POV Ana:
Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan, dan subjek yang paling aku takuti—Add-Math. Setiap kali peperiksaan Add-Math, perut aku mesti terasa berputar-putar. Ini subjek killer bagi aku.
"Korang, macam biasa tau. Kami pergi sekolah dulu. Takut tak sempat belek balik kertas latihan Add-Math. Ni dah la exam PPT F5." Aku beritahu kawan-kawan dengan suara cemas.
"Hurmmm... Asyik cakap kuruslah, tapi dia yang tak pergi makan. Nanti kau lapar masa jawab exam, baru tahu!" balas Azie sambil menggeleng kepala.
"Eh, kami puasa la hari ni. Okeylah, bye! Jumpa kat kelas!" Aku melambai pada mereka sambil tersenyum tipis, walaupun rasa risau masih menguasai fikiran.
...
Sampai di kelas, aku menekan suis lampu dan kipas, langkah biasa sebelum duduk di tempat aku. Tapi kali ini ada yang lain. Di atas meja, ada sekeping surat dan... sekotak chewing gum?
"Surat? Chewing gum? Untuk aku ke ni?" Aku berbisik, berkerut sedikit.
Surat itu tertulis:
To: Ariana
"Ehh, nama aku! Siapa pulak yang bagi ni?"
Good luck Add-Math. I'm looking forward to see your improvement. Jangan tinggal kosong tau.
Aku membaca dengan perasaan bercampur baur, rasa pelik, sedikit takut, dan tertanya-tanya. Siapa yang bagi ni? Kenapa? Aku simpan surat dan chewing gum dalam beg, cuba buang semua soalan yang menghantui kepala.
'Biar lah. Nanti lepas exam baru aku fikir. Tapi... takkan dia yang bagi?'
'Asal aku fikir dia pulak ni? X mungkin dia'
...
Selesai saja exam Add-Math, aku bersedia untuk pulang ke asrama, manakala kawan-kawan lain ke dewan makan untuk makan tengah hari.
"Azie, nanti kat dorm kami nak bagitahu hang something. Tapi hang kena rahsiakan tau! Boleh?" Aku berbisik kepada Azie, takut orang lain dengar.
"Hah? Apa pulak ni? Seram la pulak aku nak dengar. Ha ye ye aku tak bagitahu sesiapa," balas Azie sambil ketawa kecil.
"Okay bye, jumpa kat dorm nanti!"Aku berlalu ke surau manakala Azie terus ke dewan makan.
...
"Ha! Kau nak cerita apa tadi? Jangan buat lupa pulak!" sergah Azie ketika aku sedang berehat di katil.
"Ish, hang ni! Terkejut tau tak!" Kata aku dengan perasaan sedikit geram.
"Hahaha, sorry-sorry! Cerita cepat!" desak Azie dengan suara rendah.
"Okay, pagi tadi, kami pergi sekolah sorang-sorang kan." Aku mula bercerita.
"Yelah, kau memang suka pergi sorang-sorang," celah Azie.
"Haish, sabar dulu boleh tak. Belum habis cerita lagi ni!" Aku balas sambil menjeling.
"Okay-okayy, sambunglah wahai cik Arianaaaa," usik Azie.
Aku menyambung, "Lepas kami sampai kelas, macam biasa la buka lampu, kipas. Tapi...yang kemuncaknyaaaaa atas meja kami ada surat dan chewing gum!"
"Hah?! Siapa bagi?!" Azie tersentak.
"Itulah kami tak tahu! Mula-mula kami ingat salah meja. Tapi bila kami baca... memang untuk kami."
"Serius lah! Dia tulis apa? Btw , bagila aku satu chewing gum tu." Azie tersenyum nakal.
"Ehhh, tak boleh, kami punya!" Aku cepat-cepat menolak.
Azie tertawa. "Eleh...Kau rasa siapa bagi?"
"Entah, tapi ayat terakhir dia tulis 'Jangan tinggal kosong'. Hang rasa siapa?" tanya aku, cuba mendapat pandangan Azie.
"Wuuuu... ayat macam budak pandai. Cuba kau tanya budak kelas Bukhari. Mungkin diorang tahu," cadang Azie.
...
Petang itu, aku mendekati Lily, salah seorang pelajar kelas Bukhari. "Weyh, Lily. Kami nak tanya. Hang boleh cam tak tulisan budak kelas hang?"
Lily mengerutkan dahi, "Boleh kot. Kenapa?"
"Kami dapat surat ni, hang tahu tak siapa yang tulis?" Aku tunjuk satu perkataan dari surat itu, takut-takut.
"Lahhh, tunjuk la semua. Aku janji tak cerita kat sesiapa."
Aku menyerah, tunjuk sepenuhnya surat itu.
"Wow! Someone wishes you good luck. Hmm... aku rasa macam tulisan Zayn. 80% yakin ni tulisan dia. Tulisan dia memang lain sikit."
"Oh... Yeke?" Aku berfikir sejenak, rasa tak percaya.
Dengan cepat aku menutup surat dan tersenyum kecil. "Oklah, kami pergi tandas jap."
...
Di dalam tandas, aku berdiri memikirkan sesuatu. 'Betul ke dia yang bagi? Kenapa pulak dia nak bagi kat aku?'
.......................
YOU ARE READING
Mi Rey
Teen Fiction"ON GOING" ⚠️ BASED ON TRUE STORY ⚠️ Apabila sampai di kelas , aku menekan suis lampu dan kipas. Aku pergi ke meja dan menarik kerusi untuk duduk. Namun , aku merasa pelik kerana di atas mejaku terdapat satu surat dan juga chewing gum. "surat? chew...