BAHASA MELAYU
Seminggu telah berlalu dengan pantas setelah kejadian pada malam itu, sudah tiba masanya untuk Farif kembali semula ke Kolej Sains Melaka (KoSaKa) setelah sekian lama bercuti sakit di rumah. Farif terpaksa merahsiakan hal yang sebenar mengenai alasannya untuk cuti sakit daripada ibu dan bapanya bagi mengelakkan hal itu menjadi bertambah teruk dan dia juga tidak mahu membebankan Aris lagi. "Betul ni sudah sihat? Kalau tak sihat, sambung cuti lagi", soal ibunya yang melihat Farif membawa beg galas besar keluar dari biliknya. "Apalah awak ni, dia ni anak jantan. Anak jantan mestilah kuat, setakat demam tu tak adalah sakit mana", sampuk ayahnya yang sedang berehat di ruang tamu sambil menonton rancangan di televisyen. "Ibu dengan ayah tak perlu risau, abang okay je ni. Badan pun dah rasa segar, abang dah sihat dah ni", kata Farif yang menggelarkan dirinya "abang" itu. Setelah dia bersalaman dengan ibu bapanya, dia pun memecut laju ke kolejnya dengan menunggang motorsikal walaupun langit pada petang itu mulai mendung dan beberapa guruh juga kedengaran. Nasibnya baik pada waktu itu kerana hujan turun dengan lebatnya sebaik sahaja dia sampai di asramanya. Dengan suasana yang dingin itu membuatkan dia terasa kesejukan lalu dengan pantas dia berlari naik ke biliknya. Namun, dia agak sedikit pelik melihat beberapa orang pelajar yang dia temui menjeling-jeling dan ada yang mengalihkan pandangan ke tempat lain sewaktu dia berjalan ke arah biliknya. Tidak sampai beberapa minit Farif tiba di biliknya, pintu biliknya diketuk beberapa kali membuatkannya terperanjat. "Weh, Farif. Balik juga kau hari ini, ingatkan dah lupa jalan ke sini, hahaha", gurau Najib setelah pintu itu dibuka. "Oh, engkau rupanya. Aku ingatkan siapalah tadi, terkejut aku, hahaha", balasnya lalu mereka pun twrus duduk di atas katil. "Kau ingat siapa tadi? Abang-abang senior itu ke?", kata-kata Najib itu membuatkan Farif sedikit terperanjat dan bingung. "Kau tak payah risaulah macam mana aku boleh tahu pasal senior-senior itu. Kejadian malam tu sudah ramai yang tahu. Lagi pun, kau sudah ada pelindungan. Beruntunglah kau sekarang", kata kawannya lagi. "Apa yang untungnya? Aku dengan dia hanya berkawan saja dan mungkin nasib aku baik dia datang pada waktu itu", kata Farif sambil mengemas pakaianya ke dalam almari. "Aku faham, kau ni memang betul-betul bengap, bukan? Hahaha". "Eh, kenapa kau cakap macam itu?". "Engkau tak tahu siapa abang Aris tu?", kata-kata Najib itu membuatkan Farif bingung dan tertanya-tanya akan maksud disebaliknya.
Malam ahad keesokkannya, Farif sedang menyiapkan tugasan kuliahnya di dalam bilik sejurus sahaja selesai mengisi perutnya pada waktu itu. Namun, dia sedikit hilang tumpuan dek kerana fikirannya agak terganggu dengan kata-kata Najib pada malam semalam. Dia agak terkejut dan tidak mempercayainya apabila dia mengetahui hal yang sebenar dari cerita kawannya. "Farif!", Aris menyapanya sambil menyentuh bahu kanan Farif, membuatkan Farif terkejut dan sedikit melatah. "Oh, Aris. Eh erkkk, abang Aris. Maaf, saya tak dengar abang masuk tadi", balasnya. "Eh, kenapa gelar aku abang? Panggil je Aris macam selalu". "Erkkk, tak biasalah abang. Adik selesa panggil abang macam itu". "Oh, hahaha. Suka hati kaulah nak panggil aku macam tu, janji kau gembira", kata Aris lalu dia pun menyambung bertanyakan khabar Farif dan keadaan dirinya sekarang dan dari situ, mereka pun mulai berborak-borak sepanjang malam itu. "Ab... abang, boleh adik tanya sesuatu?", soal Farif tatkala dia melihat kesempatan yang ada. "Oh, tanyalah", balas Aris sambil menatap dirinya. "Adik ada dengar khabar yang abang... ermmm", Farif masih ragu-ragu untuk bertanyakan soalan itu namun sepertinya Aris memahami pertanyaan itu. "Ya, segala yang dikhabarkan itu adalah betul. Aku adalah orang yang sepatutnya menjadi bakal ketua Ghumah Laksamana ni untuk semester depan. Tapi, aku tak berminat dan aku dah lepaskan pada orang lain", kata Aris sebelum dia menyambung lagi, "Aku faham ramai bercerita tentang aku dan kau juga sudah tahu hal itu dan yang lain-lain, apatah lagi sekarang kau di bawah perlindungan aku. Tapi, aku tak pernah pun fikirkan pasal tu. Sekarang aku fikir untuk belajar dan berkawan sahaja". Farif mendengar dan mengangguk faham atas kata-kata "abang angkat" dia itu, malah dirinya juga puas setelah menerima jawapan kepada pertanyannya tadi. "Maafkan adik sebab tanya soalan itu, adik sanggup terima hukuman kalau adik sudah buatkan abang marah", kata Farif sambil menundukkan kepalanya. "Ish, engkau ni memang tak dengar apa-apa yang aku ceritakan tadi ke? Otak kau mengelamun ke tadi? Hahaha", balas Aris dengan nada guraunya sambil tersenyum melihat gelagat Farif itu. "Eh, sudahlah. Kita tukar topik perbualan, bosan pula dengar cerita pasal aku je. Ceritalah pula pasal kau, aku pasti cerita kau lagi menarik dari aku, hahaha", katanya lagi sebelum mereka berdua pun tergelak bersama. Sedang mereka asyik berborak-borak semsama mereka pada malam itu, tanpa mereka sedari seseorang telah terdengar perbualan-perbualan mereka itu secara senyap-senyap disebalik pintu sebelum orang itu membatalkan hasratnya dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
Kekasihku Si Hamba Nafsu
Teen Fiction"Perhubungan Terbuka", satu istilah yang tidak asing lagi bagi Aris dan Farif dalam kisah cinta mereka yang bertiangkan nafsu serakah dan keganasan seksual. INFO: Setiap bahagian cerita ada versi Bahasa Melayu (di sebelah atas) dan Inggeris (di seb...