Papa masih tersenyum.
Aku tahu, ini kemelut teragung yang tiada tolok-bandingnya di dalam hidup seorang lelaki perkasa dan mempunyai cinta paling tulus semisal papa.
Walaupun berada di dalam rumah, pintu yang terbuka luas menyebabkan kulit mukaku merasa tiupan angin yang kencang. Suasana di luar sedang menelusuri pancaroba, sekejap tadi tenang disimbah matahari. Kini, tanpa amaran langit ditonggeng menyebabkan bumi dijirus dengan berkolah-kolah hujan.
Dalam tangisan ribut awan dunia, papa melenggok elegi tenang surah Yasin, membebat luka alam dan seisinya yang turut sama pilu. Iyalah, soalku, siapa sahaja yang tidak bersedih dengan kehilangan seorang wanita mulia.
Makhluk terhebat telah kembali ke pangkuan kekasih sejatinya, Allah SWT.
Mama, kakak rindu.
* * * * *
YOU ARE READING
Papa
Short StorySiri Kisah 5 Bab. Ini kisah tentang Aku. Bersama orang terhebat dalam hidupku, Papa. Mungkinkah kami mampu menjadi pahlawan kehidupan? Semoga ada yang mengemudi jalan. Semoga ada sinarnya. Semoga ada jalan keluarnya.