Pertemuan Dua Semester

120 3 0
                                    

BAHASA MELAYU

"Arghhh, tertekannya aku. Baru awal semester, tugasan-tugasan kelas dah berlambak nak disiapkan. Huhuhu.", keluh Najib setelah selesai kelas terakhir pada Jumaat petang itu. "Betul tu, padahal baru je bermula sesi pelajaran dan pembelajaran untuk semester ni", balas Farif sambil dia mengemas semula peralatan menulis dan buku-bukunya ke dalam beg galas. "Jomlah, Farif. Kita pergi makan, rasa tertekan ni buatkan aku lapar pula", ajak Najib. "Engkau kalau tak tertekan pun memang asyik-asyik kebuluran juga, hahaha", balas Farif dengan nada guraunya itu. "Sekebulur-bulur aku, perut masih kurus tau. Tak macam ada seorang budak tu, makan sedikit pun badan tetap gempal, hahaha". "Ewah ewah ewah, seronok membahan orang ya. Depan-depan mata pula tu, hahaha", balas Farif dan mereka pun tergelak bersama-sama. Lalu, mereka pun keluar dari kelas itu dan menuju ke kafeteria di bangunan asrama Laksamana. Sedang asyik berborak sesama mereka di laluan susur gajah itu, Farif terpandang pada sosok tubuh seseorang yang sedang berjalan menghampiri mereka dari arah hadapan. Dia cuba untuk menundukkan matanya atau menoleh ke arah lain dan buat-buat berborak dengan kawan sekelasnya itu saat orang itu semakin menghampiri dan melintasi mereka. Hembusan nafas leganya sedikit kedengaran sebelum dia menoleh ke belakang dan memandang pelajar tadi secara diam-diam. Tanpa dia sedari, kawannya Najib sedang melihat gelagatnya pada waktu itu. "Apa yang kau tengok tu? Ada awek cantik ke? Mana dia?", soal Najib yang perasan tindak-tanduk Farif yang sedikit mencurigakan itu. "Eh, mana adalah. Engkau ni tak habis-habis cari awek, bukan kau gay ke, hahaha", balas Farif dengan guraunya membuatkan kawannya itu mencuit-cuit pinggang Farif sehingga tubuhnya sedikit menggelupur kegelian di situ sambil mereka berjalan ke kafeteria itu. Sempat lagi dia menoleh sekali lagi namun orang itu sudah pun tidak kelihatan lagi di situ, membuatkan dia sedikit kecewa.

Keesokkan paginya, Farif tersedar dari tidur lenanya dek kerana bahang dan silauan mentari pada pagi itu mulai terasa dan menyilaukan mukanya. Dia pun mulai meraba-raba atas meja belajarnya dan mencapai telefon bimbitnya di situ. "Erkkk awal lagi dah bahang, kacau betullah", rungut Farif setelah melihat jam pada telefonnya yang menunjukkan pukul 9:13 pagi. Lalu, dia pun bangkit dari katilnya sambil meregangkan tubuhnya sebelum dia ke bilik air untuk membasuh muka. Dompetnya yang berada di dalam almari dicapai lalu dia berjalan keluar dari biliknya dengan hanya berpakaian tidurnya tadi, iaitu seluar sukan kelabu dan baju kemeja-T tidak berlengan berwarna putih yang sedikit jarang. Saat dia sedang berjalan sambil menggosok-gosok matanya yang sedikit mengantuk itu, tiba-tiba kakinya tersandung pada rekah di lantai itu, membuatkan dirinya hilang keseimbangan sehingga terjatuh ke hadapan dan melanggar seseorang. 'Gedebuk', kedua-dua mereka jatuh ke lantai sehingga bunyi jatuh itu agak kuat kedengaran. "Erghhh, aduh sakit. Fuhhh, sakit", Farif mengerang kesakitan dengan tubuhnya masih tertiarap di atas lantai. "Aduh, habis rosak telefon aku", kata-kata dari orang itu mengejutkan Farif lalu dia terus menoleh ke arah kanan. Betapa terkejutnya dia saat melihat sosok tubuh yang dia amat-amat kenali, membuatkannya terus bangkit berdiri. "Ma... maaf, maaf, saya tak... tak sengaja. Awak... eh... ab... abang okay?", Farif agak tergagap-gagap ketika dia meminta maaf kepada orang itu. "Eh, tiada apa-apalah. Aku okay je, cuma telefon aku je yang rosak sedikit", balas pelajar itu sambil dibantu oleh Farif untuk berdiri dan dia mengutip semula telefon bimbitnya di atas lantai itu. "Telefon itu masih berfungsi lagi ke?", soal Farif lagi. "Syukurlah, masih berfungsi lagi, cuma skrinnya dah retak", balas dia sambil memeriksa lagi telefonnya. "Maaf sekali lagi, aku tak sengaja terlanggar kau tadi". "Jangan risaulah, aku okay je". Tiba-tiba, seorang pelajar datang menghampiri mereka sebelum menyapa pelajar yang dilanggar tadi. "Eh, tak akanlah hanya maaf je. Gantilah balik telefon bimbit dia, bayarlah ganti rugi", kata orang itu namun pelajar tadi menghalangnya. "Okay, okay, nanti saya bayar ganti rugi tapi sekarang saya tiada duit di dalam dompet. Petang nanti saya datang bilik abang untuk bagi duit. Bilik abang dekat mana?", kata Farif. "Nanti malam, dalam jam 10 malam datang bilik Laksamana 2-2, petang ni aku keluar. Jangan risau, aku bukan nak cepat-cepat betulkan telefon ni. Telefon ni masih boleh diguna lagi", balas abang senior itu lalu dia gegas menarik kawannya yang sedikit marah itu masuk ke biliknya agar keadaan tidak menjadi lebih teruk. Farif pun mengangguk faham sebelum dia balik semula ke biliknya dalam keadaan gementar. Rasa laparnya tadi hilang seketika dek kerana terperanjat dengan kejadian tadi. Namun jauh di dalam sudut hatinya, dia berasa seronok sehingga satu senyuman terukir di bibirnya kerana dia dapat bercakap dengannya, apatah lagi dia sempat tersentuh dadanya sewaktu mereka terjatuh di lantai tadi walaupun hanya sekejap sahaja. "Aduh, aku kena pergi pusat ATM pula untuk keluarkan duit. Jauh pula tempat tu, haishhh", rungutnya sambil menukar pakaiannya kepada yang lebih sopan.

Kekasihku Si Hamba NafsuWhere stories live. Discover now