𝐎𝐮𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫🌹| 𝐁𝐀𝐁 7

47 5 5
                                    

"Hahaha.. tahniah. Cik mengandung 2 minggu. Betullah saya kata yang cik kena buatan orang iaitu suami cik sendiri." Jawab Doktor tersengih sambil riak teruja.

"Ha? Iyee ke Doktor?" Membuntang mata Norish apabila mendengar Doktor itu memberitahu kepadanya yang dia mengandung 2 minggu.

"Ha'ah, cik perlu datang ke klinik sebulan sekali untuk check kesihatan baby dan cik perlu mengambil vitamin untuk baby juga." Jawab Doktor dengan riak serius.

"Baik Doktor. Terima kasih banyak-banyak Doktor." Norish gembira dengan berita yang baru sahaja di dengari. Tidak sabar hendak memberitahu kepada suaminya tentang kandungannya yang sudah mencecah 2 minggu.

𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 memasuki ke dalam rumah sambil mengusap-usap perut yang begitu kempis. Norish menutup pintu dengan perlahan-lahan. Salam diberi di dalam hati.

"Sayang pergi mana? Kenapa abang call tak angkat? Sayang tahukan abang risau? Kenapa tak minta izin dengan abang sebelum keluar?" Soal Haziq berpanjangan. Separuh mati dia mencari isterinya di segenap ruang dalam rumah ini.

"Sayang pergi klinik. Sayang dah cuba call abang tapi abang tak angkat. Lepas tu, telefon sayang habis bateri. Sorry abang sebab tak minta izin." Balas Norish dengan riak bersalah.

"Sayang pergi klinik kenapa? Sayang sakit apa? Doktor cakap apa?" Soal Haziq tidak sabar mahu mengetahui virus yang sudah dijangkiti oleh isterinya.

"Doktor kata sayang kena buatan orang. Orang tu adalah abang." Norish mahu melihat reaksi yang terpancul pada riak wajah suaminya.

"Ha? Abang buat apa? Ehh, abang tak buat benda tak eloklah kat sayang." Jawab Haziq tidak faham. Dia telah berbuat apa kepada isterinya. Dia tiada niat jahat mahu berbuat yang tidak baik kepada isterinya.

"Ishh, abang ni. Tak akan tak ingat atau abang buat-buat tak ingat ni." Norish cuba mengingatkan kepada suaminya tentang malam terakhirnya di negara jepun sebelum bergerak ke sini.

"Ingat apa sayang? Abang betul-betul lupa ni. Sayang tolonglah ingatkan abang. Kenapa ni, sayang okey ke tak?" Haziq sudah menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Cuba untuk mengingati.

"I'm pregnant!!!" Jerit Norish sambil memeluk leher suaminya. Dia berasa sedih dengan berita ini. Di mana dia akan bergelar menjadi seorang ibu.

"Ya Allah, betul ke apa yang abang dengar ni? Abang akan jadi seorang ayahlah ni? Soal Haziq terharu. Haziq mencempung tubuh kecil Norish lalu dibawa ke katil mereka. Haziq meletakkan tubuh itu dengan perlahan.

"Berapa minggu sayang?" Tanya Haziq tersenyum manis memandang perut si isteri yang kempis.

"2 minggu." Norish tersenyum sambil memandang perutnya yang kempis lalu diusap-usap. Haziq mendekatkan mukanya ke perut kempis milik isterinya lalu diciumnya perut itu.

"Terima kasih, sayang abang." Haziq mencium ubun-ubun isterinya lalu diusapnya perut itu. Norish mampu tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

 Norish mampu tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐎𝐮𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫  [ Editing ]Where stories live. Discover now