Arash pergi ketingkat bawah rumahnya . Dia ternampak Mak Cik Jihan , lalu dia menyapa Mak Cik Jihan.
"Good morning Mak Cik Jihan "
Kata Arash lemah lembut.
"Good morning Arash . Tu pergi dekat meja makan , Mak Cik dah masak untuk kamu."
Kata Mak Cik Jihan senyuman yang manis.
"Ok"
Kata Arash sambil membalas senyuman Mak Cik Jihan.
"Mak cik kalau lapar ke tak cukup barang ke call saya . Saya boleh tolong order."
Kata Arash. Dia kalau boleh tidak mahu menyusahkan Mak Cik Jihan. Cukuplah wanita itu membantu mengemas rumah dan memasak.
"Ok ok , dah pergi makan cepat nanti karang tak sempat pula!"
Balas Mak Cik Jihan.
(30 minit kemudian)
Kereta BMW hitam terparkir dengan elok dan lurus di tempat parkir kereta . Seorang lelaki bernama Ilman Irham turun dari kereta itu. Dia adalah sahabat baik Arash. Dia ternampak Arash memarkir kereta berdekatan dengannya. Dia berjalan sedikit laju kearah sahabatnya itu.
"Ehh , Rash awal datang? Selalu pukul sepuluh baru sampai , kau mimpi ngeri ke apa?"
Kata Ilman melawak.
"Takde pape saja datang awal sikit , boleh check kalau ada kerja lupa buat ."
Kata Arash menjawab soalan. Dia memang sudah terbiasa dipanggil dengan nama pendek iaitu Rash oleh Ilman.
"Ohh~, kau nak pergi kafe dulu ke? "
Tanya Ilman . Setelah 3 tahun berkawan mereka sudah menjadi sedikit rapat.
"Tak naklah , aku dah breakfast dekat rumah."
Kata Arash . Dia sudah kenyang kerana makan masakan Mak Cik Jihan.
"Kalau macamtu aku pergi dululah nanti dalan pukul 9.30 aku baliklah."
Kata Ilman. Dia memberitahu keberadaannya kerana risau Arash akan mencarinya disana sini.
"Ok , bye."
Kata Arash.
(2 jam kemudian )
Arash duduk tersandar dan meregangkan tangannya setelah siap menyelesaikan kerja . Dia terfikir hendak pergi kemana . Lalu dia teringat tentang kasut joggingnya yang terkoyak .
"Kalau pergi Nike ok juga ."
Katanya dalam hati. Dua segera bangun untuk pergi ketempat parkir kereta dan pergi ke kedai kasut tersebut.
(Aria P.O.V)
Setelah kopi dari mesin kopi siap dibancuh Aria mengambil lalu meniup air itu. Kalau minum ketika panas-panas begitu tentu melecur bibirnya. Sambil meminum kopi tangannya ralit melihat gambar kasut berjenama Nike yang ditunjuk di sosial media . Ketika sedang melihat pelbagai pilihan kasut . Matanya tertangkap pada sepasang kasut bewarna merah jambu. Pantang dirinya apabila melihat benda yang berwarna merah jambu.
Aria menaip nombor di telefonnya.
"Hello ? Can you pick me up right now ? I need to go to Nike store."
Kata Aria dia ingin pergi melihat kasut itu dengan matanya sendiri.
(30 minit kemudian)
Aria turun dari keretanya . Handbag berwana putih yang tersarung di lengannya itu terlihat kemas dan elegan.
YOU ARE READING
Miss Cinderella
RomancePerjumpaan mereka bermula dengan kemarahan. Adakah pengahiran mereka berakhir dengan cinta?