OYMHN 11

28 3 0
                                    

Hari berlalu dengan begitu pantas,tanpa sedar hari ini sudah hari khamis.Pukul 8 lagi dia sudah bangun dan bersiap-siap kerana takut terlambat.Mahu mengamuk nanti singa jantan itu.Tepat pukul 9,Misya sudah keluar menuju ke I.O.I Mall.Masa yang diambil dari rumahnya ke I.O.I Mall lebih kurang 55 minit juga.

Kereta milik Misya telahpun masuk ke ruangan parking yang terdapat di I.O.I Mall tersebut. setelah memarkingkan keretanya,dia terus keluar dan masuk ke dalam mall tersebut.

'TING'

#BEKUBOY
~"Kau dekat mana?"
~"Dah sampai belum?"

#MISYA~
"Saya dah sampai pun"
~"Ada dalam mall ni"
~

"Awak dekat mana?"


2 minit telah pun berlalu.Mesej yang dihantar oleh Misya di bluetick saja oleh Haziq.Naik berang dirinya bila pesanannya di biarkan begitu saja.

"Ishh,geram betul aku...kalau dah tak reti nak balas mesej tu baik buang je phone tu dalam tong sampah" bebel Misya.

"Dah kerek,muka macam beruang kutub lepastu suka arah-arah orang...dia ingat dia handsome,dia boleh buat orang suka-suka hati dia" sambungnya lagi.

"Jadi kau mengakulah yang aku ni handsome" tegur Haziq daripada belakang.

Misya terus pusing ke belakang dan ketika itulah badannya tidak dapat seimbang.Dengan sepantas kilat dirinya sudah selamat berada di dalam pelukkan lelaki itu.Dapat dia lihat halkum Haziq turun naik.

"Tengok dekat-dekat lagi handsome rupanya mamat ni....dah la sado,kalah Iskandar" puji Misya dalam hati.

"Ehem" deham Haziq beberapa kali.

Misya terus tersedar daripada lamunannya dan terus betulkan kedudukkannya.Haziq cuba mengawal riaksi wajahnya,jantungnya yang berdegup kencang dibiarkan saja.Begitu juga dengan Misya.

"Shall we?" tanya Haziq sambil mengawal nadanya.

"Yu...yup" jawab Misya tergagap-gagap.

Haziq terus melangkah pergi terlebih dahulu.Dia tahu gadis itu sedang malu kerana sempat dia melihat wajah Misya yang kemerah-merahan itu.Dalam diam Haziq tersenyum manis tetapi hanya beberapa saat sahaja sebelum mukanya kembali dingin.Misya hanya mengikut Haziq daripada belakang saja.

1 JAM KEMUDIAN

" Awak" panggil Misya.Tetapi tiada sahutan daripada Haziq.

"Awak!!" jerit kecil Misya sambil berhenti di tengah-tengah Mall.

"Apa?!" tanya Haziq sambil pusing menghadap Misya.

"Dah 1 jam kita pusing mall ni,takkan tak ada satu pun yang awak berkenan?" tanya Misya.Dia sudah penat berpusing-pusing.

"Ishh kau ni,sabar lah kejap" jawab Haziq sambil matanya memandang ke seluruh kedai.

"Uh...saya dah penat tahu tak?Awak tak apalah lelaki,tenaga banyak" kata Misya sambil bersandar di palang kaca yang terdapat di tepi itu.

"Last,kita masuk kedai gucci tu" kata Haziq lalu menuju ke kedai Gucci tersebut.

Misya melepaskan keluhannya sebelum mengikut langkah Haziq yang sudah berada di dalam kedai Gucci itu.Misya berdiri disebelah Haziq.

"Kau pilihlah" kata Haziq.

"Awak nak belikan hadiah apa untuk ibu awak sebenarnya ni?" tanya Misya.

"Kau pilih je lah apa-apa yang agak sesuai dengan usia ibu aku tu" kata Haziq lalu melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di situ.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya seorang perkerja perempuan itu.

"Ha'ah memang ada,sebenarnya saya nak cari hadiah" beritahu Misya dengan lembut.

"Ouh,kebetulan kita orang ada buat promosi...puan cari hadiah apa?" tanya pekerja perempuan itu lagi.

"Handbag" jawab Misya.

"Mari saya tunjukkan" kata pekerja perempuan itu.

SKIP

Selesai sudah membeli hadiah untuk ibu Haziq,kini mereka menuju ke restoran untuk makan tengah hari.Sedang mereka memilih makanan,tiba-tiba Misya melihat sepasang kekasih sedang bersuap antara satu sama lain.Wajah yang tadinya ceria kini hilang dengan sekelip mata.

"Misya,kau nak makan apa?" tanya Haziq.

Haziq mengerutkan dahi bila pertanyaannya tidak dijawab.Dia terus mengangkat kepalanya dan dia melihat Misya sedang kusyuk melihat seseuatu.Tanpa berkata apa,dia turut melihat ke arah yang menarik perhatian gadis dihadapannya itu.Haziq melepaskan keluhan kecil bila dia sudah dapat sebab kenapa Misya diamkan diri.

"Nanti kalau aku nak order aku panggil semula" kata Haziq kepada pekerja disitu.

"Misya,kau nak makan dekat tempat lain ke?" tanya Haziq lagi.

Misya tidak menjawab.Dia terus bangun dan menuju ke arah pasangan tersebut.Haziq hanya statik di tempatnya saja.Dia tahu apa yang bakal terjadi tetapi dia memilih untuk tidak masuk campur urusan Misya.

"Iskandar" panggil Misya.Lelaki itu terus memandang ke arah gerangan yang memanggilnya itu.

"Mi...Misya" tergagap-gagap Iskandar kerana terkejut dengan kehadiran gadis itu.

'PANG'

Semua pelanggan yang berada disitu terkejut dengan bunyi tamparan Misya.Terteleng kepala Iskandar menerima satu tamparan kuat daripada Misya.Pelan-pelan tangan naik memegang pipinya yang rasa berpijar sakit itu.

"Woi perempuan!Kau sapa hah nak tampar tunang aku" marah perempuan yang bersama Iskandar ketika itu.

"Tu...Tunang?" tanya Misya sekali lagi.Airmata cuba ditahan supaya tidak mengalir jatuh.

CONTINUE

CONTINUE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Only You Mr.Haziq Naufal (New Version)Where stories live. Discover now