Grandma❤️

4 2 0
                                    


"Erm, janganlah pandang saya macamtu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









"Erm, janganlah pandang saya macamtu. Aneh ya budak kulinari minta tolong budak muzik?"

Jungkook yang asyik menongkat dagu memandang wajah comel Sarang tersengih. Lelaki itu menggeleng laju-laju.

"Baik. Mari kita mulakan soal jawab ya."

Sebatang pen dicapai. Borang soal selidik dibaca satu-persatu.

"Awak rasa bagaimana servis makanan yang pelajar kulinari sediakan?"

"Cantik."

"Cantik?"

"M-maksud saya baik. Ha baik."

Sarang tersenyum nipis. Terhibur dengan gelagat anak Jeon.

Setelah sepuluh minit bersoal jawab Sarang menamatkan perbualan mereka.

"Yeay, dah selesai. Terima kasih bantu saya ya."

Baru gadis itu mahu berganjak pergi Jungkook menahan tangannya.

"K-kau sibuk petang ni?"

Sarang menolak genggaman Jungkook pada tangannya.

"Maaf Jungkook, saya tidak pernah ada masa lapang kalau nak keluar."

Gadis itu menunduk dan beredar. Hampa harapan anak Jeon.

———————————————————————————

Jatuh menitis air mata Jungkook melihat kesusahan hidup Sarang.

Sebuah rumah usang yang menjadi tempat teduh Sarang dan Haelmoninya direnung dari jauh.

Patut gadis itu sentiasa sibuk. Waktu petangnya dihabiskan bekerja di kedai makan. Lelaki itu memasang tekad mahu memiliki Sarang. Mahu membantunya.


———


-



"Saya taknak terima semua ini. Awak balik Jungkook. Saya masih mampu sara diri sendiri."

Jungkook berkeras. Barang-barang dapur yang dibawa diangkut masuk ke rumah.

"Haelmoni, oh haelmoni."

Selamba Jungkook masuk. Segala barangan dibawa ke dapur.

"Eh siapa ni? Kawan Sarang ya?"

Haelmoni Sarang yang sedang menjahit dibilik segera keluar apabila mendengar teriakan Jungkook.

Jungkook tersenyum manis. Bahu orang tua itu dipaut mesra.

"Anyeong, saya Jeon Jungkook sekampus dengan Sarang. Ini ada sikit buah tangan daripada keluarga saya. Diorang berterima kasih sebab Sarang dah berjaya mencuri."

Ternganga Sarang dan Haelmoni mendengar ayat terakhir Jungkook.

"Mencuri hati saya."

Saat ayat itu meluncur keluar daripada mulut Jungkook Sarang sudah hampir pengsan di situ. Mujur sempat haelmoni menyambut badan Sarang.

Terpapar senyuman manis di bibir orang tua itu.

Mereka berdua bertukar kenyitan mata. Jungkook yang pendiam menjadi berani kerana cinta.

10 000 hours + JJKWhere stories live. Discover now