Bab 56

781 67 8
                                    

"NAH, baju awak." Damia menunjuk kan baju baju kemeja Taehyung yang dah siap digosok. Sememang nya, Taehyung menyuruh nya supaya menggosok baju kemeja nya setiap hari kerana itu adalah tugas seorang isteri.

Taehyung yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju itu melebar kan daun pintu nya. Membenar kan Damia masuk. Damia yang melihat dah rasa kebal. Sebab setiap hari dah dia melihat perkara yang sama. Dah hilang rasa malu seperti masa pertama kali dia melihat Taehyung sebegitu. Damia merapati almari lelaki itu sebelum membuka nya. Taehyung pula hanya melihat gelagat Damia dari hujung katil.

"Ni saya dah turut kan semua permintaan awak. Saya dah gosok lima baju kemeja awak. Sekali juga dengan seluar slek. Cukup untuk seminggu. Okay tak?" Kata Damia sambil menyangkut pakaian lelaki itu. Sengaja dia nak gosok lima sekali gus sebab tak payah lah dia nak tiap tiap hari gosok baju itu. Baju nya sendiri pun dah digosok untuk seminggu. Senang sikit kerja nya. Taehyung hanya mendengar.

"Tie aku mana? Aku nak match kan dengan baju aku."

"Awak kan tahu selera awak macam mana. So, awak pilih lah sendiri. Kenapa saya pulak yang kena?" Damia menjawab malas. Dah muncul kembali Taehyung yang selalu menyusah kan hidup nya.

"Masalah nya, aku tak nak," Kening kiri di angkat.

Kali ini dia tak nak membalas Taehyung. Dia hanya menurut kata kata Taehyung. Tiada guna nya bertikam lidah dengan mamat ni. Akhir nya, tahu aje lah siapa yang menang, siapa yang kalah. Satu persatu tali leher itu diperhati kan. Padan kan pula dengan baju - baju kemeja yang tergantung kemas. Makin banyak pula kerja nya. Konon nya nak ringan kan kerja, malah bertambah berat pula. Huh.

Taehyung yang dari tadi memandang gelagat Damia menahan ketawa. Kelakar rasa nya apabila melihat Damia yang padan kan satu per satu tali leher dengan baju kemeja nya itu.

"Eh, apa kau ni? Matching tie dengan baju pun tak reti ke?" Taehyung dah tak boleh berdiam diri lagi. Penat rasa nya melihat Damia yang dari tadi asyik padan buang, padan buang, padan buang. Rasa nya sampai esok tak kan habis. Dia merapati Damia.

Damia pula menggaru garu kepala. Mana lah dia nak reti. Dia bukan nya lelaki. Kalau abang nya dulu pun dia tak pernah nak ambil tahu. Lebih kurang nak padan kan tie dengan tudung ke?

"Pay attention. Kau tengok warna baju ni. Kalau baju tak terang, cari tie yang colour terang. Baru cantik. Tak semesti nya warna sama. Asal nampak sesuai dah lah tu. Tapi jangan lah terlebih kontra pula. Orang lain tak tahu lah macam mana taste dia orang, tetapi aku tak suka. Faham ke tak apa yang aku cakap ni? Kau ni asyik dok pandang aku aje. Faham ke tak?" Taehyung membebel. Akhir nya dia sendiri yang tolong padan kan tali leher dengan baju nya sendiri. Tak sampai seminit, dia selesai memilih tali leher yang sesuai.

"Mana lah saya tahu. Ingat saya ni nak sangat ke ambil tahu pasal tu?"

"Weyh, sekarang kau dah bersuami. Tak kan kau tak nak ambil tahu?" Soal Taehyung.

"Nak matching kan tie dengan baju, tak reti. Kalau nak simpul kan tie, lagi lah tak reti, kan?" Sempat jugak Taehyung menyindir. Damia hanya mampu berdiam. Memang dia tak reti satu sen pun.

"Apa lah kau ni. Fail rumah tangga betul!" Sambung Taehyung lagi. Si dia ni asyik membebel aje. Mengalah kan perempuan aku tengok.

Kemudian, Taehyung mencapai dua helai tali leher di dalam almari. Disua kan kepada Damia. Damia berkerut dahi. Tak mengerti. Tapi disambut juga.

"Kelas tambahan free cara - cara nak simpul kan tali leher," Damia terkejut dengan kata kata Taehyung.

"Eh, tak payah lah." Damia mengelak.

"Kalau kau tak nak, jangan harap kau boleh keluar dari bilik ni. Buat malu aku aje bini sendiri tak pandai nak ikat tali leher," Sempat Damia di ugut nya. Damia mendengus geram. Nak tak nak, terpaksa turut juga. Damia mengalah. Tengok? Siapa yang kalah dan siapa yang menang.

"Macam mana nak buat?" Damia menilik tali leher berwarna biru gelap yang berada di dalam genggaman tangan nya.

Taehyung tersenyum kemenangan.

"Sepatut nya kau berterima kasih dekat aku sebab sudi bagi kelas free malam ni." Damia tak menjawab. Tutup mulut aje lah. Malas nak menjawab. Ingat dia suka sangat ke dipaksa? Apalagi, Taehyung yang memaksa nya. Dia hanya menanti kan apa yang akan dikatakan oleh lelaki di hadapan nya itu.

"Kalau kau nak tahu, banyak cara nak ikat tie ni. Tapi aku akan tunjuk kan kau cara yang paling mudah dan senang. Kalau aku bagi yang susah pun, sampai bulan depan pun kau tak kan habis rasa nya. Okay, ni nama nya four-in-hand knot. Sesuai untuk orang tinggi macam aku ni. Mula mula macam ni.."

Taehyung mula meletak kan tali leher di tangan nya ke leher Damia. Diheret Damia agar rapat dengan nya. Terkejut Damia dibuat nya. Nak cekik aku ke? Nasib baik sempat kawal latah tadi.

"Isy, kau ni! Pendek lah. Lenguh kaki aku ni nak tunduk," Rungut Taehyung sebelum merendah kan diri nya agar sama tinggi dengan Damia.

Damia yang mendengar hanya diam. Tak pula membalas. Hanya simpan semua nya dalam hati. Suka hati dia aje nak cakap aku pendek. Mentang mentang lah tinggi, dia tu apa? Terlebih kalsium.

Mata Damia mula memandang tangan Taehyung yang ligat di leher nya. Tak sampai tiga puluh saat simpul dah siap. Eh, dah siap?

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now