MR.HARRAZ FARHAN: HEADPREFECT LOVE || BAB 1

53 6 9
                                    

TERLAKAR senyuman lebar dibibirnya bila terpandangkan susuh tubuh seorang lelaki sedang membaca buku. Kawasan lelaki itu agak tersorok dari pandangan mata orang. Mata hanya di fokuskan sahaja pada lampiran kertas dalam buku itu.

"Tengah baca buku pun handsome. Tapi sayang...sombong gila nak mampus." sempat lagi dia mengutuk lelaki tu dalam diam. Tanpa sedar dia tergelak kecil di balik pintu library, nasib baik tiada siapa perasan apa yang dia tengah lakukan sekarang ni.

Idea jahat mula muncul di akal fikirannya. Melihatkan hanya segelintir sahaja pelajar yang terdapat dalam library itu lagi mudah untuk dia jalankan misinya. Dengan laju kaki melangkah mendekati lelaki beruang kutub utara itu sebelum tanpa minta izin dia melabuhkan duduk di sebelah kerusi yang terdapat di situ.

"Hi. Sorang je ke?"

Sapaan ceria dari gadis itu langsung tidak menarik perhatian dia malah dia hanya fokuskan pada kerjanya sahaja.

Elmeira terus buat muka bila sapaannya tidak dibalas oleh lelaki tu. Tengok. Betulkan dia kata tadi. Lelaki ni terlalu sombong. Nak pandang muka lelaki tu pun payah. Sebab tu dia gelarkan lelaki tu dengan nama 'beruang kutub'.

Beruang kutub kan duduk kat Antartika jadi lagi sesuai kalau lelaki itu pun tinggal sekali dengan beruang kutub. Dua-dua perangai beku macam ais.

"Hello! Saya tengah bercakap dengan awak ni. Dengar tak apa saya cakap tadi? Awak sorang je ke?" sekali lagi Elmeira mengulangi ayatnya tadi.

"Tak."

Elmeira kerutkan dahinya mendengar perkataan lelaki tu. Dalam banyak-banyak ayat dia bina tadi sepatah je lelaki tu jawap? Wah! Ego betul lelaki ni.

"Apa-apa jelah. Awak tengah baca buku apa? Rajinnya dia baca buku sekolah. Kalau saya saya tutup tau buku tu, nak dekat exam baru buka. Hehehe" kata Elmeira dengan ceria. Mood nak ajak bersembang dengan lelaki tu semakin bersemangat dalam diri dia walaupun jawapan lelaki tu agak menyakitkan hatinya.

"Tak tanya."

Ehm... Yelah. Tak tanya. Habis tadi dia tengah membaca ke? Lelaki ni betul-betul buat dia berang melayan kerenah sombong lelaki tu. Tapi takpe, dia tetap nak ganggu juga sebab kalau tak kacau lelaki tu bukan life dia lah. Tak tenang hati ni kalau tak kacau lelaki tu sehari.

"Aw..."

"Oi perempuan! Berapa banyak kali aku nak pesan kat kau hah? Jangan cuba-cuba nak rapat dengan boyfriend aku. Kau ni tak faham ke? Otak kau letak kat mana? Lutut eh?" tanpa salam diberi, seorang pelajar perempuan sergah dia dengan muka memerah menahan amarah yang mendongkol dalam hati.

'Baru lepas lari pecut ke apa minah ni?'

Pelajar perempuan itu seperti sedang tercungap-cungap mencari nafas pun ada. Dengan tudung dah tak berupa tudung. Elok pakai anak tudung sahaja daripada pakai tudung. Tah apa-apa fesyen sahaja perempuan ni pakai.

Dia hanya mendiamkan diri sahaja tanpa berbalas apa-apa. Lebih bagus kalau dia diam daripada melayan perangai gila perempuan tu. Boleh naik darah tinggi kalau dia melayan perempuan gila tu nanti.

Tengku Harraz berasa tidak selesa dengan dua orang pelajar perempuan di depannya terus dia kemas barang-barangnya yang terdapat di atas meja. Lebih elok kalau dia pergi dari situ. Buat sakit telinganya sahaha nanti mendengar pertelingkahan mereka berdua.

"Hey perempuan! Kau ni memang mencabar kesabaran aku lah." tangan terus di angkat tinggi dengan laju sebelum sempat tapak tangannya melayang singgah ke pipi, tangan berurat Tengku Harraz lebih laju menghalang perbuatannya.

Tergamam seketika Elmeira dan pelajar perempuan tu dengan tindakan tak terduga dari lelaki di depan mereka. Elmeira seperti tidak percaya dengan apa yang baru berlaku.

MR. HARRAZ FARHAN : HEADPREFECT LOVE || OGWhere stories live. Discover now