𝐇𝐚𝐫𝐢 ini hari pernikahannya bersama Haziq. Sungguh dia tidak sangka secepat ini dia bernikah dan hari ini juga, hari di mana dia akan bergelar seorang isteri. Norish yang mengenakan busana pengantin berwarna putih susu. Dia memandang dirinya di sebalik cermin besar yang berada di dalam bilik dia dan suaminya.
"Kau termenung apa lagi? Semua tetamu dah sampai kat bawah. Sekarang ni, kenapa kau tak turun lagi? Suami kau pun dah sampai." Jerit kecil Sherin. Kawannya itu sungguh cantik mengenakan makeup yang tidak terlalu tebal. Tersentak Norish.
"Aku nervous lah. Aku takut, takut aku tak taat di sisi suami aku." Gementar Norish berkata. Tangannya sejuk seperti ais.
"Jangan cakap macam tu. Aku sentiasa doakan kebahagian kau. Insyaallah... pasti kau taat di sisi suami kau." Ujar Sherin sedang memujuk kawannya itu. Terus Sherin memeluk tubuh ramping aku.
"Pengantin perempuan boleh turun sekarang. Pengantin lelaki dan tetamu sudah pun menunggu." Kata seorang makcik yang berada di hadapan pintu bilik itu.
𝐀𝐤𝐮 turun dari anak tangga satu persatu bersama Sherin. Aku terpandang satu susuk tubuh lelaki iaitu suami aku yang sangat aku cintai. Hari ini juga, suaminya sungguh segak mengenakan baju melayu berwarna putih susu. Sedondon dengannya.
"Muhammad Haziq Hafiy bin Mohd Azli, aku nikahkan dikau dengan Norish Malissa binti Mohd Nazri dengan emas kahwinnya RM20,000 tunai." Kata Tok kadi melafazkannya. Tok kadi dan Haziq berjabat tangan.
"Aku terima nikahnya Norish Malissa binti Mohd Nazri dengan emas kahwinnya RM20,000 tunai." Ujar Haziq dengan debaran di dada ketika melafazkannya sebentar tadi.
"Sah? sah?" Soal Tok kadi itu sambil memandang orang di sebelah kiri dan kanan untuk mendengar jawapan dari mulut salah seorang itu menyebutkan perkataan 'sah'.
"Sah. Sah." Jawab orang di sebelah kanan dan kiri Tok kadi itu. Tok kadi terus membacakan doa. Semua berada di situ menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa yang dibacakan oleh Tok kadi. Sesudah mengaminkan doa Haziq bingkas bangun lalu melabuhkan punggung di hadapan isteri tercinta. Terdapat cecair jernih yang bertakung di bawah kelopak mata wanita yang sudah bergelar isterinya. Terlihat air jernih menuruni ke pipi Norish. Haziq menyeka air mata isterinya menggunakan ibu jari. Mengapakah isterinya menangis? Terlampau gembirakah isterinya sehingga menangis?
"Hey, don't cry dear." Bisik Haziq perlahan. Dia tidak mahu isterinya sebak. Tanpa membuang masa, dia terus mengambil sebentuk cincin di tengahnya terdapat batu permata yang sungguh berkilau cantiknya. Suaminya perlahan-lahan memasukkan sebentuk cincin itu ke jari manis Norish. Norish pula, mengambil sebentuk cincin suaminya lalu memasukkan ke jari manis lelaki yang dicintai itu. Juru gambar mengarahkan aku mencium tangan suamiku.
Suami aku pula, mencium dahiku. Aku mendengar bunyi 'klik' yang menandakan sudah selesai satu gambar yang diambil oleh juru gambar tersebut. Tamat sudah sesi bergambar dengan pelbagai gaya.
YOU ARE READING
𝐎𝐮𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫 [ Editing ]
Romance🌹 𝐇𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐇𝐀𝐅𝐈𝐘 | 𝐍𝐎𝐑𝐈𝐒𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐒𝐒𝐀 🌹 "Capai cita-cita kau dulu." - 𝑵𝑶𝑹𝑰𝑺𝑯 𝑴𝑨𝑳𝑰𝑺𝑺𝑨 "Cita-cita aku berkahwin dengan kau." - 𝑯𝑨𝒁𝑰𝑸 𝑯𝑨𝑭𝑰𝒀 Lelaki itu sekelas denganku bermula dari tingkatan 1 sehinggalah tingka...