𝐏𝐚𝐝𝐚 awal pagi di sekolah SMK Seri Gombak yang sunyi dan gelap gelita sebelum menyeberangi ke seberang sana menggunakan jejantas. Aku pergi awal pagi untuk tidak lewat ke sekolah. Aku selalu juga terserempak dengan crush aku sewaktu memasuki kawasan sekolah. Kalau kau orang kata tiada crush, tipulah kan. Aku suka salah seorang budak kelas aku sewaktu aku tingkatan 1 dan 2 tetapi bila masuk tingkatan 3, dia tidak lagi sekelas dengan aku. Sebabnya, dia lebih bijak berbanding aku terutamanya sekali, subjek Bahasa Inggeris. Maklumlah, kita tidaklah setanding dia. Suatu masa, pernah juga bila aku ternampak seraut wajah dia pasti aku tersenyum dalam diam.
"Woi, kau ni apahal tersenyum-senyum macam kerang busuk dah aku tengok." Terjah Sherin yang duduk di sebelah sambil memandang tepat ke dalam anak mata Norish. Nasib aku tiada serangan jantung kalau tidak, sudah mati keras aku dekat sini.
"Ishhh, kau ni memang nak aku mati terkejut ke apa? Nasib aku tak ada serangan jantung tau." Geram sungguh dengan sikap kawannya itu. Terus Sherin tersenyum lebar hendak tahu apa yang Norish memikirkan sebentar tadi.
"Kau cuba bagitahu aku, apa yang membuatkan kau tersengih pada tadi sampaikan aku boleh nampak senyuman kau tu sampai ke telinga macam nak terkoyak dah aku tengok." Soal Sherin yang sudah tertanya-tanya dengan sikap teman baiknya itu. Aku terus berdeham kecil supaya tidak menampakkan ketara.
"Elehh, kau busy body ni dah kenapa? Suka hati aku la nak senyum. Sebab, senyumkan salah satu sedekah." Ujar Norish sedaya upaya berbohong sambil tersenyum manis ke arah Sherin menunjukkan dia sedang bersedekah dengan senyuman. Sherin menjeling tajam ke dalam anak mata aku.
"Yela tu, kau senyum sebab sedekah atau kau senyum sebab lain ni? Entah-entah teringat dekat salah satu lelaki dekat sekolah ni. Tu, yang kelas B tu kan?" Ternaik sedikit kening Sherin ingin menyoal. Aku menggigit bawah bibir saat Sherin mengatakan hal itu.
"Kau dengan irsyad apa cerita? Dia baik tak dengan kau?" Soal Norish seraya mahu menukar topik berbualan mereka sebentar tadi.
"Aku tak suruh kau tukar topik. Straight to the point, please? Aku malas nak bermain teka-teki dengan kau." Desak Sherin dengan mukanya yang ditegangkan.
"Yela, sejujurnya memang aku teringatkan dia dan aku rindu dia. Kau ada nampak dia tak tadi?" Tanya Norish dengan serius lalu bersungguh-sungguh memandang wajah cantik Sherin. Air mukanya juga berseri-seri menunggu jawapan keluar dari mulut Sherin.
"Better, kau tak payahlah rindukan dia. Dia pun bukan ingat kau pun, kan? Bazir masa kau aje bertepuk sebelah tangan." Ujar Sherin yang tiada tapisan. Aku terkedu seketika. Benar juga kata kawannya itu. Aku sedar yang aku tidaklah secantik perempuan lain. Tidak mungkin crush aku juga sukakan aku.
"Aku tak mengharapkan apa-apa pun dari dia. Hati ni kita tak boleh nak memaksa seseorang itu sukakan kita. Aku tak boleh paksa dia sukakan aku juga. Lagi satu, tuhan yang menentukan jodoh kita semua tetapi perlukan usaha juga. Jodoh kita ni satu cerminan diri kita. Contohnya, lelaki baik untuk perempuan baik dan lelaki jahat untuk perempuan jahat." Nasihat Norish panjang lebar. Sherin terdiam seribu bahasa. Ada betul juga kawannya katakan itu.
"Apa yang special sangat dia tu untuk kau?" Soal Sherin sambil tertanya-tanya mengapa kawannya ini boleh tergila-gilakan lelaki seperti itu. Aku hanya tersenyum manis.
"Banyak. Tapi satu saja yang kau perlu tahu. Dia sederhana, tetapi dia mampu membuatkan aku tersenyum tanpa alasan." Jawab Norish sambil tersenyum manis ke arah Sherin. Sherin sudah terpinga-pinga. Tidak faham, mungkin.
( SAMBUNG ~ HERO / HEROIN )
YOU ARE READING
𝐎𝐮𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫 [ Editing ]
Romance🌹 𝐇𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐇𝐀𝐅𝐈𝐘 | 𝐍𝐎𝐑𝐈𝐒𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 🌹 "Capai cita-cita kau dulu." - 𝑵𝑶𝑹𝑰𝑺𝑯 𝑴𝑨𝑳𝑰𝑺𝑺𝑨 "Cita-cita aku berkahwin dengan kau." - 𝑯𝑨𝒁𝑰𝑸 𝑯𝑨𝑭𝑰𝒀 Lelaki itu sekelas denganku bermula dari tingkatan 1 sehinggalah tingka...