OYMHN 10

31 2 0
                                    

3 MINGGU SUDAH BERLALU...

"BAH!!" sergah Kak Muna daripada belakang.

"Allahuakhbar" latah Misya.

"Ishh Kak Muna ni,terkejut tau Sya" kata Misya sambil mengusap dadanya.

"Haha,kamu tu yang mengelamun jauh dah kenapa" kata Kak Muna.

"Ermmm" keluh Misya lalu menongkat dagunya.

"Kenapa Sya,kamu ada masalah ke?Kalau ada cuba cerita dekat akak" kata Kak Muna sambil mengusap bahu Misya.

"Tak ada apa pun Kak Muna,Sya okay je" tipu Misya sambil melemparkan senyuman palsu.

"Kak Muna kenal kamu Misya,jadi jangan tipu Kak Muna" kata Kak muna.

"Hurm,sebenarnya entahlah kenapa dua tiga hari ni saya rasa tak sedap hati kak" beritahu Misya sambil memandang wanita yang sedikit berusia itu.

"Saya selalu mimpi yang Iskandar curang belakang saya Kak" sambungnya lagi.

"Maybe Sya overthinking tu,jadi terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi kamu...In Syaa Allah tak ada apa tu" kata Kak Muna sambil mengusap bahu Misya.

"Betul juga cakap Kak Muna,mungkin saya je yang overthinking...yelah dah 3 minggu kita orang tak jumpa" kata Misya.

"Dia pergi mana?" tanya Kak Muna.

"Dia outstation dekat Kedah" jawab Misya.

"Ouh,patutlah kamu overthinking...In Syaa Allah tak ada apa tu" pujuk Kak Muna.

Misya hanya melemparkan senyuman kelat sahaja kepada Kak Muna.Maybe betul cakap Kak Muna tetapi entah mengapa hatinya kuat mengatakan bahawa Iskandar memang mempunyai perempuan lain dibelakangnya.

"Ya Allah,tenangkanlah hatiku ini" doa Misya sambil mengusap dadanya.

"Miss,ada seseorang nak jumpa Miss" beritahu seorang pekerjanya.

"Siapa tu?" tanya misya dengan lemah lembut.

"Saya tak kenal dia tapi dia selalu datang cafe kita...dia tunggu Miss dekat meja hujung sekali tu" kata pekerjanya sambil tunjuk meja tersebut.

"Thank you" ucap Misya kepada pekerjanya.

Tanpa membuang masa,dia terus menuju ke arah meja yang dimaksudkan oleh pekerjanya itu. Dapat dia lihat seorang lelaki yang segak berpakaian kemeja berwarna hitam dan lengan disinsingkan sedikit.Lelaki itu terus bangun dan memandang Misya.Terpana Misya melihat lelaki itu seketika.

"Tenunglah aku sampai kau puas" perli lelaki itu.Misya terus tersedar daripada lamunannya selepas suara garau itu menegur dirinya.

"So...Sorry" tergagap-gagap Miysa.

"Tak payah mintak maaf,aku suka tengok kau tenung aku macam tu tapi jangan selalu takut aku tak dapat control nanti" kata lelaki itu sambil mengenyitkan matanya.

"Awak jangan macam-macam ea Haziq,nanti boyfriend saya nampak mahu lebam biji mata awak tu" kata Misya.Ketawa kecil Haziq dibuatnya dengan amaran yang diberikan oleh gadis itu.

"Kenapa awak gelak pula?Saya tak buat lawak tau" marah Misya.

"Mana ada aku gelak,aku tengah mengigil takut ni...kau tak nampak ke?" perli Haziq sambil membuat riak wajah takut.

"Saya seriuslah Haziq" kata Misya dengan serius.

"Hey,asal nak serius sangat ni erm?" tanya Haziq kembali serius.

Only You Mr.Haziq Naufal (New Version)Where stories live. Discover now