OYMHN 2:MISYA MILAN

101 15 0
                                    

Sejak kematian kawan baiknya Nurul Camelia Adriana,hidupnya menjadi kosong dan kesunyian.Tiada lagi Misya Milan yang suka seyum,ketawa dan ceria orangnya.Kini yang ada hanyalah Misya Milan yang lebih gemar mendiamkan diri,suka mengelamun dan mudah menangis.Jiwanya juga ikut terkubur bersama Nurul Camelia.Walaubagaimanapun,dia perlu meneruskan kehidupannya seperti biasa.

"Misya,ada customer tu" panggil Kak Muna dengan lembut sambil memegang bahu Misya.Tersentak Misya kerana terkejut orang memegang bahunya.Lalu dia menoleh melihat gerangan yang memanggilnya.

"Sorry Kak Muna,akak cakap apa tadi?" tanya Misya.Kak Muna menggelengkan kepalanya saja.

"Mengelamun lagi,akak cakap ada customer tu" beritahu Kak Muna dengan lembut.

Misya menoleh semula ke hadapannya dan ternyata betul kata Kak Muna.Terdapat 3 customer berdiri di hadapan kaunter tersebut untuk membayar.Misya mengukir senyuman tipis kepada 3 orang customernya.

"Maaf ya" ucap Misya dengan ikhlas.

Selesai saja customer itu membayar,Misya mengeluh kecil.Kak Muna yang mendengar keluhan Misya itu terus menghampiri Misya di kaunter.Sekali lagi,Kak Muna menyentuh lembut bahu majikannya.Kak Muna telah menganggap Misya seperti adik kandungnya sendiri.

"Redha Misya,akak tahu susah tapi akak yakin kamu mampu melakukannya" kata Kak Muna sambil menggosok belakang Misya.Misya hanya tersenyum pahit saja.

Bukan dia tidak redha tetapi kenangan dia dan arwah terlalu banyak.Kemana-mana saja mesti kenangan mereka terimbas kembali.Dia redha dengan pemergian kawan baiknya itu kerana dia tahu terlalu banyak ujian yang dihadapi oleh Nurul Camelia dahulu,jadi biarlah Nurul Camelia berehat walaupun untuk selama-lamanya.

"Pergilah duduk,biar akak yang jaga kaunter" kata kak Muna.Misya hanya mengikut saja. Mujurlah ada Kak Muna yang selalu menolongnya menguruskan cafe tersebut.Selain itu,Kak Muna juga selalu menasihati dirinya dan selalu ada bila dia memerlukan seseorang di sisinya ketika sedih ataupun ketika dirinya berasa down.

Kehilangan Nurul Camelia memang memberi impak yang mendalam kepada dirinya kerana arwah satu-satunya kawan baik yang dia ada dan hanya arwah saja yang dapat memujuk atau membuat dia tertawa.Kini,semua itu hanya tinggal kenangan saja tetapi dia bersyukur kerana digantikan dengan kehadiran Kak Muna setelah pemergian Nurul Camelia.Sikap dan cara Kak Muna juga sama seperti arwah Nurul Camelia.Sedikit sebanyak dapatlah dia mengubati rindu kepada arwah.

"Miss,ada orang nak jumpa" beritahu seorang pekerjanya.

"Siapa?" tanya Misya.

"Saya tak tahu pula siapa tapi dia tunggu Miss dekat tepi kolam sana" kata pekerjanya.

"Takpe,awak boleh sambung kerja semula" kata Misya.Pekerja itu menundukkan sedikit kepalanya lalu beredar daripada situ.

Dengan malas,Misya mengagahkan diri untuk berjumpa dengan gerangan yang menunggu dirinya di tepi kolam.Misya melihat sosok seorang lelaki yang bertubuh tegap membelakanginya jadi dia tidak dapat meneka siapa orang itu.

"Encik ke yang nak jumpa dengan saya?" tanya Misya dengan sopan.

Terkaku Misya sebaik saja lelaki itu memusingkan tubuh menghadap dirinya.Tiba-tiba kelopak mata terasa hangat dek kerana airmata mula bertakung.Tangan naik menekup mulutnya.Seperti tidak percaya,orang yang selama ini dicari telah berada di hadapannya.

"Is...Iskandar" tergagap-gagap Misya menyebut nama lelaki itu.

CONTINUE

CONTINUE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Only You Mr.Haziq Naufal (New Version)Where stories live. Discover now