OYMHN 14

16 1 0
                                    

FLASHBACK

"Awak jomlah ambil gambar,view sini cantik" ajak Misya saambil menarik lengan Iskandar.

"Malaslah saya,awak pergilah biar saya ambil gambar awak" tolak Iskandar dengan lembut.

"Alo~~jomlah,kalau tak saya merajuk dengan awak" kata Misya sambil memuncungkan bibirnya.Tergelak kecil Iskandar bila melihat gelagat kekasihnya itu.

"Alolo,kesayangan saya yang cantik ni merajuklah pula...macam mana nak ambil gambar kalau orang tu merajuk eak"kata Iskandar sambil mengusap dagunya seperti berfikir.

"Yeay!!!Sayang awak" kata Misya dengan gembira.

"Anything for my lovely girlfriend" kata Iskandar sambil melemparkan senyuman manis kepada Misya.

Selesai saja bergambar,mereka berdua berehat disebuah bangku yang terletak berhadapan dengan tasik tersebut.

"Awak,saya nak tanya sesuatu boleh?" tanya Misya.

"Sure,tanyalah" kata Iskandar sambil memandang Misya.

"Awak,kalau suatu hari nanti ada perempuan lain yang mampu bahagiakan awak lebih daripada saya...awak akan pilih dia atau pilih saya?" tanya Misya tiba-tiba.

"Kenapa sayang tanya macam tu?Mestilah saya akan tetap pilih awak sebab awakkan cinta mati saya" kata Iskandar dengan yakin.Tersenyum Misya mendengar jawapan Iskandar.

"Saja je tanya,mana tahu awak berubah hati suatu hari nanti" kata Misya lalu meletakkan kepalanya atas bahu Iskandar.

"Listen here sayang,saya tak akan sesekali berubah hati sebab you are my everything...awak adalah kebahagiaan saya" kata Iskandar lalu melabuhkan satu ciuman di atas ubun-ubun gadis kesayangannya.

"Awak janji tak akan tinggalkan saya walau apapun yang terjadi,boleh?" kata Misya.

"Promise" janji Iskandar.

END FLASHBACK

"KAU PENIPU!!!" jerit Misya sambil melempar gambarnya bersama dengan Iskandar.

'PRANG'

"KAU MUNGKIR JANJI,KAU CAKAP KAU TAK AKAN TINGGALKAN AKU!!"

"5 TAHUN AKU TUNGGU KAU SIAL...INI YANG KAU BALAS DEKAT AKU!!"

"KAU MEMANG JANTAN TAK GUNA!!"

"AKU BENCI KAU!!!"

Misya jatuh terduduk dengan airmata yang laju mengalir.Sungguh ketika ini dirinya sangat rapuh.Hatinya terluka bagaikan ditusuk pisau berkali-kali.Dia tidak sangka kesetiaannya dibalas dengan kecurangan.5 tahun dia sabar menanti lelaki itu untuk kembali ke pangkuannya tetapi hanya sia-sia.

Tanpa berfikir panjang,serpihan kaca diambil oleh Misya.Dengan perasaan amarah dan benci,dia menoreh tangannya berkali-kali.Darah yang mengalir keluar dibiarkan saja kerana hatinya lagi sakit berbanding dengan torehan itu.Darah yang mengalir terlalu banyak sehingga dia berasa pitam dan....

"Misya"

"Misya"

Penglihatannya menjadi kabur,dia dengar suara Julia memanggilnya tetapi mulutnya menjadi berat untuk menjawab.Silauan cahaya pelan-pelan menjadi hitam.

KEESOKKAN HARINYA

Titt Titt

Kelopak mata Misya perlahan-lahan terbuka.Sebaik saja terbuka,orang pertama yang menjadi tatapan kornea matanya adalah seorang lelaki yang sedang terbuai lena di atas kerusi yang terletak bersebelahan dengan dirinya.Tanpa sedar,bibirnya naik mengukirkan satu senyuman. Tidak berkelip matanya menatap lelaki itu dari rambut turun ke dagu.Siapa lagi kalau bukan Haziq Naufal.

"Handsome juga ea awak ni" kata Misya tanpa sedar.

"Ye,aku tahu aku handsome" kata lelaki itu dengan mata masih lagi terpejam.

"Bila aw...awak sedar?" tanya Misya.

"Aku tak tidur princessa...aku pejamkan mata sebab aku sakit kepala" kata Haziq.

Terkejut Misya dibuatnya.Dia ingatkan lelaki itu tidur rupanya tidak.Lelaki itu membuka matanya lalu matanya dan mata Misya bertembung untuk masa yang lama.Ini kali pertama Misya melihat tepat ke dalam anak mata Haziq dengan dekat.Begitu juga dengan Haziq.Tiba-tiba muka Misya berubah menjadi kemerahan.Terjongket bibir Haziq melihat wajah malu gadis itu.

"Muka merah-merah tu nak cendol ke?" tanya seseorang yang baru saja masuk ke dalam bilik wad Misya.

Terus mereka berdua mengalihkan pandangan masing-masing ke arah lain.Misya memandang ke arah Julia dan Luna manakala Haziq terus bangun daripada duduk dan terus menuju ke bilik air.

"Aihh....ada orang tu jatuh cintalah" usik Julia sambil meletak bakul buah yang dibawa di atas meja.

"Ishh kau ni,mana ada...aku anggap dia tu kawan je lah" kata Misya sambil jari mencubit lengan Julia.

"Aduh,sakitlah" adu Julia sambil menggosok lengannya.

"Kalau suka cakap je suka...lagipun aku rasa dia baik apa,dah la handsome,bergaya pula tu...kalah si jantan tak guna tu" puji Luna tiba-tiba.

"Sesuai apa dengan kau" sambung Luna lagi.

"Ishh korang ni,aku baru je lepas putus dengan mamat tak guna tu" kata Misya.

"Bagus apa kau putus dengan mamat tu...kita orang dari awal lagi tak setuju kau accept dia dulu" kata Julia dengan nada marah.

"Kau ingat dengan cara macam ni,kau dapat redakan segala kesakitan kau ke?Eh taklah" marah Julia.

"Nasib baiklah kita orang tergerak nak balik,kalau tak...Ishhh nak je aku luku kepala kau tu biar biul" sambungnya lagi.

"Sorrylah korang...aku stress sangat-sangat" ucap Misya dengan nada sedih.

"Nasiblah Haziq tu ada" kata Luna.

"Maksud korang?" tanya Misya kerana binggung.

"Dialah yang bawak kau ke sini dan dia jugalah yang jaga kau dekat sini semalaman" jawab Julia.

Terbit rasa kasihan kepada Haziq kerana sanggup menjaga dirinya sehingga sakit kepala. Mereka bertiga hanya mendiamkan diri saja sehingga Haziq keluar daripada bilik air.Haziq memandang mereka bertiga lalu satu senyuman tipis diberikan kepada mereka.

"Aku cau dulu...if ada apa-apa just call je aku" pesan Haziq.

"Kau tak nak sarapan dulu ke?Kita orang ada belikan nasi lemak ni" tanya Julia.

"Thanks...korang makanlah,aku nak masuk kerja dulu" kata Haziq.

"Yelah kalau macam tu,thank you tolong jagakan baby besar ni" ucap Julia.

"Not a big deal,aku gerak dulu...Assalamualaikum" kata Haziq lalu beredar daripada situ.

"Waalaikumussalam" jawab mereka bertiga.

CONTINUE

CONTINUE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Only You Mr.Haziq Naufal (New Version)Where stories live. Discover now