Prolog

77 14 1
                                    

"Siapa perempuan tu? Tak pernah pun nampak sebelumni. Dia fasi juga? Maksudnya, dia satu batch dengan aku la kan?" Zayn berbisik sambil matanya mengekori sosok gadis berbaju merah yang baru duduk di hujung dewan. Tanpa dia sedari, Aizat yang berada di sebelahnya sempat mendengar.

"Perempuan mana yang kau maksudkan tu?" Aizat mengerutkan dahi, sedikit terkejut dengan minat Zayn yang jarang sekali memerhatikan pelajar perempuan.

"Yang pakai baju merah tu, duduk sebelah Aliya, budak kelas aku. Kau kenal tak?" tanya Zayn, suaranya lebih rendah, seolah-olah tidak mahu sesiapa perasan soalan itu.

"Ohh... Ana. Kau tak kenal dia? Tak pelik pun kalau kau tak perasan. Dia jenis pendiam, tak banyak cakap. Selalu duduk diam-diam je dalam kelas. Sebab tu kau mungkin tak pernah nampak," jelas Aizat.

"Faham..." Zayn mengangguk perlahan, tapi pandangannya kembali ke arah Ana, yang kelihatan tenggelam dalam dunianya sendiri. ‘Pendiam ya... menarik,’ bisiknya dalam hati, sambil mengalihkan pandangan.

                                 ...

Waktu rehat hampir habis, dan Zayn bergegas menuju tandas. Setelah selesai, dia kembali berjalan menuju ke kelas dengan langkah santai. Di pertengahan perjalanan, dia disapa oleh guru Add-Mathnya, Cikgu Syira, yang nampak tergesa-gesa.

"Zayn, kebetulan cikgu jumpa kamu ni, cikgu nak minta tolong sikit," kata Cikgu Syira sambil menghampiri Zayn.

"Apa dia cikgu?" Zayn menyambut dengan senyuman.

"Kamu tahu esok adalah hari terakhir untuk key-in markah peperiksaan. Cikgu rasa cikgu tak sempat nak habiskan tanda semua kertas. Kalau boleh, cikgu nak minta tolong kamu bantu tanda kertas Add-Math. Cikgu akan tunjuk cara, dan bagi skema jawapan. Kamu ikut je skema tu. Boleh?"

Zayn tersenyum kecil, merasa bangga kerana dipercayai oleh gurunya. "Boleh, cikgu. Bila? Petang ni ke? Ada siapa lagi yang cikgu minta tolong?"

"Ya, petang ni. Selain kamu, ada tiga pelajar lagi yang akan bantu cikgu. Jangan risau, cikgu dah beritahu mereka. Kamu tak terlibat dengan program petang ni, kan?" soal Cikgu Syira dengan senyum mesra.

"Tak ada program. Kertas kelas saya cikgu dah tanda ke? Markah saya macam mana?" Zayn bertanya penuh ingin tahu.

"Kelas kamu cikgu dah siap tanda. Markah kamu? Hmm... seperti biasa, paling tinggi dalam tingkatan. Tapi kali ni, ada sedikit kesalahan kecil. Cikgu ingat markah kamu 97%. Tahniah, Zayn!" puji Cikgu Syira, memandang Zayn dengan bangga. "Cikgu harap kamu terus konsisten dan boleh bantu kawan-kawan kamu yang mungkin lemah dalam Add-Math."

Zayn tersenyum lebar, puas hati dengan pencapaiannya. "Alhamdulillah, semua ini berkat cikgu yang cemerlang juga. Terima kasih, cikgu."

"Ada-ada saja kamu ni. Baiklah, cikgu jumpa kamu pukul 3 petang di bilik guru, ya," kata Cikgu Syira sebelum berlalu.

"Insha'Allah, cikgu," Zayn mengangguk penuh yakin sebelum kembali ke kelas dengan hati yang tenang.

                               ...

Petang itu, Zayn duduk di bilik guru, berhadapan dengan timbunan kertas peperiksaan Add-Math kelas 5 Farabi. Dia baru pertama kali merasa pengalaman menanda kertas, dan baru dia faham kenapa gurunya kadang-kadang nampak letih. Setiap nombor dan formula perlu diperiksa dengan teliti.

"Susah juga nak tanda kertas ni. Bila besar nanti, aku tak nak la jadi cikgu," Zayn menggumam sambil menekan pen merahnya. Kertas pelajar cemerlang membuatkan dia tersenyum kecil, tapi apabila dia sampai ke kertas yang penuh coretan tidak teratur, kepalanya mula berdenyut.

‘Lah, semua kertas lelaki dah siap. Ada kertas perempuan je. Takkan la aku nak tanda kertas budak perempuan,’ hatinya berbicara sendiri. Dia membelek satu demi satu, sehingga dia terhenti pada satu nama yang menarik perhatiannya.

‘Nur Ariana…’ Zayn mengerutkan dahi. 'Budak ni ke? Harap-harap kertas dia okey.'

Setelah 20 minit menanda, wajah Zayn mula berkerut. Soalan demi soalan tidak dijawab dengan betul, dan banyak ruang kosong dibiarkan. "Apa dia buat ni? Aku rasa cikgu tak pernah ajar cara ni. Dia belajar dengan siapa?" Zayn menggeleng perlahan. Kertas Nur Ariana menunjukkan kelemahannya dalam subjek itu, dan Zayn merasa simpati.

‘38%...sikit lagi nak lulus.' Zayn berfikir sejenak, memandang kertas itu lama. 'Kesian pula kat dia. Mungkin dia cuba yang terbaik.'

Akhirnya, dengan nafas panjang, Zayn menulis "40%" di hadapan kertas itu. "Harap dia buat lebih baik pada exam akan datang," bisik Zayn pada dirinya sendiri.

...
 

                            

"Weyh, korang! Cikgu Riaz suruh pergi makmal sekarang! Kita ada eksperimen hari ni!" Faiq, ketua kelas, berseru kepada rakan sekelas yang masih lepak di koridor.

Zayn dan Faiq sampai sedikit lewat di makmal. Mereka menuju ke meja yang masih kosong dan duduk di situ. Di atas meja, Zayn terlihat sebuah buku latihan yang ditinggalkan.

"Buku siapa ni?" Zayn bertanya sambil mengangkat buku tersebut.

"Buku Nur Ariana, 5 Farabi. Eh, ini Ana la. Mesti kelas dia guna makmal sebelum kita," Faiq membaca nama di kulit buku.

"Pergi bagi kat dia la," Faiq menyuruh sambil menghulurkan buku itu kepada Zayn.

"Takpe, biar je," Zayn meletakkan buku itu kembali di atas meja.

Faiq memandang pelik. "Apa kau cakap?"

"Takpe," Zayn menjawab dengan nada acuh tak acuh.

"Kau tak nak bagi kat dia?"

"Tak nak."

"Kenapa?" Faiq semakin bingung.

Zayn tersenyum sinis. "Aku nak tengok dia datang ambil sendiri."

Belum sempat Faiq membalas, Cikgu Riaz masuk ke dalam makmal. "Bangun! Assalamualaikum cikgu!" Semua pelajar bangun dan kelas berjalan seperti biasa.

15 minit kemudian, ketika eksperimen sedang dijalankan, seorang pelajar mengetuk pintu makmal. Suara lembut menyapa kelas.

"Assalamualaikum cikgu, maaf mengganggu. Saya tertinggal buku latihan Kimia saya tadi, boleh saya ambil?"

Mendengar suara itu, Zayn terus tahu siapa yang datang. 'Ana...' bisiknya.

"Waalaikumussalam. Ana, boleh. Kamu tunggu di luar sekejap," balas Cikgu Riaz.

"Buku Ana ada di meja saya, cikgu," Zayn berkata sambil mengambil buku tersebut dan berjalan ke arah pintu. Matanya sempat bertemu dengan mata Ana ketika dia menyerahkan buku itu.

"Terima kasih, Zayn," kata Ana dengan senyuman halus di wajahnya sebelum berlalu pergi.

Zayn memandang Ana yang semakin jauh, hatinya berdebar sedikit. 'Agaknya, dia tahu tak aku yang tanda kertas Add-Math dia?' monolog Zayn dalam diam.

  ..............................

 Mi ReyWhere stories live. Discover now