menghulurkan penadol kepada Nyla. Kemudian dia menghulurkan gelas kepada wanita itu.
Nyla merenung penadol itu lama. "Kau duk termenung apa lagi? Boleh tak jangan buang masa aku? Cepat-cepatlah makan ubat tu tak akan ubat tu pun kau nak suruh aku suap?" soal Ian sinis.
Nyla segera menelan penadol itu dan meneguk air di dalam gelas. Dia mengangkat wajahnya merenung Ian. "Terima kasih," ucap Nyla.
"Tak payah nak berterima kasih sangatlah! Aku bagi kau ubat ni pun sebab mummy yang suruh! Kalau tak memang tidaklah aku nak bagi kau ubat ni meringkuklah kau atas katil sorang-sorang. Dah tahu nak sakit tu telanlah ubat ni tak duk baring atas katil," sinis Ian berkata-kata.
"Maaf susahkan awak," pinta Nyla.
"Aku tunggu maaf kau dekat UK dua tahun. Ada kau nak minta maaf? Tak ada. Kau duduk dekat Malaysia ni macam tak ada apa jadi antara kita," kata Ian geram.
"Maaf," ucap Nyla lagi. Ian merenung isterinya tidak puas hati.
"Aku malas nak maafkan kau. Banyak yang terjadi sampai aku tak dapat maafkan kau," kata Ian dengan nada yang kendur.
Nyla terdiam. Dia merenung tangannya yang sedang berada di ribanya.
Ian bangun dari duduknya lalu melangkah menuju ke pintu. "Aku nak main games dengan Abang Haziq," kata Ian sebelum hilang dari pandangan.
Airmata Nyla jatuh pada tangannya sendiri. Disambut esakan kecil, dia segera menekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan lalu menangis teresak-esak.
"AKU nak kau drive hari ni," kata Ian kepada Nyla lalu menghulurkan kunci kereta kepada wanita itu. Nyla terkesima dengan keputusan tiba-tiba lelaki itu.
"Ian saya rasa saya tak boleh drive," balas Nyla. Ian mengangkat keningnya lalu memeluk tubuh.
"Kau memang nak menyusahkan aku sampai mati ke nak drive kau sana sini?" soal Ian sinis. Nyla terdiam.
"Saya dah lama tak drive. Saya dah lupa," balas Nyla.
"Kau ingat aku percaya dengan alasan bodoh kau tu? Dulu kau bawa Beetle kau elok je," kata Ian. "Tak payah nak hidup macam orang susah sangat naik public transportation bagai! Tak payah nak buat yang hidup kau menyedihkan. Kau tu bukan mangsa! Kau tu pemangsa!" sambung Ian dengan nada yang agak tinggi.
Nyla terdiam manakala lelaki itu sudah hilang ke dalam perut kereta. Nyla menundukkan kepalanya melihat tangannya yang menggigil. Kemalangan dua tahun lalu bermain di fikirannya.
"Tunggu apa lagi tu? Cepatlah!" sergah Ian dari dalam kereta.
Nyla segera masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidup dan tangannya yang menggigil hebat diletakkan pada stereng. Gigilannya semakin kuat apabila teringat kejadian dua tahun lepas.
Ian yang melihat keadaan Nyla di kerusi penumpang apabila melihat wanita itu sebegitu. "Yang kau nak menggigil sangat ni kenapa? Kau ingat aku JPJ ke?" soal Ian tanpa perasaan.
"Ian saya tak boleh..." kata Nyla wajahnya berubah serak. Dia menggelengkan kepalanya. "Saya tak boleh Ian," tangis Nyla. Dia menekup wajahnya dengan kedua belah tangannya yang menggigil. Dia menangis teresak-esak.
Ian terkesima dengan reaksi Nyla. "Kau ni dah kenapa sampai nak menangis macam ni?" soal Ian.
Nyla hanya menangis tanpa menghiraukan lelaki itu. Gigilannya semakin menggila.
°°°°°°°
DUA TAHUN LALU,DUMMM!
Nyla cuba membuka matanya. Pandangannya kabur. Tubuhnya tidak dapat digerakkan dan sakit. Airmatanya mengalir akibat kesakitan yang teramat sangat. Seluruh tubuhnya rasa sakit yang mencucuk.
"Ian..." panggil Nyla perlahan.
Nyla mencuba semampunya untuk tetap sedarkan diri. Dia mahu berjumpa lelaki itu! Dia mahu jelaskan apa yang berlaku. Dia cuba untuk menggerakkan tangannya namun dia tidak mampu. Tubuhnya tersepit. Sakit.
"Ian... maafkan saya," tangis Nyla sendiri.
°°°°°°
"NYLA! Nyla! Nyla!" panggil Ian sambil menggoncang tubuh kecil itu namun Nyla seperti tidak sedar itu dan menangis teresak-esak. Ian keliru kenapa keadaan Nyla sampai begitu sedangkan dia hany menyuruh wanita itu memandu. Dia mengeluh berat lalu menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya.
Nyla langsung tidak berhenti menangis dan menangis seperti orang gila. Ian mati akal. Dia mengusap lembut belakang tubuh isterinya. "Maafkan saya Ian. Maafkan saya," tangis Nyla. Ian hanya diam sambil mengusap belakang badan Nyla.
"Dah Nyla tak ada apa-apa yang berlaku," pujuk Ian.
"Maafkan saya," tangis Nyla teresak-esak.
"Dah, dah,"
Tangisan wanita itu tetap tidak reda. Akhirnya Ian hanya diam dan membiarkan wanita itu menangis di dadanya. Dia mencuri pandang isterinya sendiri. Buat pertama kalinya Nyla mempamirkan perasaannya setelah dua tahun.
Semoga FloraDaniella menjadi seorang penulis yang berjaya dan rajin. Aminnn❤️❤️❤️
Instagram/tiktok: floradaniella_
YOU ARE READING
Perempuan Tanpa Jiwa
DragosteIan Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana...