Miss

4 1 0
                                    

"Cepat Kook kita tidak punya banyak masa!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









"Cepat Kook kita tidak punya banyak masa!"

Jungkook dan Sarang terpinga-pinga melihat Hoseok yang kelam kabut menyuruh mereka berdua pergi bersama kereta milik Hoseok.

"Kenapa hyung tiba-tiba? Jungkook kena lari dengan Sarang untuk apa?"

Sarang di sebelah mengangguk-angguk. Fikirannya memikirkan nasib haelmoni jika dia ikut jejak Jungkook. Siapa mahu jaga makan minum satu-satunya ahli keluarganya itu?

"Hyung dah uruskan. Sekarang aku cuma mahu kau lari bersama Sarang. Bahagiakan diri kamu berdua. Semua urusan disini hyung dah selesaikan."

Jungkook menggeleng-geleng begitu juga Sarang. Ish dua mangkuk ni orang suruh lari bersama pun tidak mahu. Dasar.

Hoseok geram. Tangannya menggenggam bahu Sarang.

"Sarang bantu aku, seumur aku hidup tidak pernah aku lihat Jungkook bahagia seperti mana saat dia bersama kau. Please Sarang aku merayu. Aku janji haelmoni akan aku jaga dengan baik. Tolong, tolong dan tolong setia kepada Jungkook sahaja nae?"

Rayuan panjang Hoseok buat hati gadis itu berbelah bahagi. Tidak dinafikan kasihnya pada Jungkook juga telah bercambah.

Sarang menghembus nafas panjang. Tangan Jungkook ditarik.

"Ayuh kook ku sayang, kita bina kenangan berdua?"

Jawapan Sarang sudah ckup buat Hoseok tersenyum senang. Moga apa yang dirancang berjalan lancar.

-

-

-

"Kamu betul ke Hyeri ni rumah perempuan tidak guna itu?"

Hyeri mengangguk pasti. Dia sangat yakin ini rumah Sarang. Dahulu saat mereka berdua bersahabat baik Hyeri selalu singgah membuat kerja bersama-sama.

"Sunyi semacam je. Ergh buruk betul memang tidak layak dengan anak aku yang kacak."

Puan Jeon membuat muka. Kakinya melangkah melihat persekitaran halaman rumah yang bagi ya tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah.

"Dah lah jom. Aunty geli lama-lama dekat sini. Jijik"

Sebegitu sekali penghinaan Puan Jeon. Hoseok yang ikut menemani mereka berdua mengeluh melihat perangai ibunya.

Dalam diam dia sempat menjeling Hyeri. Sumpah demi apa pun dia bencikan gadis itu.


——

——-

Sarang mengeluh lemah. Sudah dua hari Jungkook berdiam diri. Perangai pendiamnya buat pertama kalinya muncul saat dia bersama Sarang.

Sarang menghampiri Jungkook yang termenung seorang diri di luar rumah.

Ya Hoseok memang telah buat perancangan dengan teliti. Sebuah rumah teres di Busan lengkap dengan perabot telah disediakan buat mereka.

Hoseok juga menyediakan elaun belajar buat mereka berdua. Betul-betul kaya keluarga Jeon ini.

"Kook, makan jom? Dari pagi perut awak tidak berisi. Tak lapar ke?"

Lembut suara Sarang memujuk. Tangannya mengusap perlahan bahu lelaki itu.

Tiba-tiba air jernih mengalir dari wajah Jungkook. Sarang panik. Adakah dia tersilap kata.

"J-jangan nangis. Sarang ada buat salah ke. Bagilah tahu jangan begini Sarang minta maaf Kook."

Berulang-ulang gadis itu menepuk perlahan belakang badan Jungkook bagi menghentikan tangisan jejaka itu. Jungkook mengggeleng. Gadis itu yang sedang berdiri ditarik duduk di atas ribanya.

Muka Jungkook disorokkan dibalik leher jinjang gadis itu.

Sarang menelan liur perlahan. Tidak pernah mereka serapat ini sejak tinggal sebumbung.

"Kook cuma rindu haelmoni Sarang." Mendengar bisikan Jungkook di telinganya Sarang menghambur ketawa.

Melihat Sarang yang galak ketawa nakal Jungkook mengigit cuping telinga gadis itu. Automatik tangan Sarang menampar perlahan bahu Jungkook.

"Haelmoni kita dia pula yang melebih."
Pipi Jungkook dicubit manja. Jungkook memcebik.

"Biarlah, haelmoni layan aku baik. Tak macam kau kasar."

Wajah Jungkook yang cemberut kelihatan comel di mata Sarang. Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Masing-masing leka memandang wajah kekasih hati.

"Aku cuba berterima kasih kepada haelmoni kerana menjaga Eun Sarang buat aku. Sarang, seindah wajah kau"

Kata-kata manis Jungkook sekaligus membuatkan pipi gadis itu memerah. Jungkook tertawa kecil. Suka bila melihat gadis itu malu.

"Sarang, saranghae" senyuman manis yang Jungkook hadiahkan buat dunia Sarang terhenti seketika.

Thats was the sweetest smile



-

——

Did you get your middle name from your grandma?

10 000 hours + JJKWhere stories live. Discover now