Bab 16 🔥

8.7K 238 9
                                    


Setelah dua hari mereka di ijab kabulkan, akhirnya Aayden membawa Camelia pulang ke rumah barunya. Rumah yang baru sahaja dibeli setelah memastikan bahawa dia akan berumahtangga.

 Rumah yang baru sahaja dibeli setelah memastikan bahawa dia akan berumahtangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aayden meletakkan kereta di dalam garaj di tepi rumah setelah sampai. Dia menoleh ke kiri melihat Camelia yang sedang nyenyak tidur sambil menggenggam tangan kirinya. Senyum Aayden melihat permandangan paling indah di hadapannya.

"Manjaaa, wake up. Kita dah sampai rumah kita" separuh bisik Aayden membangunkan Camelia agar isterinya tidak terkejut. Dia mengusap sisi kepala Camelia lalu dengan perlahan dia melabuhkan ciuman di puncak kepala Camelia.

Camelia yang merasa lenanya diganggu terus merengek lalu menolak pipi Aayden daripada terus menerus menciumnya. "Abangggg...jangan kacau manja tidur" rengek manja Camelia sambil menggaru pipi.

Aayden menarik nafas panjang mendengar rengekkan manja Camelia. Haih menguji iman betul lah budak ni. Karang ada yang aku kurung dalam bilik, dia tak tahu ke suami dia ni iman senipis kulit bawang. Entah entah kulit bawang tu lagi tebal.

Aayden menarik tangan dari genggaman Camelia dengan perlahan lalu keluar dari kereta dan menuju ke pintu Camelia. Dia membuka pintu di belah penumpang lalu memasukkan tangan di bahagian bawah leher dan juga bawah lutut Camelia. Dengan perlahan dia mengangkat Camelia keluar dari kereta.

Sampai sahaja di pintu rumah, terus Aayden menekan kod rahsia untuk membuka pintu rumah itu. Apabila pintu terbuka, Aayden membawa Camelia masuk dan terus menuju ke bilik tidur mereka di tingkat dua.

Dia membaringkan Camelia di atas katil yang empuk lalu menarik selimut dan menyelimutnya. "Manja tidur ye, abang nak masak sekejap" dia mencium dahi Camelia dan terus keluar menuju ke dapur di tingkat bawah. 

Sampai di dapur, terus Aayden mengeluarkan bahan bahan untuk masak pasta hari ini. Dia memasukkan air kedalam periuk dan mendidihkannya. Setelah air mendidih, dia memasukkan spaghetti dan garam lalu dibiarkan sehingga lembut. Seterusnya dia memulakan proses membuat kuah carbonara. Setelah berperang 10 minit, akhir sekali dia menutup api seraya menabur daun parseli yang dicincang halus dan siap untuk dijamah.

Dia menghidang makanan yang siap dimasak di atas meja makan. Menu hari ini spaghetti carbonara. Dia mengemas dan mencuci kesemua peralatan yang digunakan lalu mengelap tangan di kain. Dia menuju ke tingkat atas mahu mengejut sang isteri.

Camelia yang baru sahaja terjaga terus bangun dan bersandar di kepala katil. Dia memandang sekeliling bilik dengan pandangan hairan. Ni bilik siapa? Rumah siapa? Aku dekat mana ni?

Terus dia menoleh memandang pintu yang terbuka dari luar, lega hatinya melihat gerangan yang membuka pintu tersebut.

"Abang pergi mana? Kenapa tak kejut manja?" soal Camelia.

Aayden senyum melihat wajah baru bangun tidur Camelia, dia melabuhkan punggung di sebelah lalu mengusap kepala Camelia. "Abang turun pergi dapur, masak untuk isteri kesayangan abang ni" balas Aayden sambil mencium pipi Camelia. Addicted betul dengan pipi isteri haih.

Aayden's Amore [ C ]Where stories live. Discover now