Bab 33

4.6K 107 2
                                        

All days are nights to see till I see thee, and nights bright days when dreams do show thee me.

The Taaras Beach Resort & Spa

Penerbangan yang mengambil masa selama 1 jam 10 minit itu sangat membosankan Nessa,yang sejak dari tadi tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya..

Di ingatkan mereka semua akan pergi ke rumah ibu mertuanya di Kuala Terengganu..Namun sangkaannya meleset apabila mereka selamat sampai di Pulau Redang,menggunakan pesawat dari Berjaya Air iaitu penerbangan khas untuk yang menginap di The Taaras Beach Resort & Spa..

Hebat bukan?

Baru aku tahu rupanya ada direct flight bagi yang mahu berkunjung disini..Al maklumlah tak pernah datang ke tempat mewah macam ni..Poyo!

Bertemu empat mata dengan ibu mertuanya setelah beberapa tahun tidak bersua,Nessa agak kekok..Hanya bersalaman selama dua saat moodnya hilang serta merta..Huh! Mana tak nyer,bersalaman pun tak pandang muka aku..Apa teruk sangat ke muka aku? Atleast okay la dari muka cicak kobeng yang tiba-tiba muncul tanpa diundang..Haish Kalau tak di ingatkan besok adalah hari bahagia untuk anak aku..Tak adanya aku nak datang kemari..Seolah sengaja nak sakitkan hati aku..bersabar Ness!

"Come sayang.."~ suara garau Hadrian menyentakkan lamunan Nessa yang berdiri tegak dihadapan pintu bilik mereka..

Tanpa memandang Hadrian..Nessa mengangguk perlahan dan terus menapak masuk ke dalam bilik mereka berdua..Diletakkan handbag di atas meja makan,lalu ditanggalkan flat shoes dikaki lantas Nessa melangkah menuju ke balkoni di depan sana..

"Cliff premier suite.."~ ngomel Hadrian sendiri sambil dibelek card access ditangannya..

Pintu bilik dikatup rapat..Barulah sempat Hadrian melihat kecantikan suite ini..Keluasan bilik ini tidak begitu besar dan tidak juga begitu kecil..Walaupun nampak simple, tapi cukup mewah dan langsung tak serabut mata memandang dengan decoration small room..Turut disediakan ruang tamu mini disebelah kanannya untuk berehat sambil menonton television dan juga ada sliding door dihadapan hujung sana untuk melihat keindahan pemandangan air laut yang kebiru-biruan..Terpegun!

Selang beberapa saat Hadrian menoleh disebelah kiri pula,turut disediakan sebuah bilik wardrobe bersambung terus dengan bilik air,manakala disebelah kanan bilik air bersebelahan bilik tidur mereka berdua..Wah dah macam puzzle..Ini kalau Haera nampak confirm dia keluar masuk toilet bermain dan meneroka disegenap ruang bilik..Tapi itulah awal-awal lagi ibu sudah meminta kebenaran daripadanya untuk tidur bersama Haera..

Apa boleh buat?

Hmm nasib baik juga Nessa hanya diam membisu semasa ibu memujuknya tadi..Buatnya sang isteri mengamuk aku tak tahu apa nak cakap..Sana bom sini bom matilanak!

Baru saja beberapa langkah Hadrian masuk ke ruang bilik tidur mereka..Turut dilihat ada satu bathtub disebelah katil mereka menghadap ke kelaut..Oh jadi bilik inilah suprises yang ibu bagitahu tiga hari lepas..bisik hatinya..

Melangkah masuk ke dalam suite room sedikit sebanyak melegakan hati Nessa yang sedang galau sejak beberapa hari lepas..Tak sangka pula ibu mertua mahu menyambut kelahiran Haera disini..Walaupun ini adalah kali pertama dia menjejaki kaki disini,aura laut cukup menyenangkan hati Nessa..Teruja!

Mata turut melilar melihat keadaan disekeliling suite yang berwarna koko pastel itu..Ada dua bahagian di dalam bilik ini iaitu disebelah kanan ada ruang tamu mini yang cukup lengkap sofa juga television dan dibahagian tengah bilik tidur turut diletakkan penghadang kayu ukir ala ala bali agar tidak menganggu sesiapa saja yang mahu berehat di ruang tamu..So nice and privacy! bisik hati Nessa..

PROMISE me? Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang