Lindungan Abang Senior

75 2 0
                                    

BAHASA MELAYU

Suasana petang yang redup dipenuhi dengan suara-suara lantang beberapa orang pelajar lelaki yang sedang seronok bermain bola sepak di padang dan juga pelajar perempuan yang sedang menghayunkan raket badminton mereka di gelanggang badminton tidak jauh dari padang itu. Manakala, di dua-dua belah bahu jalan pula kelihatan beberapa orang pelajar yang sedang berjogging dan berbasikal juga. Ada juga yang mengambil kesempatan pada waktu itu untuk bergurau-senda dan melepak bersama-sama dengan pasangan kekasih mereka di pondok-pondok yang dibina di tepi kawasan padang itu. Namun, hal itu bukanlah perkara yang pelik dan aneh bagi Farif yang sudah hampir dua semester belajar di universiti itu. Itu adalah pemandangan biasa pada waktu petang di situ. Dia yang baru sahaja selesai menghadiri kelas terakhir yang lambat habis pada hari itu sedang berjalan pulang di susur gajah sambil mendengar lagu melalui pod telinganya, malah beberapa kali dia menguap dek kerana jadual kelas sehariannya yang agak padat pada hari itu. Walaupun perutnya agak berkeroncong kelaparan, namun rasa letihnya pada waktu itu membantutkan niatnya untuk ke kafeteria bagi mengalas perut, lalu dia terus naik ke biliknya. Sedang asyik dia menghayati lagu-lagu yang didengarinya sambil menaiki tangga, dia tak perasan yang Aris dan kawannya sedang asyik berborak itu sambil menuruni tangga. 'Gedebuk', bahu kanan Farif terlanggar bahu Aris pada waktu sehingga telefon yang dipegangnya hampir-hampir sahaja terlepas dari genggamannya. "Maaf, maaf. Aku tak sengaja", kata Farif memohon maaf sebelum dia mendongakkan kepala dan terlihat Aris sedang menoleh ke arahnya. "Eh, alahai. Engkau rupanya, Farif. Bukan main laju lagi naik sampai terlanggar aku, hahaha", sapa Aris. "Oh Aris, maaf dowh. Aku tak perasan tadi, lagu sedap sangat sampai aku mengelamun, hahaha", balas Farif dengan nada guraunya. Namun, dengan pantas kawan Aris itu menempelak kata-kata Farif tadi dengan nada marah, "Apahal kau panggil dia macam dia ni kawan kau. Mana pergi hormat kau pada dia? Berani kau ya". Tempelakan itu membuat diri Farif mulai ketakutan dan dia mulai menundukkan kepalanya dan memohon maaf beberapa kali. Kawan Aris cuba untuk menghampiri Farif, namun Aris dengan pantas menghalang kawannya itu lalu menariknya turun ke bawah. Manakala, Farif berdiri kaku seketika di situ dek kerana masih terkejut dengan kejadian itu sebelum dia dengan pantas naik ke biliknya.

Jumaat malam, hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba bagi pelajar-pelajar di situ setelah lima hari berturut-turut mereka menghadiri ke kelas untuk menuntut pelbagai ilmu pengetahuan. Termasuklah Farif yang sudah terlentang di atas katilnya sambil melepaskan hela nafas yang panjang setelah selesai menunaikan sembahyang Isyak di surau berdekatan. Setelah beberapa minit dia berehat, dia mulai bangkit semula sebelum menyalin pakaian kepada baju kemeja-T putih dan seluar sukan hitam untuk turun ke kafeteria untuk membeli juadah makan malam. Namun belum sempat dia memakai seluarnya, pintu biliknya diketuk beberapa kali dengan sedikit kuat sehingga membuatkan Farif terperanjat. Tanpa dia berfikir panjang, dia pun membuka pintu biliknya lalu melihat tiga sosok tubuh yang sedang berdiri di sebalik pintu itu. "Ab... abang Hakim?", katanya dengan sedikit gagap. "Apahal kau separuh bogel ni? Tengah melancap ke, hahaha", balas seniornya sebelum mereka melangkah masuk dan salah seorang dari mereka menutup dan mengunci pintu itu. "Ab... Abang-abang semua kenapa datang jumpa saya malam ini ya?", soal Farif lagi sambil dia menutup celah kangkangnya dengan tangan. "Hahaha, baguslah kalau kau dah bertanya. Aku ada urusan yang tak beres dengan kau lagi", balas Hakim, menambahkan lagi rasa takutnya pada waktu itu sebelum dia menyambung lagi, "Engkau tahu apa kesalahan kau?". Farif menggelengkan kepalanya perlahan-lahan sebelum, 'bukkk', satu tumbukan tepat mengenai perutnya, membuatkan Farif terbongkok menahan sakit. Lalu, rambutnya dicengkam lalu ditarik sehingga Farif terdongak ke atas sebelum ditanyanya lagi, "Kau tahu apa salah kau pada kita orang". "Ma... maaf, abang. Saya tak tahu, tolong lepaskan saya", rayu Farif sebelum, 'bukkk' 'bukkk', perutnya ditumbuk lagi sehingga dia berlutut di atas lantai sambil memegang perutnya. Tidak dengan itu, mereka menyandarkan tubuh Farif di dinding sebelum, 'bukkk' 'bukkk' 'bukkk', perut dan dadanya ditendang berkali-kali sambil kedua-dua tangannya dipegang erat secara mendepa oleh kawan-kawan senior itu. "Arghhh, sakit. Abang, tolong, saya tak tahan. Abang, sakit sangat. Erghhh erghhh", rayu Farif berkali-kali tatkala tubuhnya dibelasah oleh para senior itu. "Aku sejak dari hari itu memang tak puas hati dengan kau, kau memang perangai sial aku tengok. Sejak kau berkawan dengan Aris, makin pailang kepala kau ya. Sekarang mana kau punya pailang? Aku nak tengok", tengking Hakim lalu tumbukan dan tendangan dilepaskan lagi ke tubuh Farif yang mulai kemerahan. Tidak dengan itu, kawan-kawannya juga mengambil kesempatan dengan membelasah dirinya juga yang sudab pun terbaring di lantai. 'Bukkk' "Arghhh, sakit" 'bukkk' "Erghhh, sakit, abang" 'bukkk' "Arghhh, tolong, saya tak tahan", bunyi pukulan diselangi dengan jeritan Farif yang kesakitan itu memecah kesunyian biliknya pada malam itu, malah tubuhnya juga meringkuk sambil kedua-dua tangannya cuba melindungi tubuhnya.

Kekasihku Si Hamba NafsuWhere stories live. Discover now