RAIN

6 3 0
                                    

"BERAPA kali Jungkook nak ulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"BERAPA kali Jungkook nak ulang. Jungkook tak nak pergi. Titik." 

Jungkook mengeras duduk di atas sofa. Matanya tertancap di televisyen di hadapan walau tiada apa yang ditayangkan.

Bagi Jungkook tempat bersesak begitu paling dibencinya.

"Kau jangan nak buat hal ye budak. Kim Taehyung tu kawan lama kau. Siap sekarang" Gertakan daripada Jeon Hoseok membuat Jungkook bergerak juga bersiap.

Kelemahan Jungkook. Kesesakan orang ramai.

_______________________________________________________________


TIDAK lekang mata-mata gadis asyik melekat melihat Jungkook. Wajah sahaja kacak tetapi mulut berisi emas. Langsung tidak bersuara.

Duduknya dilabuhkan seorang diri di satu sudut. Telefon dikeluarkan. Sudah sedia mahu login PuBG.

Baru permainan bermula telefonnya dirampas.

"Hyung nak kau jumpa Taehyung di sana bergaul Jeon Jungkook." mahu tak mahu Jungkook turutkan kemahuan abangnya. Malas bertengkar.

Baru kakinya mahu menapak mendekati Taehyung Jungkook menangkap suara sekumpulan gadis seperti galak mengusik.

"sikit lagi Sarang. Segelas lagi."

Gadis yang digelar Sarang menggeleng-geleng menolak. Seperti orang dipaksa.

"Minum atau aku humban kau dalam kolam depan sana" mendengar ugutan seperti itu Sarang menelan seteguk lagi minuman keras tersebut. Galak gadis yang lain tertawakan dia. Entah mengapa hati Jungkook terusik.

Sarang bergegas lari ke belakang. Isi perutnya di keluarkan semula. Dia terpaksa buang semua isi-isi di dalam perut, Tidak mahu Haelmoni syak bukan-bukan nanti.

Jungkook hanya memerhati gadis itu daripada jauh. Gadis itu duduk berseorangan di belakang halaman rumah. Pipinya memerah mungkin mabuk sedikit.

Tiba-tiba hujan turun dengan deras. Jungkook mahu menarik gadis itu berteduh. Tetapi gadis bernama Sarang itu malahan tersenyum suka.

Tangannya menadah air hujan yang menitik. Badannya berpusing pusing menikmati hujan yang turun.

Buat pertama kalinya hati Jungkook berdebar hebat. Gaya semulajadi gadis itu membuatkan Jungkook jatuh hati.


----------------------------------------------------------------------------------------

Do you love the rain? Does it make you dance
When you're drunk with your friends at a party?

10 000 hours + JJKWhere stories live. Discover now