DUA mata saling berpandangan tanpa peduli orang di sekeliling mereka. Seperti mereka berdua di dunia sendiri. Hanya ada dia dan lelaki itu.
Sedang mereka termenung, bunyi gemuruh yang kuat di luar mall menyentakkan mereka berdua membuatkan dia terkejut dan terus berlari memeluk tubuh lelaki itu.
Harraz agak terkejut dengan tindakan gadis di dalam pelukannya. Dia tak tau kenapa dia tidak halang gadis itu malah dia hanya biarkan sahaja.
Dush! Dust!
"Mama! Papa!" jeritan nyaring gadis itu mampu membuatkan jantung dia berdegup laju.
Satu demi satu peristiwa lalu kembali diingatannya. Sebuah lori tangki melanggar sisi kereta mamanya. Dia di campak keluar dari kereta. Mamanya yang berada di dalam kereta dan bersaksikan mata dia kereta mamanya di campak ke gaung yang agak jauh.
Hanya Allah sahaja yang tau betapa remuknya hati dia bila teringat kejadian itu. Sakit yang dia hadap bila mak saudaranya sendiri benci pada dia kerana sebab dia mama mati.
"Sebab kau adik aku mati! Aku benci tengok muka kau. Kau tak layak tengok muka adik aku buat kali terakhir. Aku benci kau! Pergi!"
Kata-kata marah, hinaan, benci, sakit semua dia telan masa berumur 12 tahun. Dia yang mulanya ramai kawan kini semakin berkurang bila orang sekeliling tahu kejadian kemalangan malam tu. Nasib baik dia masih ada papa yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepada dia.
Dia tak bersalah, tapi kenapa dia harus di hukum sampai macam ni sekali? Kerana dia tau setiap kata-kata hinaan yang manusia beri pada dia, pasti Allah akan membalasnya semula.
Hidup sendirian. Hidup hanya untuk diri sendiri dan hanya di temani keluarga angkat sahaja. Dulu dia seorang ceria, kini hanya bayangannya sahaja yang menghantui diri dia.
"Hey. Aku bukan mama papa kau. Bo..." belum habis bicaranya, gadis itu sudah berlalu pergi meninggalkan dia keseorangan. Gadis itu langsung tidak toleh kebelakang memandang dia, ucap kata maaf lagilah.
Dari kejauhan mata hijaunya hanya perhatikan sahaja setiap langkah gadis itu dari jauh. Seperti ada benda yang menganggu fikiran gadis itu dan dia tau apa yang gadis itu fikirkan.
"Follow perempuan tu. Cari maklumat dia, jangan sampai dia perasan kerja kau. Apa-apa roger aku terus." arahan diberi kepada orang kanan dia.
Dengan penuh bergaya, dia kembali melangkah menuju ke destinasi yang perlu dia hadiri. Dia tidak kisah kalau orang kata dia lambat kerana dia adalah bos.
Tiada siapa mampu melawan kata-kata dia kecuali...Elmeira Evelyn. Gadis tadi. Gadis yang dulu hilang tanpa khabar kini kembali muncul di depan mata dia. Takkan dia lepas peluang untuk mendapatkan gadis bermata hazel itu semula. Cukup dulu dia tidak peduli pasal gadis itu, sekarang dia hanya fikir macam mana nak dapatkan gadis itu semula.
KEDENGARAN bunyi pintu dibuka dari luar sebelum pintu itu dihempas dengan kuat.
Kelihatan kawan sebiliknya itu sedang bersandar pada dinding dengan muka berkerut seperti mencari oksigen.
"Lyn. Are you ok? Kau nampak cemas ni. Sini, duduk. Akak pergi ambil air sekejap untuk kau." pesan Ayra kepada Elmeira. Tubuh lemah gadis itu di dudukan secara perlahan dengan bantuan dia sebelum dia bergegas masuk ke dapur.
Tak sampai seminit, dia kembali keluar bersama satu gelas berisi air mineral di tangan. Dengan perlahan dia menolong gadis itu minum air.
"Lega? Kau dah makan ubat belum?" soal Ayra dengan pandangan yang agak menyeramkan.
Takut-takut Elmeira memandang mata gadis itu. Takkanlah dia nak jujur pula pada wanita itu. Kalau dia jujur habislah dia nanti. Mesti satu malam dia kena dengar bebelan wanita itu nanti.
"Nampak sangat kau tak makan ubat kan? Aishh kau ni. Berapa kali aku nak cakap, makan ubat tu kalau kau tak makan macam mana kau nak kembali pulih seperti dulu? Kau nak terlatar semula ke kat atas katil hospital? Tak nak kan? Jadi tolonglah paksa diri tu untuk makan ubat. Dengar tak ni?"
Kan betul dia kata. Mood membebel kak Ayra sudah sampai. Nak tak nak terpaksalah dia tadahkan juga telinga mendengar bebelan wanita itu. Tapi tidak semudah itu dia menandahkan telinga untuk mendengar bebelan wanita itu.
Dia yang baru sahaja ingin lelapakan matanya sekejap terus tidak jadi bila dengar jeritan kak Ayra. Kelam-kabut dia betulkan duduk dengan muka blur ditayangkan.
"Elmeira Evelyn! Akak tengah cakap ngan kau ni. Kau dengar tak? Ishh budak ni. Susah betullah nak dengar nasihat orang." marah Ayra dengan muka memerah menahan geram.
"Ye ke akak nasihatkan Lyn? Kenapa Lyn dengar macam akak tengah membebelkan Lyn sekarang ni?" sengaja dia menaikkan api kemarahan wanita. Melihatkan muka beku wanita itu cepat-cepat dia bangun dari duduk sebelum dengan laju kaki melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.
"Selamat malam akak. Jangan lupa mimpi Suga kesayangan akak tau. Bye!" ucap Elmeira laju. Pintu bilik dihempas dengan kuat.
"Lyn! Nasib baik tak kena muka akak! Lyn ni memang nak kena ngan akak lah. Lyn tunggu, Lyn keluar dari bilik ni nanti memang kena Lyn ngan akak kejap lagi." amaran keras diberikan kepada adik angkatnya.
Langsung tiada sahutan dari Elmeira membuatkan dia semakin naik hantu. Dengan perasan geram mendokol dalam hati, dia menghentakkan kakinya sampailah dia masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu bilik dihempas kuat, sengaja nak bagi orang bilik sebelah dengar. Tengah protes ni.
YOU ARE READING
MR. HARRAZ FARHAN : HEADPREFECT LOVE || OG
Storie d'amoreKarya ke-4 Nurul Asyiqin Tengku Harraz Farhan || Elmeira Evelynn Pertemuan sejak di bangku sekolah lagi mereka berdua sudah saling kenal-mengenali. Seorang lelaki yang agak tegas dalam tugasannya dan seorang gadis yang selalu tidak serius dalam ses...