Eternity

1 0 0
                                    


Jungkook sudah bersiap sedia dengan kejutan buat isterinya. Tepat jam 9 malam nanti genap waktu 10 000 jam mereka bersama. Tambahan lagi Sarang baru dibenarkan pulang setelah seminggu di hospital setelah melahirkan anak perempuan mereka.

Belon-belon sudah siap tergantung. Lilin sudah dinyalakan. Meja makan dengan hidangan kegemaran Sarang juga sudah siap tersedia.

Baru sahaja Jungkook mahu hidupkan enjin kereta mengambil isteri dan anaknya telefon Jungkook berdering.

"Kook.." Suara Hoseok yang lemah buatkan Jungkook tanpa berlengah memecut ke hospital.

**************************************

Tiada suara, tiada air mata. Pandangan Jungkook seolah kosong. Sudah hampir 10 minit Jungkook berdiri kaku di samping katil isterinya.

Tepat 10 000 jam mereka bersama, tepat jam 9 malam Sarang pergi tanpa sempat ucapkan selamat tinggal, tanpa sempat katakan
'jadi bapa yang baik ya kook'

Kejam Sarang. Semua ini terlalu mengejut bagi Jungkook. Sepanjang setahun lebih usia perkahwinan mereka air mata sentiasa menemani Jungkook, mengenangkan isterinya yang sakit.

Saat Sarang benar-benar pergi, Jungkook tidak tahu mahu beraksi bagaimana. Sudah penat dia menangis, menangis dan menangis. 

Dia membayangkan mungkin dia akan meraung, menjerit nama Sarang tetapi bila keadaan ini benar-benar terjadi Jungkook seolah-olah patung tidak bernyawa.

Jungkook menarik nafas dalam sebelum dahi mendiang isterinya dikucup lama.

"Saranghae, Sarang" Hanya itu yang dituturkan Jungkook.

********************************

Jungkook tersenyum melihat anaknya Jeon Junha terkedek kedek berlari mendapatkannya.

Anaknya bersama Sarang sudah genap setahun. Itu bermakna sudah setahun juga Sarang meninggalkan kami berdua.

Tapi itu tidak menghalang untuk mereka berdua hidup bahagia. Ibu Jungkook yang dahulunya bencikan Sarang dengan senang hati dapat menerima Eunha sebagai cucunya.

Malahan haelmoni Sarang juga duduk bersama mereka.

Eunha menarik narik hujung baju Jungkook minta didukung. Tergelak Jungkook dengan gelagat anak tunggalnya itu.

Pipi anak cilik itu dicium ketat. Mata anak gadisnya itu memiliki mata Sarang.

**********************************************

If it's 10, 000 hours or the rest of my life

10 000 hours + JJKWhere stories live. Discover now