[ 3 ] Kamera Kodak Dan Kosong

69 9 3
                                    





Burdening



Jikalau ada pertandingan majlis pernikahan paling mudah dan ringkas, pasti majlis pasangan Munirah Atira dan Musa Atqa pemenangnya.

Pasangan baru itu bernikah di sebuah masjid dan hanya membuat majlis makan-makan di rumah keluarga Munirah. Encik Jaiz, ayah kepada Munirah tidak menjemput seorang sekalipun rakan sekerjanya kerana tidak mahu menghebohkan perihal ini.

Hanya 80 tetamu sahaja yang dijemput,

Dan dalam 80 itu, adanya Marissa.

-

Musa memeluk badan Munirah dari belakang. Kedua-dua tangannya merapatkan badan Munirah ke dada.

Mereka berdua sedang berdiri di hadapan sebuah kedai buku berhampiran dengan rumah keluarga Munirah Atira.

"Satu, dua, tiga."

Gambar pernikahan itu diambil menggunakan kamera pakai-buang Kodak.

Dan itu adalah satu-satunya gambar pernikahan yang mereka ada kerana Puan Zaleha menyuruh agar kesemua tetamu yang ada tidak membawa sebarang kamera, telefon dan tidak boleh menangkap apa-apa gambar.

Begitu hina perkahwinan mereka mungkin.

Sehingga bermatian-matian mahu dirahsiakan.

Tetapi siapa saja mahu terima orang gila.

Maka, itu bukan suatu yang mengejutkan.


"Oh. Marissa."

Pelukan dilepaskan. Musa mengusap kepala Munirah lantas mengambil langkah mendekati Marissa, wanita bertudung shawl berwarna peach. Wajahnya kecil, matanya besar.

Dipendekkan cerita, lebih indah dari Munirah.

Munirah hanya berdiri di tepi. Melihat mereka berdua mengucapkan beberapa patah perkataan, beberapa ayat yang kelakar kerana mereka tertawa sedikit.

Kalau begini, apa ya perasaan yang patutnya seorang isteri rasakan?

Kerana Munirah sekarang ini berasa,

Kosong.

Tiada apa. Seperti isi perutnya. Perutnya kosong, kepalanya yang penuh. Penuh dengan suara.

Tiada perasaan. Dia lupa rasa sedih itu rasanya bagaimana. Dia sudah mempersiapkan diri kerana Musa sudah beritahu tempoh hari sebelum berkahwin, dia sedang bercinta dengan Marissa.

Tanpa sedar, Munirah mengambil langkah pulang ke rumah Bunda. Kerana itu sahajalah tempat yang boleh digelar rumah bagi dirinya.

Apabila dia sampai ke pintu rumah, dia dikejutkan dengan kelibat Doktor Zaleha yang tertampak sedang berpelukan sambil bersembang dengan,

Encik Jaiz.

Ayah.




Apa yang Munirah patut rasa sekarang ini, ya?




Kosong.

Kosong.

Kosong.


Oh.

Air belum masak.

Bunda kata, kalau kepala serabut, buat kerja rumah.

Ya.

Lantai ruang tamu belum mop.

Ya.


Ya.



Lantas, anak gadis yang masih dalam jubah labuh nikahnya berwarna putih, mengangkat kain ke dapur.

tiada apa (simplified, short story)Where stories live. Discover now