𝐎𝐮𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫🌹| 𝐁𝐀𝐁 6

26 2 0
                                    

𝐍𝐨𝐫𝐢𝐬𝐡 cuba untuk bangun lalu mencapai tuala kerana hendak membersihkan tubuhnya.

"Sayang dah bangun? Jom mandi sekali. Abang memang tunggu sayang bangun pun untuk mandi sama-sama." Haziq tanpa membuang masa terus mencempung tubuh isterinya lalu dibawa masuk ke dalam bilik mandi. Norish tidak membantah mahupun meronta-ronta.

𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 tidak mahu meninggalkan negara ini. Hari ini hari di mana dia akan pulang ke tanah air semula walaupun berasa berat hati. Sudah dua minggu menjejakkan kaki di sini.

"Sayang, awak tidurlah dulu. Perjalanan kita masih jauh lagi." Suruh Haziq sambil menepuk-nepuk paha isterinya. Norish dengan perlahan-lahan mata terkatup rapat sehingga diulit mimpi indah. Tiba-tiba...

"Uwerk.. uwerkkk." Norish berasa tekaknya loya dan mual. Norish hairan yang dia tiada mabuk udara. Norish berlari memasuki tandas wanita.

"Sayangg okey tak?" Haziq berlari anak mengejar langkah isterinya. Haziq mengetuk-ngetuk pintu tandas itu kedengaran cukup kuat bunyinya dari dalam.

"Sayangg buka pintu ni!" Haziq sudah tidak keruan. Haziq mendengar isterinya memuntah lagi. Norish terus membuka pintu tandas itu selepas berasa sedikit lega.

"Sayangg okeyy takk?!" Soal Haziq risau. Haziq membelek-belek tubuh isterinya. Haziq melihat isterinya seperti mayat hidup. Pucat lesi wajah Norish.

"Sayang rasa tak sedap badanlah. Rasa pening kepala pastu nak muntah." Jawab Norish mengurut-urut dahinya yang berasa pening-pening lalat.

"Nak abang panggil pramugari?" Tanya Haziq. Haziq mengangkat kepala isterinya lalu diletakkan di atas ribaannya lalu Haziq mengurut-urut kepala isterinya yang berasa berdenyut-denyut. Norish menggeleng-gelengkan kepala yang menyatakan dia tidak mahu memanggil pramugari. Dia mahu berada di samping suaminya saat ini.

"Nak abang je sekarang ni." Jawab Norish sambil menahan pening kepalanya. Norish tiba-tiba berasa loya dan terus memuntah sekali lagi.

"Uwerkkk.. uwerkk." Norish membulat matanya kerana dia tidak sengaja memuntahkan di atas baju suaminya. Norish terus menutup mulutnya kerana terkedu seketika.

"Ab..abang? Sa..sayang tak sengaja." Gugup Norish. Takut suaminya marah kepadanya. Haziq hanya memandang tepat ke dalam anak mata isterinya. Tidak mungkin dia akan memarahi isteri tercintanya ini.

"Abang tahu sayang tak sengaja. Abang pergi basuh baju abang ni sekejap iye." Balas Haziq lembut. Haziq hanya mampu tersenyum manis ke arah isterinya yang riak sudah serba salah.

"Abang jangan tinggal sayang sorang-sorang dekat sini. Sayang takut kehilangan abang." Balas Norish dengan riak wajah hendak menangis seperti bayi kecil yang tidak mahu berjauhan dengan ibunya.

"Alololo, abang takkan tinggal sayanglah. Abang nak cuci baju abang ni. Sayang tunggu sekejap iye." Jawab Haziq cuba untuk memujuk isterinya ini. Haziq tidak pelik isterinya begitu manja tetapi sekarang ini isterinya terlebih manja. Hairan.

"Huhuhuhu.. huhuhu." Norish tiba-tiba berasa sedih dan terus menangis. Haziq tercengang seketika melihat perangai isterinya. Haziq menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Hey, stop cry sayang. Okey, meh sini ikut abang. Jom sayang." Ajak Haziq seperti mengajak bayi kecil yang sedang menangis. Haziq memegang bergelangan tangan isterinya. Norish hanya mengikut langkah suaminya ke arah tandas.

 Norish hanya mengikut langkah suaminya ke arah tandas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐎𝐮𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫  [ Editing ]Where stories live. Discover now