Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar Sekolah Menengah Datuk Hassan akhirnya tiba. Hari ini, mereka akan pulang ke rumah setelah sebulan bertarung dengan peperiksaan pertengahan tahun.
"Aarrgghhh! Tak sabarnya nak balik rumah. Walaupun cuti tiga hari je, tetap best! Cuti ni kami nak manfaatkan betul-betul. Lepas ni kena struggle, dua bulan lagi dah nak trial exam," ujar Ana penuh semangat kepada kawan-kawannya.
"Betul tu! Lepas exam, terus cuti. Syoknya! Aku dah terbayang-bayang katil kat rumah. Nak tidur sepuas-puasnya," kata Mia sambil tersenyum lebar.
"Haa, hang jangan! Cikgu banyak bagi kerja sekolah tau. Kalau rasa nak kena marah balik sekolah nanti, hang tidur la puas-puas," balas Ana sambil menggeleng.
"Betul, Mia. Jangan main-main! Nanti cikgu tambah lagi kerja sekolah kita kalau tak siap. Trial pun dah dekat," tambah Riena.
"Alaa, korang ni. Aku gurau je la," tukas Mia dengan sedikit kecewa.
Ana melihat jam tangan. "Jom la kita rehat sekarang. Lambat nanti tak sempat masuk kelas. Lepas ni Kimia pula. Kami nak study dulu sebelum Cikgu Riaz datang. Tak nak la berdiri sepanjang masa!"
Tanpa berlengah, mereka bertiga bergegas ke kantin.
...
Selepas makan, mereka segera menuju ke kelas dengan langkah tergesa-gesa.
"Eh, cepat la korang! Kita dah lambat ni. Cikgu Riaz selalu masuk on time. Kami tak nak la kena berdiri sebab tak ingat sangat ni," kata Ana, cemas.
"Sabar la. Jangan laju sangat," Riena cuba menenangkan Ana. "Harap-harap cikgu okay je hari ni. Kita baru habis exam, nak balik pun hari ni."
Tiba di kelas, seperti yang dijangka, Cikgu Riaz sudah pun menunggu di depan.
"Kamu bertiga, kenapa lambat? Siapa nak jawab soalan dulu? Masuk seorang."
"Kami dulu!" Ana pantas melangkah masuk.
"Apa warna kuprum(II) sulfat?" soal Cikgu Riaz.
"Biru, cikgu!" jawab Ana tanpa teragak-agak.
"Baik, duduk. Kamu berdua, masuk. Mia, sebutkan satu sifat unsur peralihan, dan Riena sebut satu juga," arah Cikgu Riaz.
"Boleh membentuk ion kompleks."
"Boleh membentuk ion berwarna."
Jawab mereka serentak. Kelas berjalan seperti biasa hingga tamat dan mereka pun bersiap untuk pulang.
...
Di perhentian bas, Ana menyapa Azie, "Hang cop tempat kat bas dulu. Kami nak beli makanan jap kat kantin. Hang ada nak apa-apa tak?"
"Kau belikan je makanan sama dengan kau. Nah, duit," Azie menghulurkan RM5.
Ana segera ke kantin, membeli nasi goreng ayam, dan kembali ke perhentian.
"Nah, nasi goreng ayam. Ada sudu sekali. Kami makan dulu eh," kata Ana sebelum menyuap nasi ke dalam mulut.
Sambil menikmati makanan, Azie tiba-tiba bersuara, "Ana, macam mana dengan surat haritu? Dah tahu siapa bagi?"
Ana menjawab, "Belum lagi. Tapi kami dah ada satu nama. Kami nak try tanya dia cuti ni kat Instagram. Lily kata tulisan tu macam 'orang' tu ounya. Jadi, kami nak tanya la dia dulu. Kalau tak betul, Lily salah orang la kiranya. Tapi cara Lily tu macam yakin and kami pun tak tahu kenapa kami pun syak dia orangnya. So kami rasa memang kena tanya risau jadi salah faham nanti."
Azie mengangguk. "Haa, kalau betul, hebat la hang dapat teka. Kenapa kau syak dia?"
"Hang ni banyak tanya la. Nanti kalau dah tahu, baru kami bagitahu."
...
Sesampainya di rumah, Ana terus baring di atas katil. "Bila aku nak tanya dia ni? Esok la, hari ni aku tak sedia lagi. Malunyaa kalau salah teka!"
Keesokan harinya, tepat jam 5 petang, Ana memberanikan diri membuka Instagram dan mencari nama Zayn.
"Assalamualaikum, Zayn. Nak tanya sikit boleh? Kami fikir banyak kali juga nak tanya ni sebenarnya. Sorry ganggu."
Sebaik sahaja mesej dihantar, Ana terasa debaran di dadanya makin kencang. "Berani la kau, Ana. Tak pernah-pernah kau chat lelaki. Harap betul la dia orangnya."
Namun, ketika itu Zayn tidak membuka aplikasi Instagram. Ana memutuskan untuk pergi makan dan cuba menenangkan diri. Selepas makan, dia kembali ke bilik.
"Still tak balas lagi? Takpala , mungkin dia sibuk, study kot." bisik Ana. Dia menetapkan untuk membuka telefon semula pada pukul 6.
...
POV Zayn:
Petang itu, Zayn sedang sibuk menyiapkan latihan Add-Math kegemarannya. Bukanlah dia tidak bermain game atau melayan media sosial, cuma Zayn lebih mengutamakan pelajaran. Selepas sejam, dia berehat sebentar dan mengambil telefon yang ditinggalkan di atas meja.
"Ada notifikasi Instagram la."
Dia membuka aplikasi Instagram.
"Ouh, ada orang message aku rupanya."
Zayn membukanya, "Eh, Nur Ariana? Kenapa dia message aku? Tak pernah-pernah ada perempuan message aku."
Ye ye je. Padahal sebelumni ada je perempuan yang message Zayn, cumanya Zayn tak pernah layan pun.
Berkali-kali Zayn pejam celik untuk memastikan bahawa perempuan itu betul-betul message dirinya. Kemudian, Zayn menekan message yang bernama 'Ariana' tersebut.
Mata Zayn terhenti pada mesej itu. "Dia nak tanya apa? Bukan ke Aizat kata Ariana ni seorang yang pemalu? Berani pulak dia nak message aku."
Zayn berfikir sejenak, mungkin soalan Add-Math? Dia pun membalas, "Waalaikumussalam. Nak tanya apa tu?"
Beberapa minit kemudian, balasan dari Ana masuk.
"Macamni, minggu lepas kami dapat satu surat. Kami syak hang and ada orang jugak kata tulisan tu 'macam Zayn'. Betul ke? Kami tanya sebab takut salah faham."
Zayn menepuk dahinya, "Aduh, macam mana aku boleh lupa benda ni."
Ya, memang Zayn yang letak surat itu atas meja Ana, tapi dia tak sangka Ana akan tahu.
"Macam mana boleh kantoi ni?" Zayn bermundar-mandir di dalam biliknya sambil memikirkan sesuatu. "Apa aku nak jawab ni?"
"Rileks Zayn... Jangan gelabah." Dia membalas message tersebut dengan tenang, "Haah, betul la tu aku bagi."
Selepas menghantar mesej itu, Zayn segera meletakkan telefonnya di atas katil. Dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
"Aku tak nak tengok phone dah lepasni."
...............................
YOU ARE READING
Mi Rey
Teen Fiction"ON GOING" ⚠️ BASED ON TRUE STORY ⚠️ Apabila sampai di kelas , aku menekan suis lampu dan kipas. Aku pergi ke meja dan menarik kerusi untuk duduk. Namun , aku merasa pelik kerana di atas mejaku terdapat satu surat dan juga chewing gum. "surat? chew...